Niaga Hadapan Olein Sawit USD RBD (FPOL)
FPOL ialah Kontrak Niaga Hadapan Olein Sawit yang telah Ditapis, Dicuci dan Diwangikan (Refined, Bleached and Deodorised - RBD) dalam Dolar AS (“USD”) Percuma Ke Atas Kapal ("FOB") dan dihantar secara fizikal yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives. Ia membolehkan para pedagang dan pengguna melindung nilai daripada pergerakan negatif harga minyak sawit, sementara syarikat penapisan menggunakan FPOL untuk mengurus margin penapisan antara Minyak Sawit Mentah dan Olein Sawit RBD.
Penawaran Kompleks Sawit oleh Bursa Malaysia Derivatives mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat penemuan harga yang
utama bagi minyak sawit yang didagangkan di peringkat global. Terokai rangkaian produk kami hari ini.
Spesifikasi Kontrak | |
---|---|
Kod Kontrak | FPOL |
Instrumen Pendasar |
Olein Sawit RBD (Bertapis,Diluntur
dan Dinyahbau)
|
Saiz Kontrak |
25 Tan Metrik (MT)
|
Bulan Kontrak |
Bulan terkini dan 5
bulan berikut, serta selepasnya, bulan silih ganti sehingga 24 bulan berikutnya
|
Waktu Dagangan | Isnin hingga Jumaat (Waktu Malaysia)
|
Unit Harga |
Dolar Amerika
Syarikat (USD)
|
Turun Naik Harga |
USD 0.50 / MT
|
Penyeselaian Akhir | Penyerahan Fizikal |
Opsyen Yang Ada |
OPOL
|
Mengapa Berdagang FPOL? |
---|
- Akses Global
FPOL didagangkan secara elektronik di CME GLOBEX®, sebuah platform perdagangan elektronik global. Kemudahan mengakses CME Globex® membolehkan pedagang individu dan profesional di seluruh dunia mengakses semua produk Bursa Malaysia Derivatives.
- Pengurusan Risiko
Syarikat penapisan dan pengimport boleh menggunakan FPOL untuk mengurus risiko dan melindung nilai daripada risiko pergerakan harga yang tidak dijangkakan di pasaran fizikal.
- Mengurus Margin Penapisan Sawit
Syarikat Penapisan boleh menggunakan FPOL bersama FCPO untuk mengurus margin penapisan mereka dengan mengunci margin penapisan atas kertas.
- Perdagangan Berleveraj
Mendapat pendedahan berleveraj terhadap nilai nosional aset pendasar dengan jumlah modal yang agak kecil (Margin Awal), menggandakan kesan sesuatu perubahan harga.
- Pendedahan Pasaran Segera
Pengurus dana global, penasihat perdagangan komoditi dan pedagang proprietari mendapat pendedahan terhadap salah satu pasaran minyak boleh makan yang utama di dunia.
- Perdagangan Dikawal Selia
Berdagang dengan yakin dalam pasaran yang terjamin dan telus yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.