Produk
Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO)
FCPO ialah Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah dalam denominasi Ringgit Malaysia (MYR) yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives. Ia menjadi penanda aras harga global kepada para peserta pasaran untuk Pasaran Minyak Sawit Mentah sejak Oktober 1980. Selama lebih 40 tahun, FCPO digunakan secara aktif oleh penggiat industri minyak makan dan lemak sebagai penyelesaian pengurusan risiko, serta oleh pengurus dana dan institusi kewangan untuk menguruskan turun naik harga di pasaran.
Piawaian Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) telah berkuatkuasa pada 1 April 2022 untuk semua penghantaraan fizikal FCPO dan menjadikan Bursa Malaysia Derivatives pasaran yang pertama di dunia yang menawarkan penghantaraan secara fizikal bagi kontrak derivatif komoditi dengan keperluan mampan yang dimandatkan untuk penghantaraan. Tambahan, kontrak FCPO patuh Shariah.
Penawaran Kompleks Sawit oleh Bursa Malaysia Derivative mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat penemuan harga yang utama bagi minyak sawit yang didagangkan di peringkat global. Terokai rangkaian produk kami hari ini.
Spesifikasi Kontrak | |
---|---|
Kod Kontrak | FCPO |
Instrumen Pendasar
| Minyak Sawit Mentah
|
Saiz Kontrak |
25 Tan Metrik (MT)
|
Bulan Kontrak
|
Bulan terkini dan 11
bulan berikut, serta selepasnya, bulan silih ganti sehingga 36 bulan
berikutnya.
|
Waktu Dagangan
|
Isnin hingga Jumaat (Waktu Malaysia)
|
Unit Harga
|
Ringgit Malaysia (MYR)
|
Turun Naik Harga
|
MYR 1.00 / MT
|
Penyeselaian Akhir
|
Penyerahan Fizikal
*Kesemua penyerahan fizikal FCPO hendaklah disahkan Nombor Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). |
Opsyen Yang Ada
|
OCPO
|
Mengapa Berdagang FCPO? |
---|
- Akses Global
FCPO didagangkan secara elektronik di CME GLOBEX®, sebuah platform perdagangan elektronik global. Kemudahan mengakses CME Globex® membolehkan pedagang individu dan profesional di seluruh dunia mengakses semua produk Bursa Malaysia Derivatives.
- Pengurusan Risiko
Syarikat perladangan, penapisan, pengeksport dan pengilang boleh menggunakan FCPO untuk mengurus risiko dan melindung nilai daripada risiko pergerakan harga FCPO yang tidak dijangkakan di pasaran fizikal.
- Perdagangan Berleveraj
Mendapat pendedahan berleveraj terhadap nilai nosional aset pendasar dengan jumlah modal yang agak kecil (Margin Awal), menggandakan kesan sesuatu perubahan harga.
- Pendedahan Pasaran Segera
Pengurus dana global, penasihat perdagangan komoditi dan pedagang proprietari mendapat pendedahan segera terhadap pasaran Minyak Sawit Mentah yang aktif melalui FCPO.
- Manfaatkan Kedua-dua Pasaran Bul dan Bear
FCPO menyediakan produk berstruktur kepada pelabur runcit untuk mengakses pasaran Minyak Sawit Mentah. Beli rendah dan jual tinggi apabila wujud prospek kenaikan harga Minyak Sawit Mentah, dan sebaliknya apabila wujud prospek penurunan harga.
-
Proses Penyerahan Fizikal yang Mampan
Semua sumber penyerahan fizikal Minyak Sawit Mentah (CPO) di bawah kontrak FCPO perlu didapati daripada Kilang Minyak Sawit yang memenuhi Pensijilan Pengurusan Kelapa Sawit (OPMC) di bawah syarat Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Muat Turun Sumber |
Brosur
Spesifikasi Kontrak
MSPO Circular
Traceability Document
FCPO Revamp FAQs
|