PENGURUSAN KELANGSUNGAN PERNIAGAAN
Pengurusan Kelangsungan Perniagaan
Rangka Kerja Pengurusan Kelangsungan Perniagaan (BCM) termasuk proses-proses dan prosedurnya membolehkan Bursa pulih dengan pantas dan meneruskan operasi kritikal sejurus selepas gangguan perkhidmatan operasi. Rangka kerja ini direka sejajar dengan garis panduan Prinsip untuk Infrastruktur Pasaran Kewangan IOSCO CPMI, iaitu prinsip 17 Risiko Operasi.
Komponen utama BCM termasuk pengenalpastian fungsi-fungsi kritikal perniagaan / operasi, keperluan teknologi, pembekal luaran, prosedur tindak balas, prosedur komunikasi dan objektif masa pemulihan. Pelan pemulihan bencana teknologi juga disediakan untuk semua system-sistem kritikal. Terdapat juga pengurusan insiden dan prosedur respons kecemasan untuk seluruh organisasi. Pasukan Pengurusan Pemulihan Bencana yang dipimpin oleh pengurusan kanan, disokong oleh wakil-wakil dari unit-unit perniagaan teras dan perkhidmatan sokongan.
Sekiranya berlaku gangguan di ibu pejabat, tapak sandaran mempunyai infrastruktur dan fasiliti yang mencukupi untuk menyokong operasi fungsi-fungsi kritikal yang perlu berterusan di bursa saham, pusat penjelasan dan depositori. Objektif masa pemulihan untuk sistem-sistem utama berada di antara 2 hingga 4 jam. Kegagalan komponen-komponen system-sistem yang kritikal dimitigasikan dengan fungsi clustering dan fasiliti sistem/infrastruktur tambahan di ibu pejabat Bursa, dengan itu ia dapat mengurangkan keperluan untuk memnidahkan system-sistem itu kepada tapak/sistem Pemulihan Bencana (DR) Bursa. Sistem-sistem di tapak DR Bursa mampu untuk menjalankan semua fungsi-fungsi di ibu pejabat. Bursa mempunyai Pelan Kelangsungan Perniagaan (BCP) yang komprehensif dan ianya diuji setiap tahun dengan penyertaan dari semua pihak berkepentingan dan relevan termasuklah semua peserta pasaran.
PELAPORAN
Bahagian Risiko & Pematuhan membuat penilaian ke atas setiap risiko dan melaporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan, Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Audit, Jawatankuasa Lembaga Pengarah Pengurusan Risiko dan Lembaga Pengarah induk secara berkala.