PRODUK
Niaga Hadapan Mini FTSE Bursa Malaysia Mid 70 (FM70)
FM70 ialah Kontrak Niaga Hadapan Mini FTSE Bursa Malaysia Mid 70 yang diperdagangkan dalam denominasi Ringgit Malaysia ("MYR") di Bursa Malaysia Derivatives mendedahkan peserta pasaran kepada konstituen Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 (FBM Mid 70).
Kontrak Spesifikasi | |
---|---|
Kod Kontrak | FM70 |
Instrumen Pendasar | Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 (FBM Mid 70) |
Size Kontrak | FBM Mid 70 didarabkan dengan MYR 4.00 |
Turun Naik Harga Minimum | 5 titik indeks dinilai pada MYR 20.00 |
Had Harga Harian | 20% untuk setiap sesi dagangan pada bulan kontrak berkenaan kecuali kontrak bulan terkini. Tiada had harga untuk kontrak bulan terkini. Tiada had harga untuk kontrak bulan kedua bagi 5 Hari Perniagaan terkahir sebelum tamat tempoh kontrak bulan terkini. |
Bulan Kontrak | Bulan terkini, bulan berikutnya dan dua bulan suku kalendar berikutnya. Bulan suku tahun kalendar adalah Mac, Jun, September dan Disember. |
Waktu Dagangan | Isnin hingga Jumaat (Waktu Malaysia)
|
Hari Dagangan Akhir | Hari Perniagaan terkhir bulan kontrak. |
Penyelesaian Akhir | Penyelesaian Tunai berdasarkan Nilai Penyelesaian Akhir. |
Nilai Penyelesaian Akhir | Nilai Penyelesaian Akhir adalah nilai purata, dibundarkan pada 5 titik indeks terdekat (nilai 2.5, 7.5 dan ke atas dibundarkan ke atas), diambil pada setiap 15 saat atau pada mana-mana selang masa yang akan ditentukan oleh Bursa dari masa ke masa dari 3.45:30 p.m. ke 4.45:15 p.m. dengan tambahan satu nilai FBM Mid 70 selepas jam 5.00 p.m. pada Hari Dagangan Akhir dengan pengecualian 3 nilai tertinggi dan 3 nilai terendah. |
Had Pegangan Spekulatif | Bilangan maksimum pegangan belian bersih atau jualan bersih: 15,000 kontrak untuk semua bulan digabungkan |
Kenapa Berdagang FM70? |
---|
- Pendedahan kepada konstituen Indeks FBM Mid 70
Dapatkan pendedahan kepada kesemua 70 konstituen FBM Mid 70 dengan satu kontrak hadapan.
- Perdagangan yang berleveraj
Dalam pasaran hadapan, anda perlu mendeposit peratusan kecil nilai nosional kontrak berkaitan (dikenali sebagai Margin Awal). "Leveraj" ini memberi anda pendedahan yang lebih besar kepada indeks asas dengan hanya sebahagian kos yang kecil daripada jumlah nilai kontrak.
-
Keupayaan untuk membuat jualan singkat (Short Sell)
Berdagang FM70 membolehkan anda menjual dahulu dan membeli kemudian untuk menutup kedudukan perdagangan anda.
-
Arbitraj
Manfaatkan peluang arbitraj yang berbangkit daripada perbezaan harga antara FM70 dengan indeks asasnya. -
Akses Global
FM70 didagangkan secara elektronik pada CME Globex®, sebuah platform perdagangan elektronik global. Mengakses CME Globex® adalah mudah dan membolehkan pedagang individu dan profesional mengakses pelbagai produk Bursa Malaysia Derivatives, walau di mana mereka berada di seluruh dunia.
Muat Turun Sumber |
Brosur
Kontrak Spesifikasi
|