Anda akan dialihkan ke [email protected], adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?
Anda akan dialihkan ke Help Desk, adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?
Anda akan dialihkan ke Bursa Link, adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?
Anda akan dialihkan ke Bursa Marketplace, adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?
Anda akan dialihkan ke LFX Listing Sponsor, adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?
Anda akan dialihkan ke laman web BursaSustain, adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?
Anda akan dialihkan ke laman web BursaSustain, adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?
[As at 11 Mar 2014]
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini dirujuk sebagai “APDP”) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, merangkumi Bursa Malaysia Berhad dan syarikat-syarikat berkaitan Bursa Malaysia Berhad (selepas ini dirujuk sebagai “Bursa”, “kami”). Untuk tujuan notis data peribadi ini, terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” akan mempunyai maksud sepertimana yang ditakrifkan dalam APDP.
Notis data peribadi ini adalah terpakai terhadap mana-mana pihak yang data peribadinya diproses oleh Bursa.
Notis data peribadi ini bertujuan untuk memaklumkan anda bagaimana data peribadi anda diproses oleh atau bagi pihak Bursa.
Data peribadi anda yang diproses oleh kami termasuk nama, maklumat perhubungan, alamat e-mel, nama pengguna, kata laluan, maklumat tentang apa-apa pelanggaran atau tuduhan di bawah mana-mana undang-undang, perkhidmatan yang berkaitan yang diberikan kepada anda dan apa-apa data peribadi lain yang diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 3 di bawah.
Tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan, termasuk Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA)3, kami bakal menggunakan data peribadi anda untuk tujuan berikut (secara keseluruhan “Tujuan”):
Untuk membolehkan kami melaksanakan semua tugas dan obligasi kami di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 dan mana-mana undang-undang bertulis, peraturan-peraturan Bursa atau mana-mana persetujuan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan atau mana-mana bursa saham atau bursa derivatif, rumah penjelasan, depositori sekuriti yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan atau undang-undang asing yang berkaitan;
Untuk membolehkan kami melaksanakan semua obligasi kontrak;
Untuk memberikan program-program dan aktiviti-aktiviti pendidikan pelaburan dan pasaran modal;
Untuk membolehkan penyelesaian/resolusi untuk kebimbangan dan aduan dicapai;
Untuk mewujudkan direktori atau pangkalan data (“database”) sama ada untuk penerbitan atau tidak;
Untuk memberikan maklumat berkenaan kegiatan-kegiatan dan program-program, produk-produk dan perkhidmatan kami kepada orang yang kami percayai akan berminat dengan kegiatan-kegiatan, program-program, produk-produk dan perkhidmatan tersebut;
Untuk mempertimbangkan permohonan-permohonan untuk pekerjaan;
Untuk memberikan perkhidmatan;
Untuk penyelidikan dan penambahbaikan kegiatan-kegiatan, program-program, produk-produk dan perkhidmatan; dan
Untuk apa-apa tujuan lain yang bersampingan dengan atau berlanjutan daripadaTujuan yang dinyatakan di atas.
Data peribadi anda dikumpul dari pelbagai sumber maklumat, termasuk maklumat yang telah anda berikan kepada kami, maklumat daripada pihak-pihak ketiga dan maklumat dalam domain awam.
Anda boleh mengakses dan meminta untuk pembetulan data peribadi anda. Sila hubungi kami melalui pos, telefon, faks atau e-mel seperti yang diberikan di bawah sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda:
Perjawatan orang yang boleh dihubungi: | Manager, Customer Care and Complaints Bureau |
---|---|
Alamat Pos: | Customer Care Center Exchange Square Bukit Kewangan, 50200 Kuala Lumpur. |
No. Telefon : | (603) 2732 0067 |
No. Faks: | (603) 2026 4122 |
Alamat E-mel: | [email protected] |
Tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan, termasuk Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA)4, data peribadi anda mungkin dizahirkan kepada:
syarikat induk, anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan dan/atau bersekutu kami;
syarikat-syarikat tersenarai kami dan pengarah-pengarah dan penasihat-penasihatnya, peserta-peserta (“participants”) dan pihak-pihak berdaftar yang telah diluluskan atau didaftarkan di bawah peraturan-peraturan Bursa yang berkaitan dan mana-mana pihak lain yang dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan Bursa;
pemegang-pemegang lesen, penganjur acara bersama, rakan-rakan kongsi perniagaan dan pemberi khidmat kami;
Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, Polis Malaysia, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa penyeliaan, agensi kerajaan atau pihak berkuasa lain yang berkaitan;
Mana-mana pihak berkuasa berkaitan atau badan seperti Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Malaysia atau Institut Pengarah Malaysia;
Mana-mana bursa saham atau bursa derivatif, rumah penjelasan, depositori sekuriti yang diluluskan oleh undang-undang yang berkaitan;
Orang-orang awam dengan penerbitan data peribadi selaras dengan peraturan-peraturan Bursa yang berkaitan;
Juruaudit, firma-firma atau entiti-entiti profesional,
Mana-mana pihak lain yang berkenaan dengan perniagaan dan fungsi Bursa Malaysia,
walaupun mana-mana pihak mungkin berada di luar Malaysia, atau dizahirkan untuk apa-apa Tujuan yang dinyatakan di atas atau apa-apa tujuan yang baginya data peribadi anda hendak dizahirkan pada masa pengumpulannya atau apa-apa tujuan lain yang berhubungan secara langsung dengan mana-mana Tujuan yang dinyatakan di atas.
Sekiranya tidak dinyatakan sebaliknya oleh kami pada masa pengumpulan data peribadi, adalah wajib bahawa anda membekalkan kami dengan data peribadi yang diminta oleh kami.
Sekiranya anda gagal untuk membekalkan data peribadi yang dinyatakan di atas, kami mungkin tidak dapat memproses data peribadi anda bagi mana-mana Tujuan yang dinyatakan di atas dan anda mungkin melanggar syarat-syarat bagi peraturan-peraturan Bursa yang berkaitan.
Data peribadi anda mungkin akan dihantar atau dipindahkan ke lokasi-lokasi di luar Malaysia.
Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Malaysia notis ini, maka versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
Notis data peribadi ini mungkin disemak semula dari semasa ke semasa. Notis yang dipinda akan dipaparkan di laman web ini dan/atau dengan apa-apa cara komunikasi yang lain yang dianggap sesuai oleh Bursa Malaysia.
Dengan membekalkan data peribadi anda kepada kami, anda dengan ini, membenarkan pemprosesan data peribadi anda selaras dengan segala yang dinyatakan di atas.
1 Untuk mengelak sebarang keraguan, maklumat pendeposit yang disimpan oleh Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd. (“Maklumat CDS”) adalah dilindungi dibawah SICDA. Seksyen 43 menetapkan kerahsiaan Maklumat CDS. Maklumat CDS seseorang pendeposit hanya dibenarkan untuk dizahirkan dalam keadaan-keadaan yang ditetapkan dibawah seksyen 45 SICDA, misalnya, Maklumat CDS pendeposit yang disyaki telah melakukan kesalahan boleh dizahirkan kepada mana-mana orang yang diberi kuasa untuk menyiasat kesalahan tersebut.
2 Untuk mengelak sebarang keraguan, maklumat pendeposit yang disimpan oleh Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd. (“Maklumat CDS”) adalah dilindungi dibawah SICDA. Seksyen 43 menetapkan kerahsiaan Maklumat CDS. Maklumat CDS seseorang pendeposit hanya dibenarkan untuk dizahirkan dalam keadaan-keadaan yang ditetapkan dibawah seksyen 45 SICDA, misalnya, Maklumat CDS pendeposit yang disyaki telah melakukan kesalahan boleh dizahirkan kepada mana-mana orang yang diberi kuasa untuk menyiasat kesalahan tersebut.