Produk
Niaga Hadapan Timah USD (FTIN)
FTIN ialah kontrak niaga hadapan timah dalam denominasi Dolar AS ("USD") yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives, yang memberikan para
peserta pasaran pendedahan kepada pergerakan harga timah.
Spesifikasi Kontrak | |
---|---|
Kod Kontrak | FTIN |
Instrumen Pendasar | Logam Timah Tapis |
Size Kontrak | 1 Tan Metrik (MT) |
Bulan Kontrak | Bulan terkini dan 11 bulan berikutnya sehingga 12 bulan beikutnya. |
Waktu Dagangan | Isnin hingga Jumaat (Waktu Malaysia)
|
Unit Harga | Dolar Amerika Syarikat (USD) |
Turun Naik Harga Minimum |
USD 1.00 / MT |
Penyelesaian Akhir | Penyelesaian Tunai |
Mengapa Berdagang FTIN? |
---|
- Akses Global
FTIN didagangkan secara elektronik di CME GLOBEX®, sebuah platform perdagangan elektronik global. Kemudahan mengakses CME Globex® membolehkan pedagang individu dan profesional di seluruh dunia mengakses semua produk Bursa Malaysia Derivatives.
- Pengurusan Risiko
Pelombong bijih timah, syarikat penapisan, pengguna, pedagang dan peniaga boleh menggunakan FTIN untuk mengurus risiko dan melindung nilai daripada risiko pergerakan harga yang tidak menentu di pasaran fizikal.
- Perdagangan Berleveraj
Mendapat pendedahan berleveraj terhadap nilai nosional aset pendasar dengan jumlah modal yang agak kecil (Margin Awal), menggandakan kesan sesuatu perubahan harga.
- Pendedahan Pasaran Segera
Pengurus dana global, penasihat perdagangan logam dan pedagang proprietari mendapat pendedahan tentang pergerakan harga timah.
- Perdagangan Dikawal Selia
Berdagang dengan yakin dalam pasaran yang terjamin dan telus yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.