Pendekatan terhadap Penglibatan Pihak Berkepentingan
Pendekatan terhadap Penglibatan Pihak Berkepentingan
Pendekatan terhadap Materialiti
Selaras dengan kitaran perancangan strategik kami, kami menjalankan analisis materialiti yang menyeluruh pada setiap tiga tahun untuk mengenal pasti, memahami dan memberi keutamaan kepada isu ekonomi, alam sekitar dan sosial iaitu isu-isu yang sangat mustahak kepada perniagaan dan pihak berkepentingan. Pendekatan materialiti kami mewakili komponen teras dalam proses pengurusan kelestarian kerana ia membantu menyelaraskan strategi, pengurusan prestasi dan pelaporan kami. Kami juga menjalankan pemeriksaan ‘kesihatan’ tahunan dalam perkara-perkara penting untuk memastikan isu yang dikenal pasti mencerminkan keutamaan pihak berkepentingan dan potensi penciptaan impak kami, serta membantu kami menjangka trend mega yang berkaitan. Penilaian materialiti komprehensif kali terakhir telah dijalankan pada tahun 2020. Untuk membaca tentang perkara material, sila lihat Laporan Kelestarian kami..
Pendekatan terhadap Penglibatan Pihak Berkepentingan
Kami berinteraksi dengan sejumlah besar kumpulan berkepentingan dan penglibatan kami bersama mereka adalah penting untuk membantu kami mengenal pasti, menyusun keutamaan dan menangani perkara mustahak dalam perniagaan. Penglibatan pihak berkepentingan dijalankan secara rutin kerana ia adalah sebahagian penting dalam pembangunan perniagaan, hubungan dengan pihak berkepentingan dan komitmen keseluruhan kami terhadap kelestarian. Dengan mengadakan forum untuk penglibatan telus yang mewujudkan persekitaran yang membenarkan pihak berkepentingan bersuara, kami percaya ia dapat mencipta nilai jangka panjang untuk mereka. Untuk butiran lanjut tentang cara kami berinteraksi dengan pemegang kepentingan dan jangkaan mereka, sila baca Laporan Kelestarian kami. create long-term value for these stakeholders.
Untuk butiran lanjut tentang cara kami berinteraksi dengan pemegang kepentingan dan jangkaan mereka, sila baca Laporan Kelestarian kami.