Produk
Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FKLI)
FKLI ialah Kontrak Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index (FBM KLCI) dalam
denominasi Ringgit Malaysia (“MYR”) yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives memberikan pendedahan kepada peserta pasaran terhadap komponen pendasar FBM KLCI. Ia digunakan secara aktif oleh pelabur institusi dan runcit dalam portfolio dagangan masing-masing.
Spesifikasi Kontrak | |
---|---|
Kod Kontrak | FKLI |
Instrumen Pendasar | Indeks Komposit Kuala Lumpur Bursa Malaysia FTSE (FBM KLCI) |
Size Kontrak | FBM KLCI didarab dengan MYR 50.00 |
Bulan Kontrak | Bulan terkini, bulan berikutnya dan dua bulan kalendar suku tahunan berikutnya. Bulan kalendar suku tahunan ialah Mac, Jun, September dan Disember.
|
Waktu Dagangan | Isnin hingga Jumaat (Waktu Malaysia)
|
Unit Harga | Ringgit Malaysia (MYR) |
Turun Naik Harga Minimum | 0.5 mata indeks bernilai MYR 25.00 |
Hari Perdagangan Akhir | Hari Perniagaanterakhir bulan kontrak. |
Penyelesaian Akhir | Penyelesaian Tunai berdasarkan Nilai Penyelesaian Akhir. |
Opsyen yang Ada | OKLI |
Mengapa Berdagang FKLI? |
---|
- Pendedahan terhadap Komponen Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI)
Mendapat pendedahan terhadap FBM KLCI yang terdiri daripada 30 syarikat terbesar yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan kontrak niaga hadapan tunggal.
- Perdagangan Berleveraj
Peserta pasaran boleh menggunakan FKLI untuk mendapatkan pendedahan berleveraj tentang turun naik harga indeks pendasar FBM KLCI.
- Keupayaan menjual singkat (short sell)
Apabila terdapat prospek pasaran menurun, pedagang boleh menjual kontrak FKLI terlebih dahulu untuk memulai kedudukan singkat dan membeli balik kemudian pada harga yang lebih rendah untuk menutup kedudukan itu dan sebaliknya.
- Pengurusan modal yang berhemah
Syarikat insurans atau pengurus dana yang mempunyai portfolio ekuiti boleh menggunakan FKLI sebagai alat lindung nilai untuk melindungi portfolio daripada kemungkinan penurunan indeks saham pendasar.
- Kos kemasukan lebih rendah
Untuk menangani kekurangan tunai interim, institusi boleh membeli FKLI sebagai pengganti sementara untuk pemegangan saham dan kemudian mencairkan kedudukan niaga hadapan setelah saham fizikal diperoleh. Ini memerlukan kemasukan yang lebih murah (melalui margin awal) untuk pendedahan yang serupa, ditolak dengan kos pembelian langsung.
Akses Global
FKLI didagangkan secara elektronik di CME GLOBEX®, sebuah platform perdagangan elektronik global. Mengakses CME GLOBEX® adalah mudah dan membolehkan peniaga individu dan profesional di mana sahaja di seluruh dunia mengakses semua produk Bursa Malaysia Derivatives.
Muat Turun Sumber |
Brochure
Contract Specifications |