Yayasan Bursa Malaysia
Gambaran Keseluruhan
Membina masyarakat yang lebih saksama memerlukan tindakan secara kolektif daripada setiap orang. Kami di Bursa Malaysia mengiktiraf pentingnya memberi kembali kepada komuniti tempatan demi mencipta manfaat yang meluas untuk semua. Inisiatif bantuan komuniti kami kebanyakannya dilaksanakan melalui badan amal kami, Yayasan Bursa Malaysia (YBM), dan berpaksi kepada pendekatan utama yang berikut:
- Membangunkan program jangka panjang bersasar yang sejajar dengan keutamaan strategik Bursa Malaysia yang telah dikenal pasti
- Mencari peluang perkongsian untuk meningkatkan usaha dan melaksanakan penyelesaian dalam mencapai matlamat bersama
- Memperbaiki mekanisme dan proses sedia ada secara berterusan untuk meningkatkan kapasiti dan kecekapan dalam menyampaikan impak yang lestari