BMSC dan BMDC sebagai Rakan Niaga Pusat (CCP)
Gambaran Keseluruhan
Bursa Malaysia Securities Clearing (“BMSC”) dan Bursa Malaysia Derivatives Clearing (“BMDC”); adalah pusat penjelasan yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di bawah Akta Perkhidmatan Pasaran Modal 2007. Ia bertindak sebagai sebuah Pusata rakan-rakan niaga (“CCP”) untuk pasaran ekuiti dan derivatif, dan bertujuan untuk mengurangkan risiko penyelesaian untuk peserta-perserta proses penjelasan. Ini dicapai dengan mengambil peranan sebagai rakan niaga pusat atau perantara bagi kedua-dua pihak yang berdagang untuk setiap kontrak yang didagangkan melalui novasi dan berusaha untuk memenuhi kewajipan penyelesaian untuk kontrak sedemikian.
CCP telah berubah dari peranan tradisionalnya sebagai fasiliti penjelasan dan penyelesaian kepada infrastruktur pasaran kewangan bersistematik bagi memastikan ketahanan dan integriti pasaran modal. CCP dikehendaki untuk mematuhi amalan terbaik global untuk amalan pengurusan risikonya.