Produk
Niaga Hadapan Emas (FGLD)
FGLD ialah Kontrak Niaga Hadapan Emas dalam denominasi Ringgit Malaysia ("RM") yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives untuk memberikan peserta pasaran pendedahan kepada pergerakan harga emas antarabangsa.
Spesifikasi Kontrak | |
---|---|
Kod Kontrak | FGLD |
Instrumen Pendasar |
Emas yang dicerakinkan kepada minimum 995 ketulenan atau spesifikasi teknikal lain bagi emas yang mendasari Harga Emas LBMA AM |
Pengganda Kontrak | 40 per unit kontrak |
Saiz Kontrak |
1 kontrak = harga rujukan per auns troy didarab |
Turun Naik Harga Minimum |
USD0.10 per unit kontrak |
Bulan Kontrak |
|
Waktu Dagangan |
Isnin hingga Jumaat (Waktu Malaysia)
|
Had Harga |
Tiada dagangan pada harga melebihi 10% lebih atau kurang daripada Harga Penyelesaian Harian terikini (“Had 10%”), kecuali seperti yang diperuntukkan di bawah:
(b) Selepas Tempoh Bertenang, Kontrak semua bulan kontrak (termasuk bulan terkini) akan ditentukan sebagai simpanan untuk tempoh 5 minit, selepas itu had harga akan ditingkatkan kepada 20%. Harga yang didagangkan untuk Kontrak semua bulan kontrak (termasuk bulan terkini) hendaklah tidak melebihi 20% lebih atau kurang daripada Harga Penyelesaian Harian terkini (Had 20%).
(c) Jika Kontrak bulan terkini didagangkan pada Had 10% dalam tempoh 30 minit sebelum tamat sesi dagangan pagi, Had 10% akan dikenakan ke atas Kontrak semua bulan kontrak (termasuk bulan terkini) untuk baki sesi dagangan pagi, dan Had 20% akan dikenakan ke atas Kontrak semua bulan kontrak (termasuk bulan terkini) semasa sesi dagangan petang.
(d) Jika Kontrak bulan terkini didagangkan pada Had 10% dalam tempoh 30 minit sebelum tamat sesi dagangan petang, Had 10% akan dikenakan ke atas Kontrak semua bulan kontrak (termasuk bulan terkini) untuk baki sesi dagangan petang.
(e) Jika Kontrak bulan terkini didagangkan pada Had 10% dalam tempoh 30 minit sebelum tamat sesi dagangan selepas waktu dagangan (T+1), Had 10% akan dikenakan ke atas Kontrak semua bulan kontrak (termasuk bulan terkini) untuk baki sesi dagangan selepas waktu dagangan (T+1), dan Had 20% akan dikenakan ke atas Kontrak semua bulan kontrak (termasuk bulan terkini) untuk sesi dagangan pagi dan petang yang berikutnya (f) Pada mana-mana Hari Perniagaan selain Hari Dagangan Terakhir, had harga dalam perenggan di atas dikenakan kepada semua dagangan dalam Kontrak semua bulan kontrak, termasuk bulan terkini. Pada Hari Dagangan Terakhir, had harga dalam perenggan di atas tidak dikenakan ke atas dagangan dalam Kontrak bulan terkini
|
Hari Dagangan Terakhir |
|
Kaedah Penyelesaian | Penyelesaian tunai berdasarkan nilai penyelesaian akhir |
Had Pegangan Spekulatif | Bilangan maksimum pegangan belian bersih atau pegangan jualan bersih yang mungkin dipegang atau dikawal oleh pelanggan atau peserta untuk gabungan semua bulan adalah 20,000 kontrak |
Nilai Penyelesaian Akhir |
|
Mengapa Berdagang dalam FGLD? |
---|
- Akses Global
FGLD didagangkan secara elektronik di CME GLOBEX®, sebuah platform dagangan elektronik global. Akses kepada CME GLOBEX® adalah mudah dan membolehkan pedagang individu dan profesional di seluruh dunia mengakses kesemua produk Bursa Malaysia Derivatives.
- Manfaatkan Kedua-dua Pasaran Menaik Dan Menurun
FGLD menyediakan laluan kepada pelabur runcit untuk mengakses pasaran emas antarabangsa. Beli ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi apabila wujud prospek kenaikan harga emas antarabangsa, dan sebaliknya apabila wujud prospek penurunan harga.
- Dagangan Dikawal Selia
Berdagang dengan yakin dalam pasaran yang selamat dan telus yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
- Perdagangan Berleveraj
Mendapat pendedahan berleveraj kepada nilai nosional aset pendasar dengan jumlah modal yang agak kecil (Margin Awal) untuk menggandakan kesan perubahan harga.
- Pengurusan Risiko
Peserta industri emas boleh menggunakan FGLD untuk melindungi nilai daripada risiko pergerakan harga pasaran yang tidak menentu dalam pasaran fizikal.
Muat Turun Sumber Brosur
Bahasa MalaysiaSpesifikasi Kontrak
Bahasa Malaysia