Struktur
Gambaran Keseluruhan
Bursa Malaysia ialah pengawal selia utama pasaran modal Malaysia dan bertanggungjawab mengekalkan pasaran yang adil dan terurus dalam sekuriti dan derivatif yang didagangkan menerusi fasilitinya. Sebagai satu bursa bersepadu, Bursa Malaysia juga bertanggungjawab memastikan urus niaga yang terurus dalam sekuriti yang didepositkan dengan Bursa Malaysia , serta pengurusan penjelasan dan pelunasan yang telus dan efisien bagi transaksi yang dijelaskan dan dilunaskan melalui fasilitinya. Lanjutan daripada tanggungjawab ini, Bursa Malaysia telah menyediakan satu rangka kerja kawal selia dan penyeliaan yang menyeluruh dan berkesan untuk mengawal selia pasaran dan pesertanya, termasuk penerbit tersenarai dan pengarah serta penasihat mereka, Organisasi yang mengambil bahagian, Peserta Dagangan, Peserta Pelangsaian, Agen Pendepositan Bertauliah dan Ahli Langsung dibenarkan.
Sehubungan dengan itu, Bursa Malaysia telah mengeluarkan pelbagai peraturan bagi menetapkan syarat untuk diikuti oleh entiti yang dikawal selia sama ada ketika kemasukan dan/atau secara berterusan. la mentadbir dan memantau pematuhan peraturan ini dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas dan pantas secara objektif atas pelanggaran peraturan ini. Bursa Malaysia menyelia dengan aktif penerbit tersenarai dan broker. la juga menjalankan pemantauan terhadap aktiviti dagangan dalam pasaran.
Objektif Bursa Malaysia , selain menjalankan tanggungjawab berkanunnya melindungi pelabur; ketelusan, standard pengendalian dan tadbir urus yang tinggi, integriti pasaran; dan semua mereka yang berkaitan boleh mengambil bahagian dalam pasaran kami dengan yakin.
Fungsi kawal selia dijalankan dan diuruskan oleh Kumpulan Fungsi Kawai Selia yang diketuai Ketua Pegawai Kawai Selia. Sebagai langkah untuk memastikan kebebasan fungsi kawal selia, Ketua Pegawai Kawai Selia memberikan Lembaga Pengarah laporan kawal selia secara berkala dan pelan kawal selia, yang termasuk bajet kawal selia, yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah.