Penjualan & Pembelian Sekuriti Islam - Transaksi Terunding (ISSBNT)
Rangka Kerja Operasi
Model Penjualan dan Pembelian Sekuriti Islam – Transaksi Dirundingkan (“ISSBNT”) ialah satu alternatif patuh Syariah kepada model konvensional Transaksi Sekuriti Pinjaman dan Peminjaman yang Dirunding (“SBLNT”). Model ISSBNT disusun berdasarkan dua transaksi bai` (jualan) langsung yang merangkumi ciri wa’dan (dua janji/aku janji secara satu pihak), khiyar al-shart (pilihan bersyarat) dan peruntukan cagaran sebagai jaminan untuk keberhutangan. Butiran ciri-ciri ini dijelaskan dalam Pekeliling ISSBNT Bil. 1/2017 dan dalam Soalan Lazim (FAQs).
Rangka kerja ISSBNT diperkenalkan oleh Bursa Malaysia Berhad (“Bursa”) untuk pihak-pihak melakukan transaksi yang memberi hasil setara dengan transaksi sekuriti pinjaman dan peminjaman konvensional tetapi berlandaskan prinsip Syariah.
Jawatankuasa Penasihat Syariah SC memutuskan pada 26 Februari 2015 bahawa Model ISSBNT adalah dibenarkan (Ruj: Resolusi Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2018, muka surat 39, yang boleh dimuat turun di sini).
Garis Panduan Operasi ISSBNT
Garis Panduan Operasi untuk Pembekal & Pengguna yang Diluluskan