SOALAN-SOALAN LAZIM
SOALAN-SOALAN LAZIM
Gambaran Keseluruhan
- Apakah itu Program niPLCT?
- Program Transformasi PLC (Syarikat Senaraian Awam) adalah inisiatif yang dijalankan oleh Bursa Malaysia dan disokong oleh Kementerian Kewangan untuk mengemudi Korporat Malaysia ke tahap prestasi lebih tinggi dari segi berbagai peringkat dan aspek.
- Program ini ditetapkan mengikut lima dasar utama bagi PLC kami untuk:
- Mengutamakan dorongan tujuan dan prestasi;
- Berkembang menjadi organisasi Berlestari, Bertanggungjawab dari segi sosial dan Beretika;
- Memperkukuhkan Tadbir Urus Pihak Berkepentingan & Perhubungan Pelabur;
- Berkebolehan perihal Digital; dan
- Menyokong dorongan Pembangunan Bangsa untuk memajukan masyarakat dan ekonomi Malaysia.
- Pendekatan keseluruhan PLCT ini melibatkan prinsip Perkongsian Maklumat (Penerbitan), Keterlibatan, dan Ketelusan. Program PLCT berguna dalam usaha memberikan gabungan garis panduan dan keterlibatan.
- Pendekatan keseluruhan PLCT ini melibatkan prinsip Perkongsian Maklumat (Penerbitan), Keterlibatan, dan Ketelusan. Program PLCT berguna dalam usaha memberikan gabungan garis panduan dan keterlibatan.
- Kenapakah perlunya kita memulakan Program PLCT ini?
- Untuk mempertingkatkan prestasi korporat PLC yang tersenarai di Bursa Malaysia.
- Untuk memperkukuhkan prospek pertumbuhan PLC di Bursa Malaysia demi mencipta suatu pasaran yang lebih menarik bagi para pelabur domestik dan luar negara.
- Berapa lamakah tempoh Program PLCT ini?
- Ia telah dilancarkan pada 2 Mac 2022 dengan penerbitan panduan yang pertama. Penerapan amalan terbaik dan program perkongsian maklumat akan berterusan sehingga 2025.
- Program PLCT ini adalah selaras dengan tempoh pelancaran dan beberapa tema di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025.
- Apakah hasil dan faedah Program PLCT yang disasarkan?
- Secara purata, kami menjangka:
- Peningkatan atau pertumbuhan keseluruhan pada petunjuk keuntungan di kalangan PLC terlibat
- Keterlibatan dan ketelusan yang lebih ketara dengan pemegang saham serta pihak berkepentingan utama lain
- Pengurusan pihak berkepentingan dan perhubungan pelabur yang lebih baik
- Daya tahan perniagaan yang dipertingkatkan dan prestasi perniagaan yang lebih mampan.
- Daya tarikan dan perhatian yang lebih baik oleh para pelabur
- Akan tetapi, prestasi PLC yang terlibat semasa dan selepas program PLCT akan bergantung kepada pelbagai faktor dalaman dan luaran dari segi konteks perniagaan masing-masing.
- Secara purata, kami menjangka:
- Siapakah yang memulakan usaha untuk melancarkan Program PLCT?
- Program PLCT diilhamkan oleh Bursa Malaysia berikutan daripada hasil analisis yang dibuat ke atas latar belakang korporat dan keterlibatan pihak berkepentingan (terdiri daripada wakil pihak korporat, pelabur institusi, syarikat-syarikat perunding pengurusan dan pengauditan, pertubuhan pasaran modal dan lain-lain)
- Program PLCT ini disokong oleh Kementerian Kewangan.
- Siapakah yang akan terlibat dalam pelancaran Program PLCT?
- Program PLCT akan diterajui oleh Bursa Malaysia.
- Kami akan melibatkan pemimpin korporat, pengurus dana, dana pencen, pelabur serta PLC dalam proses penghasilan buku-buku ini dan di sepanjang tempoh program tersebut untuk mempromosikan penerimaannya.
- Usaha padu daripada peneraju industri dan pemimpin korporat diperlukan untuk mencapai hasil yang diingini dengan berjayanya.
Soalan berpotensi daripada PLC
- Adakah program ini mandatori bagi semua PLC untuk disertai?
- Program ini bukan mandatori. Akan tetapi, kami sangat menggalakkan semua PLC kami mengambil peluang ini untuk mempertingkatkan prestasi perniagaan mereka di sepanjang tempoh program tersebut dan di masa hadapan. Ini adalah penting bukan sahaja untuk syarikat tetapi juga untuk keseluruhan pasaran modal.
- Adakah program ini merangkumi kedua-dua PLC dan GLC?
- Program ini tersedia untuk semua Syarikat Senaraian Awam, tanpa mengira saiz, industri atau pegangan saham.
- Apakah tahap sokongan yang diberikan oleh program ini untuk mencapai matlamat program?
- Beberapa alatan utama akan dihasilkan untuk membantu proses transformasi PLC. Di antaranya ialah penerbitan 5 buah buku garis panduan secara digital, yang mana setiap satunya berpadanan dengan 5 dasar utama tersebut. Buku-buku tersebut akan memberikan panduan, amalan terbaik dan penanda aras untuk merangsangkan transformasi. Garis panduan tersebut merupakan jenis bukan preskriptif.
- Memperkembangkan keterlibatan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk memastikan buku garis panduan digital tersebut adalah berkesan dan terangkum, serta untuk mempermudahkan kemasukan PLC dalam program.
- Untuk meningkatkan ketelusan, menggalakkan perkongsian maklumat dan pencapaian hasil diingini yang berkesan. Menjelang suku ke-4 tahun 2022, Bursa akan meminta PLC yang mengambil bahagian supaya menyediakan maklumat asas secara berkala untuk dikongsikan melalui papan pemuka digital.
- Di sepanjang tempoh program ini, PLC yang mengambil bahagian juga akan menerima data penanda aras daripada Bursa Malaysia.
- Apakah kos yang perlu ditanggung oleh PLC untuk mengambil bahagian dalam program ini?
- Tiada bayaran dikenakan untuk menyertai program ini.
- Buku-buku garis panduan akan dibekalkan melalui laman web Bursa Malaysia.
- Penyertaan adalah bersifat bukan preskriptif.
- Sebarang kos yang timbul daripada keputusan PLC untuk mengambil inisiatif yang diilhamkan daripada penyertaan dalam program ini – seperti latihan berbayar atau nasihat yang dipilih sendiri, pelaburan sebagai sebahagian daripada strategi korporat atau penambahbaikan proses sendiri – akan ditanggung sendiri oleh PLC yang mengambil bahagian.
- Apakah hasil pencapaian yang dijangkakan oleh PLC terlibat di penghujung tempoh program ini?
- Bursa Malaysia tidak akan menentukan sebarang matlamat kerana ia akan ditetapkan oleh Lembaga Pengarah, dan pihak pengurusan syarikat-syarikat yang mengambil bahagian. Sebaliknya, kami akan menggalakkan PLC untuk berusaha ke arah pencapaian KPI yang diutamakan demi faedah syarikat dan pemegang saham mereka.
- Program PLCT bertujuan untuk memberikan gabungan panduan dan keterlibatan pihak berkepentingan atau alatan untuk membentuk transformasi yang diingini. Akan tetapi, ia bukan merupakan ubat ajaib yang menjaminkan prestasi yang lebih baik.
- Pencapaian hasil yang dikehendaki akan bergantung kepada matlamat dan pencapaian yang ditentukan oleh PLC individu yang mengambil bahagian, dan penambahbaikan dalam amalan terbaik yang mereka terapkan. Prestasi PLC yang mengambil bahagian di sepanjang dan selepas tempoh program PLCT adalah tertakluk kepada pelbagai faktor dalaman dan luaran dalam konteks perniagaan mereka masing-masing.
- Sebagai PLC, apakah ertinya menyertai program PLCT dan menjadi Peneraju PLC?
- By becoming a PLCT Champion, your organisation commits to do something that can help other corporate leaders or organisations transform or improve. You can choose to be a Champion in just one specific area (e.g., investor relations) or multiple areas.
- Dengan menjadi Peneraju PLCT, organisasi anda komited untuk melakukan sesuatu yang boleh membantu pemimpin atau organisasi korporat lain mengubah atau menambah baik. Anda boleh memilih untuk menjadi Peneraju dalam hanya satu bidang tertentu (contohnya perhubungan pelabur) atau pelbagai bidang.
- Sebagai contohnya, Peneraju boleh memberikan pendapatnya dengan mempertemukan seseorang pemimpin korporat dengan pemimpin-pemimpin korporat lain melalui webinar/bengkel untuk berkongsi tentang bidang kepakaran syarikatnya (contohnya pendigitalan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, mula membangunkan pasukan perhubungan pelabur dalam kumpulan PLC yang lebih kecil, memahami tuntutan perubahan iklim dan sebagainya). Bengkel-bengkel ini berfungsi sebagai alatan untuk menggalakkan penglibatan kelompok setara, atau untuk menggalakkan penerapan amalan terbaik.
- Kami bersikap terbuka untuk berbincang dengan Peneraju tertentu yang mungkin mempunyai idea mereka yang tersendiri tentang cara-cara menyumbang ke arah prestasi korporat yang lebih baik sama ada secara langsung atau tidak langsung.
- Jika PLC yang terlibat tidak mencapai matlamat yang ditetapkan dalam program, adakah ia akan menghadapi sebarang akibat sebaliknya?
- Tidak, tiada tindakan balas akan diambil akibat kegagalan pencapaian dari perspektif pengawalseliaan.
- PLC adalah digalakkan untuk mendedahkan prestasi terhadap matlamat yang ditentukan, demi semangat berusaha untuk meningkatkan ketelusan dengan pemegang saham serta pihak berkepentingan utama yang lain.
- Selaras dengan objektif keseluruhan program, inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan dan membantu PLC mencapai prestasi yang lebih baik. Ia bukan bermaksud untuk menghukum atas apa-apa sebab jika gagal tercapai hasil yang ditetapkan.
- Adakah terdapatnya sebarang perubahan pada tanggungjawab penyenaraian dan keperluan kawal selia lain bagi PLC akibat terhasilnya program ini?
- Tidak, tiada rancangan untuk mengubah tanggungjawab penyenaraian dan keperluan kawal selia lain yang tersedia ada disebabkan oleh kewujudan program ini.
- Namun begitu, selain daripada program ini, Peraturan Bursa Malaysia akan terus melaksanakan perundingan dengan orang awam dan memperhalusi Syarat-Syarat Penyenaraian yang berkaitan atau panduan tersedia ada pada bila-bila masa yang dianggap sesuai.
- Kami akan memastikan bahawa buku panduan yang diterbitkan di bawah Program PLCT adalah mesra pengguna dan selaras dengan panduan lain daripada Bursa Malaysia.
- Apakah faedah kepada PLC yang menyertai program ini?
- Dengan mengambil bahagian dalam program ini, PLC boleh:
- Menyertai pelbagai inisiatif perkongsian atau keterlibatan – seperti webinar atau bengkel dalam talian anjuran rakan pemimpin korporat atau Peneraju.
- Memanfaatkan pelbagai faedah seperti mengakses sesetengah tinjauan data & perkhidmatan maklumat, serta pendekatan analisis dan peluang untuk berhubung dengan pelabur.
- Dengan mengambil bahagian dalam program ini, PLC boleh:
- Adakah mempunyai sebarang indeks atau pemarkahan untuk syarikat berdasarkan rangka kerja yang dikenal pasti dalam garis panduan?
- Tiada rancangan untuk mengindeks/menilai syarikat yang terlibat. Namun begitu, pada penghujung tahunnya, kami akan membangunkan papan pemuka dalam talian untuk menjejak dan melaporkan kemajuan PLC terlibat secara meluasnya.
- Program PLCT merangkumi dasar utama atau garis panduan mengenai kelestarian. Adakah ini bermakna garis panduan sekarang adalah tidak mencukupi?
- Pengawal atur pasaran modal telah menyediakan pelbagai garis panduan mengenai kelestarian dalam beberapa tahun kebelakangan ini (sila rujuk https://bursasustain.bursamalaysia.com/pillar-details/resources untuk mengetahui tentang sebahagian daripada mereka). Oleh kerana jangkaan pelabur dan pihak berkepentingan mengenai sesuatu bidang penting ini berkembang – sebagai contohnya perhatian yang semakin meningkat terhadap kesan perubahan iklim – Pihak Bursa akan terus memperhalusi garis panduan tersebut. Misalnya, Panduan CG edisi ke-4 telah diterbitkan pada hujung tahun 2021 dan Panduan Laporan Kelestarian edisi ke-2 telah diterbitkan pada hujung tahun 2018.
- Buku garis panduan dibangunkan di bawah program PLCT dijangka memberi tumpuan kepada bidang/aspek kelestarian tertentu, dan bukannya panduan penuh yang lebih luas. Matlamat kami adalah untuk menyerlahkan bidang/aspek yang memerlukan perhatian tambahan, untuk mendorong tindakan selanjutnya dan penggunaan oleh PLC dari semua saiz.
Soalan Berpotensi daripada Pelabur dan Penganalisa
- Mengapa PLCT diluncurkan sekarang, atau untuk jangka waktu yang terpilih?
- Pandemik COVID-19 telah menjejaskan banyak ekonomi dan perniagaan. Sementara ekonomi global mula pulih dan perniagaan beralih dan menyesuaikan diri berdasarkan pengalaman semasa menghadapi pandemik Covid-19, sekarang adalah masa yang tepat bagi PLC kami bertindak memberikan penumpuan ke atas peningkatan prestasi dan daya tarikan mereka.
- Memandangkan PLC adalah pemacu utama pemulihan ekonomi Malaysia, 2021-2025 juga merupakan tempoh masa yang paling sesuai, bertepatan dengan tema dan pemboleh dasar dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025.
- Walau bagaimanapun, program PLCT akan merangkumi amalan terbaik yang dijangka akan menghasilkan pertumbuhan syarikat jangka masa sederhana hingga lebih panjang, tanpa mengira saiz atau konteks semasa ekonomi negara.
- Adakah input daripada pelabur dan penganalisis akan dipertimbangkan dalam penghasilan garis panduan?
- Sudah pastinya. Oleh kerana program ini bertujuan untuk menambah daya tarikan keseluruhan PLC kami, input daripada pelabur akan diberikan penilaian yang amat tinggi.
- Kami telah dan akan mendapatkan input daripada pelbagai kumpulan pelabur seperti Majlis Pelabur Institusi (IIC) Malaysia dan Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti (MSWG) dan lain-lain.
- Adakah PLC yang mengambil bahagian akan meneruskan trajektori pembangunan program selepas tahun 2025?
- Garis panduan yang dibangunkan dalam program ini bertujuan untuk mempengaruhi bakat Lembaga, tadbir urus korporat, dan strategi jangka masa lebih panjang atau penentuan arah bagi PLC yang mengambil bahagian. Oleh demikian, adalah dijangkakan bahawa usaha dan hasil yang ingin dipacu semasa program ini akan berterusan selepas 2025.
Lain-lain soalan yang dijangkakan
- Mengapa PLCT diluncurkan sekarang, atau untuk jangka waktu yang terpilih?
- Pandemik COVID-19 telah menjejaskan banyak ekonomi dan perniagaan. Sementara ekonomi global mula pulih dan perniagaan beralih dan menyesuaikan diri berdasarkan pengalaman semasa menghadapi pandemik Covid-19, sekarang adalah masa yang tepat bagi PLC kami bertindak memberikan penumpuan ke atas peningkatan prestasi dan daya tarikan mereka.
- Memandangkan PLC adalah pemacu utama pemulihan ekonomi Malaysia, 2021-2025 juga merupakan tempoh masa yang paling sesuai, bertepatan dengan tema dan pemboleh dasar dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025.
- Walau bagaimanapun, program PLCT akan merangkumi amalan terbaik yang dijangka akan menghasilkan pertumbuhan syarikat jangka masa sederhana hingga lebih panjang, tanpa mengira saiz atau konteks semasa ekonomi negara.
- Bagaimanakah program PLCT berbeza daripada Program Transformasi GLC terdahulu?
- Program Transformasi GLC (“GLCT”) telah berjaya mengubah 20 buah GLC yang mengambil bahagian menjadi syarikat lebih kukuh dan berdaya tahan pada 2015, berbanding dengan keadaan awal mereka apabila program ini dilancarkan pada 2004. Penyerlahan utama hasil keseluruhan:
- Pertumbuhan untung bersih sebanyak 10.2% setahun
- Pertumbuhan modal pasaran sebanyak 2.9 kali
- Pertumbuhan pulangan ke atas ekuiti (ROE) sebanyak 11% setahun
- Pertumbuhan jumlah pulangan pemegang saham sebanyak 11.1% setahun
- Program Transformasi PLC ini akan menerima pakai amalan utama dari kejayaan pelaksanaan Program GLCT. Akan tetapi, ia bersifat bukan preskriptif, telah dipermudahkan dan diperluaskan; Ia akan meliputi semua syarikat senaraian awam, termasuk GLC.
- Program Transformasi GLC (“GLCT”) telah berjaya mengubah 20 buah GLC yang mengambil bahagian menjadi syarikat lebih kukuh dan berdaya tahan pada 2015, berbanding dengan keadaan awal mereka apabila program ini dilancarkan pada 2004. Penyerlahan utama hasil keseluruhan:
- Apakah kaitan Program PLCT dengan program PERKUKUH?
- Walaupun kedua-duanya merupakan program yang berbeza, PERKUKUH dan program PLCT amat saling melengkapi dari segi berkongsi matlamat yang sama untuk mendorong pembaharuan dan menguatkan ESG dan tadbir urus.
- Walaupun PERKUKUH menumpukan perhatian ke atas pembaikan GLIC, impak positif juga dijangka berlaku kepada GLC. Sebagai contohnya, perangsangan sektor pertumbuhan baharu akan mencipta peluang perniagaan lebih baik kepada GLC. Tambahan pula, GLC yang mewakili syarikat portfolio utama GLIC akan juga mendapat manfaat daripada orientasi prestasi dan daya saing yang dipertingkatkan ekoran usaha GLIC dalam mengukuhkan keupayaan pengurusan portfolio mereka dengan tadbir urus dan strategi yang lebih baik.
- PERKUKUH terdiri daripada 20 inisiatif utama yang telah dibangunkan berdasarkan kajian asas penubuhan GLIC. Ini termasuk mentakrifkan semula peranan kerajaan dalam perniagaan; mempertajamkan tujuan, mandat dan objektif GLIC; serta mempertingkatkan mekanisme tadbir urus dan penyelarasan merentasi GLIC untuk memacu keutamaan yang dikaitkan dengan agenda pertumbuhan mampan negara. Program PLCT adalah program bersifat “opt-in” yang direka untuk lebih daripada 900 buah syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia. Sebaliknya, PERKUKUH adalah untuk 6 buah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), tiada di antara mereka yang berunsur senaraian awam.
- Kedua-dua program ini pada akhirnya akan memanfaatkan korporat Malaysia, komuniti pelaburan dan ekonomi yang lebih meluas.
- Kedua-dua program ini disokong oleh Kementerian Kewangan.
- Berapa banyakkah kepentingan yang dipegang oleh GLIC di Bursa Malaysia?
- Sehingga penghujung Januari 2022, GLIC memegang 25.7% daripada jumlah permodalan pasaran, mewakili RM 445 bilion dalam Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) di Bursa Malaysia
- Di manakah kita boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini? ?
- Maklumat lebih lanjut boleh didapatkan di laman web Bursa Malaysia.
- Untuk sebarang pertanyaan lain, pejabat pengurusan program boleh dihubungi melalui [email protected].