Soalan Lazim
Soalan Lazim Am LFX
- Apakah Labuan International Financial Exchange (LFX)?
LFX adalah bursa kewangan antarabangsa berpangkalan di Labuan. Ia adalah satu daripada kaedah untuk mempromosi Labuan sebagai pusat kewangan antarabangsa. Matlamatnya adalah untuk memudahkan kemasukan dana melalui penyenaraian dan dagangan instrumen kewangan.
Untuk mencapai matlamat ini, LFX akan berusaha:
- Untuk diiktiraf sebagai mesra pelabur
- Untuk menjadi dipacu pasaran dan telus
- Untuk menggunakan sistem jaringan antarabangsa
LFX adalah bursa penuh dengan kemudahan penyenaraian dan dagangan. Penyenaraian instrumen kewangan akan menjadi fokus permulaan.
- Apakah instrumen kewangan yang akan disenaraikan?
LFX, sebagai sebuah bursa kewangan antarabangsa akan membantu penyenaraian pelbagai instrumen kewangan seperti:
- Ekuiti
- Dana pelaburan
- Instrumen hutang
- Instrumen berkaitan insurans
- Jenis instrumen kewangan lain (bergantung kepada keperluan dan permintaan penerbit dan pelabur)
Instrumen kewangan ini boleh berdasarkan kedua-dua prinsip konvensional dan Islam.
Tiada sekatan ke atas jenis instrument kewangan dan tiada kuantiti minimum yang ditetapkan lebih awal bagi penyenaraian. Keputusan untuk penyenaraian bergantung kepada Jawatankuasa Penyenaraian LFX. Instrumen kewangan akan didenominasi dalam matawang asing ataupun bukan Ringgit Malaysia.
- Siapa yang memiliki LFX?
Pada masa ini, Bursa Malaysia Berhad (Bursa) adalah pemilik tunggal LFX.
Modal dibenarkan dan berbayar adalah masing-masing US$10 juta dan US$5.5 juta.
- Bagaimanakah LFX ditadbir urus?
Memorandum & Articles of Association (M&A) dan Peraturan Labuan International Financial Exchange ditadbir urus masing-masing oleh Akta Syarikat Labuan (1990) dan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan (2010).
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) adalah pengawal selia statutori bagi LFX.
- Apakah struktur organisasi LFX?
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) adalah pengawalselia statutori bagi LFX.
- Seorang Pengurus Besar bertanggungjawab untuk menguruskan operasi harian LFX.
- LFX diuruskan oleh Jawatankuasa Bursa yang terdiri daripada wakil pemegang saham dan peserta pasaran. Jawatankuasa itu akan menangani dan mengendalikan semua aspek operasi LFX.
- Perkara melibatkan budi bicara berkaitan Pelesenan, Penyenaraian dan Disiplin adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa spesifik.
Struktur organisasi LFX terbahagi kepada tiga unit utama iaitu Pembangunan Pasaran, Operasi dan Perkhidmatan Sokongan. Pembangunan Pasaran akan mengendalikan perkara berkaitan pelanggan Bursa itu termasuklah pembangunan dan pemasaran perniagaan di bursa itu. Operasi adalah bertanggungjawab kepada aktiviti operasi termasuklah pelesenan, penyenaraian, dagangan, pelangsaian, penjelasan, depositori, pelan kesinambungan perniagaan bagi bursa dan aktiviti operasi lain serta melalui aktiviti penyeliaan dan pemantauan pemain pasaran untuk memastikan pematuhan kepada Peraturan dan Undang-udang Bursa. Perkhidmatan Sokongan akan menyediakan fungsi sokongan seperti Sokongan IT, kewangan dan pentadbiran kepada LFX.
- Bagaimanakah LFX berbeza dengan Bursa Malaysia dan bursa lain di Malaysia?
Ia adalah bursa kewangan antarabangsa yang berhasrat untuk mememuhi keperluan pelanggan antarabangsa. Tidak seperti Bursa dan bursa saham lain, LFX ditadbir urus oleh LFSSA 2010. Memandangkan ia berdasarkan kepada bidang kuasa antarabangsa, peserta akan mendapat manfaat daripada pelbagai insentif cukan dan pengecualian.
LFX membantu penyenaraian dan dagangan pelbagai instrumen kewangan dan sekuriti dalam pelbagai matawang.
- Bagaimanakah LFX jika dibandingkan dengan bursa kewangan antarabangsa lain?
Sebagai sebuah bursa kewangan antarabangsa di Asia, lokasi geografi Labuan adalah bersesuaian sebagai lokasi pertengahan bagi semua bandaraya utama di wilayah ini.
Peraturan LFX adalah ia tidak mengehadkan dari segi instrumen kewangan yang akan disenaraikan, memberi kemudahan kepada keperluan di rantau ini dan peserta dari seluruh dunia.
LFX tidak memerlukan peserta hadir secara fizikal di Labuan memandangkan akses boleh dibuat melalui rangkaian komunikasi antarabangsa melalui pelayar web ke sistem @LFX.
- Bagaimanakah LFX jika dibandingkan dengan bursa kewangan antarabangsa lain?
LFX adalah buesa kewangan antarabangsa dengan kedua-dua aktiviti Penyenaraian dan Dagangan. Oleh itu, penyertaan adalah seperti berikut:
- Penerbit Instrumen Kewangan akan Disenarai
- Setiap Penerbit mesti melantik Penaja Penyenaraian bagi setiap penyenaraian di LFX.
- Nasihat, perundingan dan taja jamin penyenaraian akan dilevi oleh Penaja Penyenaraian mengikut budi bicara mereka.
- LFX mengguna pakai polisi berasaskan pendedahan di mana Penerbit akan disyaratkan untuk mendedahkan semua maklumat yang relevan dan material.
- Penaja Penyenaraian
- Penaja Penyenaraian bertanggungjawab untuk :
- Memastikan instrument kewangan yang akan disenaraikan memenuhi kriteria kualitatif dan kuantitatif yang ditetapkan LFX.
- Memastikan pendedahan sewajarnya dibuat oleh Penerbit, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab pasca penyenaraian.
- Pemerolehan peralatan dan sumber lain yang diperlukan untuk melaksanakan fungsi mereka.
- Penaja Penyenaraian boleh melakukan pelbagai penyenaraian.
- Penaja Penyenaraian dilesenkan oleh LFX.
- Penaja Penyenaraian dengan keupayaan dan kapasiti kewangan boleh menaja jamin penyenaraian instrumen kewangan. Penerbit dan Penaja mungkin berada di lokasi geografi dan zon waktu berbeza dan tidak perlu hadir secara fizikal di Labuan.
- Yuran antara Penerbit dan Penaja Penyenaraian boleh dirunding antara kedua-dua pihak kerana LFX tidak menguruskan urusan pentadbiran antara kedua-dua peserta.
- Penaja Penyenaraian juga boleh menjadi Agen Dagangan dan sebaliknya jika mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan LFX.
- Penaja Penyenaraian bertanggungjawab untuk :
- Agen Dagangan
- Agen Dagangan bertangungjawab bagi :
- Pelaksanaan dagangan bagi pihak Pelabur.
- Pemerolehan peralatan dan sumber lain bagi tujuan dagangan.
- Melaporkan semua dagangan yang dibuat kepada LFX bagi pengesahan dagangan.
- Memastikan semua dagangan dibuat telah diselesaikan mengikut peraturan LFX.
- Menyediakan nasihat pelaburan kepada pelabur.
- Agen Dagangan akan dilesenkan oleh LFX.
- Agen Dagangan boleh melakukan dagangan proprietari.
- Pelabur
- Penyertaan pelabur di LFX adalah melalui Agen Dagangan berlesen. Semua dagangan dan pelangsaian dagangan dibuat melalui Agen Dagangan.
- Yuran bagi perkhidmatan dagangan yang diberikan kepada pelabur oleh Agen Dagangan adalah mengikut budi bicara mereka.
- Pelabur perlu menilai risiko dan merit pelaburan mereka berdasarkan kepada pendedahan yang dilakukan oleh Penerbit. Agen Dagangan dan Pelabur boleh berada di lokasi geografi dan zon waktu berbeza.
- Bagaimanakah Kaedah Kawalan Bursa di Malaysia mempengaruhi Labuan International Financial Exchange?
Ia tidak menjejaskan LFX sebagai urusan akan berada di dalam mana-mana mata wang kecuali Ringgit.
- Bagaimanakah penglibatan Bursa dalam LFX?
LFX adalah 100% dimiliki oleh Bursa Malaysia Berhad. Bursa diwakili dalam lembaga pengarah LFX oleh Ketua Pegawai Eksekutif pada masa ini iaitu Datuk Muhamad Umar Swift dan Ketua Pegawai Kewangan Bursa Puan Rosidah Baharom. Skop kerjanya termasuklah hal-hal polisi dan kawalan belanjawan.
Operasi LFX diuruskan oleh Jawatankuasa Bursa LFX. Jawatankuasa ini dibahagi kepada tiga jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pelesenan, Penyenaraian dan Disiplin dan setiap jawatankuasa akan bekerja mengikut skop kerja yang dinyatakan.