Niaga Hadapan USD/CNH Mini (FCNH)
Niaga Hadapan USD/CNH Mini (FCNH)
Untuk peserta pasaran yang ingin melindung nilai risiko mata wang RMB untuk kedudukan mereka dalam aset yang berlainan seperti ekuiti dan komoditi, FCNH menawarkan peluang perdagangan baharu dan arbitraj yang merangkumi pelbagai bursa dalam kontrak bersaiz mini yang diselesaikan secara tunai.
Spesifikasi Kontrak | |
---|---|
Kontrak | Kontrak Niaga Hadapan Dolar Amerika Syarikat / Renminbi Luar Pesisir Mini (FCNH) |
Kod Kontrak | FCNH |
Pasangan Mata Wang Pendasar | Dolar Amerika Syarikat / Renminbi Luar Pesisir (USD/CNH) |
Unit Kontrak | USD 20,000.00 |
Sebut Harga | RMB setiap USD |
Turun Naik Harga Minimum | 4 tempat perpuluhan RMB 0.0001 setiap USD (RMB 2 setiap tick) |
Bulan Kontrak | Bulan terkini, tiga bulan kalendar seterusnya dan enam bulan suku kalendar seterusnya. Suku bulan kalendar ialah Mac, Jun, September, dan Disember. |
Waktu Dagangan | Isnin hingga Jumaat (Waktu Malaysia) |
Hari Terakhir Dagangan | 1. Dua hari perniagaan Hong Kong Futures Exchange Limited (“HKFE”) sebelum Rabu ke-3 bulan kontrak (“Hari Terakhir Dagangan HKFE”). Jika Hari Terakhir Dagangan HKFE jatuh pada hari yang bukan Hari Perniagaan (“Hari Bukan Perniagaan”), Hari Terakhir Dagangan ialah Hari Perniagaan sejurus sebelum Hari Terakhir Dagangan HKFE. |
Kaedah Penyelesaian | Penyelesaian tunai dalam RMB berdasarkan Harga Penyelesaian Akhir. |
Harga Penyelesaian Akhir dan Penyelesaian Kontrak | Harga penyelesaian akhir ialah harga penyelesaian kontrak bulan tamat untuk Niaga Hadapan USD/CNH Mini yang didagangkan di HKFE pada Hari Terakhir Dagangan HKFE, seperti yang ditentukan oleh HKFE. Kontrak akan diselesaikan pada Hari Terakhir Dagangan HKFE. Jika Hari Terakhir Dagangan HKFE adalah bukan Hari Perniagaan, Kontrak akan diselesaikan pada Hari Perniagaan sejurus selepas Hari Terakhir Dagangan HKFE. |
Kod Ticker | CME Globex® BMD\FCNH\kod bulan kontrak yang berkaitan Contoh: <FCNHF4> BMD\FCNH\JAN24 Bloomberg UCPA Curncy <GO> Refinitiv <FCNH> + <Kod Bulan> + <Kod Tahun> Contoh: Kontrak <FCNHF4> JAN24 Perkhidmatan Data ICE F:FCNH\MYY, dengan M ialah kod bulan dan YY ialah tahun Contoh F:FCNH\Z23 |
Mengapa Berdagang FCNH? |
---|
- Akses Global
FCNH didagangkan secara elektronik di CME GLOBEX®, sebuah platform dagangan elektronik global. Mengakses CME GLOBEX® adalah mudah dan membolehkan peniaga individu dan profesional di mana-mana sahaja di seluruh dunia mengakses semua produk Bursa Malaysia Derivatives.
- Kecekapan Modal yang Lebih Besar
Bersaiz satu perlima daripada Niaga Hadapan USD/CNH yang ditawarkan oleh HKEX, FCNH merupakan kontrak bersaiz lebih kecil yang diselesaikan secara tunai, menawarkan peserta pasaran cara yang cekap modal bagi mencapai lindung nilai mata wang RMB yang lebih jitu untuk pelaburan mereka, tanpa memerlukan pertukaran prinsipal penuh atau menerima penghantaran fizikal.
- Alat Lindung Nilai dan Pengurusan Risiko yang Berkesan
Peserta pasaran seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pemilik perniagaan dengan transaksi dalam Dolar AS dan RMB boleh menggunakan FCNH bagi melindung nilai daripada risiko turun naik mata wang asing ini.
- Dagangan Dikawal Selia
Berdagang niaga hadapan mata wang dengan yakin dalam pasaran yang selamat dan telus yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.