Derivatif
Sesi Dagangan Selepas Waktu Dagangan
Sesi Dagangan Selepas Waktu Dagangan (T+1) ialah sesi yang tersedia untuk semua kontrak komoditi dan niaga hadapan indeks ekuiti Bursa Malaysia Derivatives dari Isnin hingga malam Khamis, bermula 9:00 malam hingga 11:30 malam Waktu Malaysia (UTC +8).
Bermula 5 Disember 2022, Sesi Dagangan T+1 dilanjutkan hingga 2.30 pagi Waktu Malaysia (UTC +8) untuk beberapa produk tertentu. Sila rujuk pada jadual di bawah untuk maklumat lebih lanjut.
Semua dagangan yang dilakukan semasa T+1 akan diproses pada sesi dagangan hari berikutnya, yang mana proses penjelasan dan penyelesaian bagi dagangan waktu malam dilakukan pada penghujung hari perniagaan berikutnya.
Penambahbaikan sistem
ini akan memberi peserta pasaran lebih fleksibiliti untuk melindung nilai
pendedahan risiko harga semasa waktu pasaran Amerika Syarikat dan Eropah. Ketahuilah
peluang dagangan baharu dengan penemuan harga lebih baik bagi produk Derivatif
Bursa Malaysia.
Produk-produk yang Tersedia Pada Sesi Dagangan Selepas Waktu Dagangan
Produk | Nama Produk |
Sesi Dagangan T+1 (9 malam – 11.30 malam) |
Sesi Dagangan Lanjutan (T+1) (9 malam – 2.30 pagi) |
---|---|---|---|
Komoditi Derivatif | Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) | ✓ | ✗
|
Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah Malaysia Timur (FEPO) |
✓
|
✗
| |
Niaga Hadapan Olein Sawit USD RBD (FPOL) |
✓
|
✗
| |
Niaga Hadapan Minyak Sawit Isirong Mentah (FPKO) |
✓
|
✗
| |
Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah USD (FUPO) |
✓
|
✗
| |
Opsyen atas Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (OCPO) |
✓
|
✗
| |
Opsyen atas Niaga Hadapan Olein Sawit USD RDB (OPOL) |
✓
|
✗
| |
Niaga Hadapan Emas (FGLD) |
✓
|
✓
| |
Niaga Hadapan Timah USD (FTIN) |
✓
|
✓
| |
Niaga Hadapan Minyak Kacang Soya Bursa Malaysia DCE (FSOY) |
✓ | ✗ | |
Ekuiti Derivatif | Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FKLI) | ✓ | ✓ |
Opsyen atas FTSE Bursa Malaysia KLCI (OKLI) | ✓
| ✓
| |
Niaga Hadapan Mini FTSE Bursa Malaysia Mid 70 (FM70) | ✓ | ✓ | |
Niaga Hadapan Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia | ✓
| ✓ | |
Kewangan Derivatif | Niaga Hadapan Kadar Ditawarkan Antara Bank KL 3-Bulan (KLIBOR) (FKB3) | ✓ | ✓ |