Penyeliaan Broker
Penyeliaan Broker
Bursa Malaysia melaksanakan penyeliaan yang teliti terhadap semua urus niaga yang dilakukan oleh broker dan wakil mereka bagi memenuhi matlamat-matlamat berikut:-
- Untuk memastikan persekitaran dagangan yang selamat, adil dan teratur melalui pemantauan dan penyeliaan yang efektif
- Untuk memastikan perlindungan yang secukupnya kepada pelabur yang melantik khidmat broker untuk urusan dagangan; dan
- Untuk memantau aktiviti broker dengan efektif bagi memastikan broker memberi perkhidmatan yang terjamin dan boleh dipercayai kepada pelabur
Kami memantau dan menyelia dua kumpulan broker:-
- Syarikat Pembrokeran (syarikat pembrokeran saham), iaitu Peserta Organisasi
- Broker Niaga Hadapan (syarikat pembrokeran saham masa hadapan), iaitu Peserta Dagangan
Sebagai badan kawal selia utama, kami memantau dan menyelia Syarikat Pembrokeran dan Syarikat Niaga Hadapan bagi memastikan mereka mematuhi segala peraturan dan direktif Bursa Malaysia serta surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak kami.
Kami berusaha untuk menyediakan tahap perkhidmatan yang tinggi dan mengekalkan hubungan kerja yang efektif dengan para broker. Bagi memastikan segala pertanyaan mengenai Peraturan Bursa Malaysia boleh disalurkan dengan segera kepada kakitangan yang betul, kami telah menyediakan kakitangan khas untuk kumpulan broker tertentu. Ini adalah penting bagi menggalakkan dan mendorong pematuhan yang lebih tinggi kepada Peraturan Bursa Malaysia.
Sila hantarkan pertanyaan anda berkaitan dengan penyeliaan di tapak dan luar tapak ke e-mel berikut:
[email protected]
[email protected]
[email protected]
Sila hantarkan pertanyaan yang berkaitan dengan pendaftaran, kewajiban berterusan dan pendidikan ke email berikut: [email protected]