FTSE4Good Bursa Malaysia Index Futures (F4GM)
FTSE4Good Bursa Malaysia Index Futures (F4GM)
F4GM ialah Niaga Hadapan Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia dalam denominasi Ringgit Malaysia (“RM”) yang menawarkan para pelabur pendedahan leveraj kepada syarikat tersenarai awam (PLCs) yang berprinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Spesifikasi Kontrak | |
---|---|
Kod Kontrak | F4GM |
Instrumen Pendasar |
Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM) |
Saiz Kontrak |
F4GBM didarab dengan Pengganda Kontrak |
Turun Naik Harga Minimum | 0.5 mata indeks dinilaikan pada RM25.00 |
Bulan Kontrak |
|
Waktu Dagangan |
Isnin sehingga Jumaat (Waktu Malaysia)
|
Unit Harga | Ringgit Malaysia (MYR) |
Had Harga |
1. Had harga bagi bulan-bulan kontrak masing-masing adalah 20% (atau peratus yang ditentukan oleh Bursa) dalam mana-mana arah perubahan daripada Harga Penyelesaian Harian yang terkini. 2. THad harga dalam perenggan (1) di atas tidak dikenakan untuk dagangan dalam:
|
Hari Dagangan Terakhir | 1. Hari Perniagaan Terakhir bagi bulan kontrak.
2. Dagangan pada bulan tamat Kontrak akan berhenti pada jam 1715 (waktu Malaysia) Hari Dagangan Terakhir. |
Kaedah Penyelesaian |
Penyelesaian Tunai berdasarkan pada nilai penyelesaian akhir. |
Had Pegangan |
Bilangan maksimum pegangan belian bersih atau pegangan jualan bersih yang akan dipegang: 10,000 kontrak bagi semua bulan terkumpul. |
Nilai Penyelesaian Akhir |
1. ilai purata, dibundarkan kepada 0.5 mata indeks terhampir (nilai 0.25 dan 0.75 dan yang lebih tinggi daripada itu dibundarkan ke atas), diambil pada setiap 15 saat atau pada selang waktu yang ditentukan oleh Bursa dari 3:45:30 petang hingga 4:45:15 petang, ditambah nilai 1 selepas 5:00 petang bagi F4GBM pada Hari Dagangan Terakhir kecuali 3 nilai tertinggi dan 3 nilai terendah. 2. Pada kontrak Hari Dagangan Terakhir, semua pegangan terbuka (Open Position) untuk Kontrak adalah ditandakan kepada nilai penyelesaian akhir yang telah ditentukan oleh Bursa. |
Mengapa Berdagang Dalam F4GM? |
---|
-
Manfaatkan Kedua-dua Pasaran Menaik Dan Menurun
F4GM menyediakan pelabur runcit dengan produk berstruktur dan berkeumpilan untuk mempergunakan indeks ekuiti ESG. Beli rendah dan jual tinggi apabila wujud prospek peningkatan harga pada pergerakan pasaran ekuiti dan sebaliknya apabila wujud prospek penurunan harga.
- Perdagangan Leveraj
Peroleh pendedahan berleveraj kepada nilai nosional indeks pendasar dengan jumlah modal kecil (Margin Awal) dan dengan ini dapat menggandakan kesan perubahan harga.
- Pencapaian Mandat Pelaburan Mampan
Selain daripada menggunakan F4GM sebagai pelindung nilai terhadap risiko perubahan harga yang tidak menguntungkan dalam pasaran ekuiti, para pelabur institusi boleh menjalankan jual beli F4GM untuk memenuhi mandat pelaburan ESG sebagai unsur asas Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM) yang telah dipantau denganmenggunakan kaedah terkenaldalam industri.
- Akses Global
F4GM telah didagangkan secara elektronik di CME GLOBEX®, sebuah platform dagangan elektronik global. CME GLOBEX® mudah diakses dan ia membolehkan pedagang individu dan professional di seluruh dunia untuk mengakses kesemua produk Bursa Malaysia Derivatives.
- Dagangan Dikawal Selia
Berdagang dengan yakin dalam pasaran yang selamat dan telus yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Muat Turun Sumber
|
Brosur
Spesifikasi Kontrak
|
Mulakan Dagangan Niaga Hadapan Sekarang! |
Hubungi salah satu broker Niaga Hadapan berlesen kami di SINI ATAU Klik di SINI untuk membuka Akaun Dagangan Niaga Hadapan. |