Produk
Niaga Hadapan Minyak Sawit Isirong Mentah (FPKO)
FPKO ialah Kontrak Niaga Hadapan Minyak Isirong Sawit Mentah
yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives yang direka
untuk memberi peluang lindung nilai kepada penggiat industri minyak laurik daripada
risiko pergerakan harga negatif di pasaran minyak laurik.
Penawaran Kompleks Sawit oleh Bursa Malaysia Derivatives mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat penemuan harga yang utama bagi minyak sawit yang didagangkan di peringkat global. Terokai rangkaian produk kami hari ini.
Spesifikasi Kontrak | |
---|---|
Kod Kontrak | FPKO |
Instrumen Pendasar |
Minyak Isirong Sawit
Mentah
|
Size Kontrak | 25 Tan Metrik (MT) |
Bulan Kontrak |
Bulan terkini dan 5
bulan berikut, serta selepasnya, silih ganti sehingga 12 bulan berikutnya.
|
Waktu Dagangan | Isnin hingga Jumaat (Waktu Malaysia)
|
Unit Harga | Ringgit Malaysia (MYR) |
Turun Naik Harga Minimum
|
MYR 1.00 / MT
|
Penyelesaian Akhir | Penyerahan Fizikal |
Mengapa Berdagang FPKO? |
---|
- Akses Global
FPKO didagangkan secara elektronik di CME GLOBEX®, sebuah platform perdagangan elektronik global. Kemudahan mengakses CME Globex® membolehkan pedagang individu dan profesional di seluruh dunia mengakses semua produk Bursa Malaysia Derivatives.
- Pengurusan Risiko
FPKO boleh digunakan oleh penggiat industri minyak laurik untuk melindung nilai daripada risiko pergerakan harga yang tidak menentu di pasaran fizikal.
- Perdagangan Berleveraj
Mendapat pendedahan berleveraj terhadap nilai nosional aset pendasar dengan jumlah modal yang agak kecil (Margin Awal), menggandakan kesan sesuatu perubahan harga.
- Pendedahan Pasaran Segera
Pengurus dana global, penasihat perdagangan komoditi dan pedagang proprietari mendapat pendedahan terhadap pasaran minyak laurik.
- Perdagangan Dikawal Selia
Berdagang dengan yakin dalam pasaran yang terjamin dan telus yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Muat Turun Sumber |
Brosur
Spesifikasi Kontrak
Traceability Document
|