Produk
Opsyen atas FTSE Bursa Malaysia KLCI (OKLI)
OKLI ialah Kontrak Opsyen dalam denominasi Ringgit Malaysia ("MYR") dalam Niaga Hadapan Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FKLI) yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives. Ia merupakan alat pengurusan risiko yang serba boleh bagi peserta industri memenuhi keperluan dalam perdagangan, lindung nilai dan pengurusan risiko ketika menguruskan portfolio ekuiti.
Spesifikasi Kontrak | |
---|---|
Kod Kontrak | OKLI |
Instrumen Pendasar |
Niaga Hadapan FTSE
Bursa Malaysia (FKLI)
|
Saiz Kontrak
| Satu kontrak FKLI
|
Bulan Kontrak | Bulan terkini, bulan berikutnya dan dua bulan kalendar suku tahunan berikutnya. Bulan suku kalendar suku tahunan ialah Mac, Jun, September dan Disember. |
Waktu Dagangan | Isnin hingga Jumaat (Waktu Malaysia)
|
Unit Harga | Ringgit Malaysia (MYR) |
Turun Naik Harga
Minimum
|
0.1 mata indeks bernilai
MYR 5
|
Hari Dagangan Akhir
|
Hari perniagaan
terakhir bulan kontrak.
|
Penyelesaian Pelaksanaan Opsyen |
|
Jenis Opsyen | Opsyen Eropah |
Mengapa Berdagang OKLI? |
---|
- Akses Global
OKLI didagangkan secara elektronik di CME GLOBEX®, sebuah platform perdagangan elektronik global. Mengakses CME Globex® adalah mudah dan membolehkan peniaga individu dan profesional di mana sahaja di seluruh dunia mengakses semua produk Bursa Malaysia Derivatives.
- Lindung Nilai Portfolio dan Pengurusan Risiko
Peserta pasaran boleh menggunakan OKLI bersama FKLI dan alat derivatif lain untuk merumuskan strategi pengurusan risiko mereka. OKLI ialah alat serba boleh bagi peserta pasaran memenuhi keperluan perdagangan, lindung nilai dan pengurusan risiko mereka dalam menguruskan portfolio ekuiti.
-
Peningkatan Kadar
Hasil Portfolio
OKLI boleh digunakan sebagai instrumen untuk meningkatkan kadar hasil portfolio. Pengguna institusi seperti pengurus dana, syarikat insurans dan institusi kewangan lain boleh menggunakan opsyen terlindung untuk memanfaatkan keadaan pasaran yang berbeza dan meningkatkan pulangan tanpa mengganggu portfolio pelaburan yang ada. -
Leveraj dan Risiko Pratentu
untuk Pembeli
Pembeli OKLI secara amnya membayar premium yang agak kecil untuk pendedahan pasaran berbanding nilai kontrak. Pelabur yang membeli kontrak OKLI dapat melihat peratus keuntungan yang besar daripada sedikit pergerakan harga aset pendasar. Sekiranya harga niaga hadapan pendasar tidak bergerak seperti yang dijangkakan, risiko pembeli adalah terhad kepada premium yang dibayar. Sebaliknya penerbit opsyen OKLI menanggung risiko yang jauh lebih besar, ataupun tanpa terhad.
-
Perdagangan Dikawal
Selia
Berdagang dengan yakin di pasaran yang terjamin dan telus yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Muat Turun Sumber |
Spesifikasi Kontrak
|