Soalan Lazim
Soalan Lazim Waran Berstruktur
Asas-asas
- Kenapakah melabur dalam waran berstruktur?
Mencari pelaburan alternatif kepada saham? Jika anda sedang menghadapi satu atau lebih daripada yang berikut, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk melabur dalam waran berstruktur.
- Mempunyai modal terhad untuk melabur dalam saham-saham
- Perbelanjaan modal kecil dan dengan itu, mengurangkan kos urus niaga dan komisen
- Mahu mempelbagaikan pelaburan
- Mahu membebaskan modal yang dilaburkan dalam saham ketika mengekalkan pendedahan pasaran
- Manfaat Melabur dalam Waran Berstruktur
Ciri "kenaikan tiada had, ke bawah tiada had" bagi waran memberikan pelabur peluang keuntungan dengan kerugian yang terhad kepada kos melabur di dalam waran itu.
- Harga waran adalah sebahagian daripada harga instrumen pendasar dan memberikan kemasukan lebih murah untuk melabur dalam saham sesebuah syarikat.
- Waran membolehkan pelabur untuk mengunci harga saham asas dan memberikan masa sehingga tarikh matang kepada pelabur sama ada untuk menukar ataupun tidak pelaburan mereka terus ke dalam saham asas.
- Kos transaksi dan komisyen adalah lebih rendah berbanding dengan pelaburan saham.
- Bagaimana waran berstruktur berfungsi?
Seorang pelabur dengan jangkaan suasana bull ke atas instrumen pendasar akan membeli waran panggilan yang akan memberikannya peluang untuk menikmati hasil menaik apabila harga instrumen pendasar meningkat. Begitu juga, apabila pelabur mempunyai pandangan menurun tentang instrumen pendasar, dia kemudiannya akan membeli waran jualan untuk membolehkannya untuk mendapat untung daripada pergerakan menurun instrumen pendasar.
Jenis Waran Berstruktur Penjelasan Bila pemegang akan untung? Waran Panggilan Memberikan pemegang hak untuk membeli saham asas pada harga ditetapkan dalam tempoh terhad. Membolehkan pemegang mendapat untung daripada kenaikan harga saham.
Klik di sini untuk senario waran panggilanWaran Jualan Memberikan pemegang hak untuk menjual saham asas pada harga ditetapkan dalam tempoh terhad. Membolehkan pemegang mendapat keuntungan daripada penurunan harga saham.
Klik di sini untuk senario waran panggilanSenario Waran Panggilan A, B, C
Waran Panggilan Senario A
(In the money)Senario B
(Pulang modal)Senario C
(Out of money)Harga Saham (Pada tarikh luput)c RM14.00 RM12.50 RM10 Harga Saham (Semasa) RM12.00 Harga Laksana RM11.00 Nisbah Pertukaran 5:1 Harga Waran Panggilan RM 0.30 Potensi pendapatan/kerugian setiap Waran Panggilan RM 0.30
{(RM14 - RM11)/5)} – RM0.30 = RM0.30RM0
{(RM12.50 - RM11)/5)} – RM0.30 = RM0RM negatif
{(RM10 - RM11)/5)} – RM0.30 = -RM0.50
(realitinya kerugian dihadkan pada RM0.30,kos pelaburan awal )Nota: Kos transaksi seperti komisyen broker, yuran penjelasan, duti setem atau yuran pembiayaan tidak termasuk dalam contoh ini.
Senario A Waran Panggilan: In-the-money (Potensi Pendapatan kepada Pemegang Waran)
Pada tarikh luput, jika harga saham adalah RM14.00, setiap waran panggilan yang dibeli adalah bernilai RM0.60 (perbezaan antara harga saham dan harga laksana (RM14.00- RM11.00 = RM3.00) dibahagi dengan nisbah pertukaran sebanyak 5 berikutan 5 waran yang boleh ditukar kepada 1 saham.
Bagi setiap 1 waran yang dibeli, pelabur berpeluang menjana RM0.30 (perbezaan antara nilai akhir sebanyak RM0.60 dan harga waran awal sebanyak RM0.30). Ini bermaksud keuntungan 100%. Sebaliknya, jika pelabur membeli 1 unit saham, keuntungan yang akan diperoleh adalah RM2.00 (RM14.00 - RM12.00), atau 16.7% pertumbuhan bagi pelaburannya.
Senario B Waran Panggilan: Pulang Modal
Pada tarikh luput, seorang pelabur akan pulang modal jika harga saham asas ditutup pada RM12.50. Ini berlaku apabila pelabur hanya mampu mendapatkan semula kos bagi perbelanjaan modal sebanyak RM0.30 ataupun memperoleh sifar pendapatan daripada pelaburannya. Harga pulang modal bagi waran panggilan adalah dikira daripada harga belian waran (RM0.30) didarab dengan nisbah pertukaran (5) campur harga laksana (RM11) yang memberikan nilai RM12.50 atau {(RM0.30 x 5) + RM11.00}. Jika asasnya tutup pada RM12.50, setiap waran panggilan akan bernilai RM0.30 {(RM12.50-RM11.00)/5} dan memandangkan beliau membeli pada harga RM0.30, pelabur itu tidak membuat pendapatan daripada pelaburannya.
Senario C Waran Panggilan: Out-of- money (Potensi Rugi kepada Pemegang Waran)
Pada tarikh luput, jika harga saham didagangkan pada apa-apa harga di bawah RM12.50, ia akan menyebabkan nilai negatif kepada waran. Contohnya, pada RM10.00, nilai waran mungkin bernilai nombor negatif yang lebih besar daripada perbelanjaan modal sebanyak RM0.30, tetapi kerugian maksimum sebenar kepada pelabur akan sentiasa dihadkan pada perbelanjaan modal sebanyak RM0.30.
Senario A, B, C Waran Jualan
Waran Jualan Senario A
(In the money)Senario B
(Pulang Modal)Senario C
(Out of money)Harga Saham (Pada tarikh luput) RM8.00 RM9.00 RM11 Share price (Current) RM9.00 Harga Laksana RM10.00 Nisbah Pertukaran 5:1 Harga Waran Jualan RM 0.20 Potensi pendapatan/kerugian setiap Waran Jualan RM0.20
{(RM10 - RM8)/5)} - RM0.20 = RM0.20RM0
{(RM10 - RM8)/5)} - RM0.20 = RM0RM negative
{(RM10 - RM11)/5)} - RM0.20 = -RM0.40 (realitinya Kerugian dihadkan pada RM0.20, kos awal pelaburan)Nota: Kos transaksi seperti komisyen broker, yuran penjelasan, duti setem atau yuran pembiayaan tidak termasuk dalam contoh ini.
Senario A Waran Jualan: In-the-money (Potensi pendapatan kepada Pemegang Waran)
Pada tarikh luput, jika harga saham adalah RM8.00, oleh itu, setiap waran jualan yang dibeli adalah bernilai RM0.40 (perbezaan antara harga saham dan harga laksana (RM10.00- RM8.00 = RM2.00) dibahagikan dengan nisbah pertukaran sebanyak 5 berikutan 5 waran yang boleh ditukar kepada 1 saham.
Bagi setiap 1 waran yang dibeli, pelabur berpeluang menjana RM0.20 (perbezaan antara nilai akhir sebanyak RM0.40 dan harga awal waran sebanyak RM0.20). Ini bermaksud keuntungan 100%. Jika pelabur menjual saham pada RM9.00 dan membelinya semula pada RM8.00, keuntungan adalah sebanyak RM1.00 (RM9.00 - RM8.00), ataupun pendapatan 11% dalam pelaburannya.
Senario B Waran Jualan: Pulang Modal
Harga pulang modal bagi waran jualan boleh dikira dengan mengambil harga laksana ditolak harga belian waran didarab dengan nisbah pertukaran. Dalam kes ini, ia adalah RM9.00 [RM10.00 - (RM0.20 x 5)].
Pada harga luput, seorang pelabur akan pulang modal jika harga saham asas ditutup pada RM9.00. Ini berlaku apabila pelabur hanya mampu mendapat semula kos perbelanjaan modal sebanyak RM0.20 atau mendapat sifar keuntungan daripada pelaburannya. Harga pulang modal waran (RM0.20) didarab dengan nisbah pertukaran (5) yang memberikan nilai RM9.00 atau {RM10 - (RM0.20 x 5)}. Jika asasnya ditutup pada RM9.00, setiap waran jualan akan bernilai RM0.20 {(RM10-RM9)/5} dan memandangkan dia membeli pada RM0.20, pelabur itu tidak membuat apa-apa pendapatan daripada pelaburannya.
Senario C Waran Jualan: Out-of- money (Potensi Kerugian kepada Pemegang Waran)
Jika harga saham didagangkan pada apa-apa harga melebihi RM9.00, ia akan menyebabkan nilai negatif kepada waran. Contohnya pada harga RM11.00, nilai waran mungkin bernilai nombor negatif yang lebih besar daripada perbelanjaan modal sebanyak RM0.30, tetapi kerugian maksimum sebenar kepada pelabur akan sentiasa dihadkan kepada perbelanjaan modal sebanyak RM0.30.
- Faktor-faktor yang Mempengaruhi Harga Waran Berstruktur
No. Influencing Factors Impak kepada Harga Waran Panggilan Impak kepada Harga Waran Jualan Rasional 1 Harga Asas upUpDownWaran Panggilan: Apabila harga asas bergerak lebih tinggi, lebih besar peluang keuntungan kepada pelabur waran memandangkan potensi keuntungan yang diperoleh daripada perbezaan antara harga laksana tetap dan harga asas lebih tinggi akan terus meningkat. Waran menjadi lebih berharga dan oleh itu, harga waran cenderung untuk naik.
Waran Jualan: Lebih rendah harga asas, lebih tinggi potensi keuntungan memandangkan pelabur waran berpeluang untuk menjana pendapatan daripada perbezaan antara harga laksana dan harga asas. Apabia harga asas lebih rendah, potensi keuntungan meningkat dan oleh itu, harga waran cenderung untuk naik.2 Tempoh untuk Matang (baki hayat sesuatu waran) UpUpUpLebih panjang tempoh untuk tarikh matang, lebih peluang untuk pergerakan pada harga asas dan lebih banyak masa untuk pelabur melaksanakan waran itu. Peluang kefleksibelan yang lebih besar dan tempoh lebih panjang yang diberikan oleh tempoh lebih lama untuk matang meningkatkan nilai waran dan oleh itu, meningkatkan harganya. Contohnya, waran yang akan luput dalam masa 3 bulan adalah lebih bernilai dan lebih tinggi harganya daripada waran yang sama pada tempoh 1 bulan untuk luput. 3 Kemeruapan Tersirat UpUpUpKemeruapan tersirat menunjukkan jangkaan pasaran kepada kemeruapan pada asas dalam suatu tempoh masa hadapan. Lebih tinggi kemeruapan tersiratnya, lebih tinggi jangkaan kemeruapan bagi harga asas di masa hadapan yang mewujudkan peluang lebih besar bagi keuntungan dan oleh itu, harga waran akan lebih bernilai dan lebih tinggi. Sama juga dengan kemeruapan tersirat yang lebih rendah yang sejajar dengan harga waran lebih rendah. 4 Kadar Faedah UpUpDownPergerakan kadar faedah mewakili kos pembiayaan yang terlibat bagi melabur dalam waran berbanding dengan instrumen asas. Apabila kadar faedah meningkat, suatu waran panggilan menggambarkan pembiayaan penjimatan kos berbanding dengan pembelian asas secara terus dan oleh itu, waran panggilan menjadi lebih bernilai dan seterusnya, harganya akan meningkat. Sebaliknya, kadar faedah yang lebih tinggi menggambarkan harga lebih rendah bagi waran jualan. 5 Dividen UpDownUpDalam menentukan harga terbitan waran, seorang penerbit biasanya akan mengambil kira jangkaan dividen daripada asas. Jika pembayaran dividen adalah sejajar dengan apa yang dijangka, harga waran akan menurun lebih daripada dijangkakan pada tarikh tanpa dividen, dan harga waran mungkin akan ikut menurun (bagi waran panggilan) atau menaik (bagi waran jualan). - Bersedia untuk melabur dalam Waran Berstruktur
Bagaimana untuk menyiapkan diri atau menambah baik kemahiran melabur anda sebagai pelabur waran?
Ingatlah bahawa waran adalah instrumen berkeumpilan.
Pelabur mestilah peka bahawa waran boleh menggandakan potensi keuntungannya serta meningkatkan kerugian mereka jika pergerakan-pergerakan asas masing-masing memihak ataupun tidak memihak kepada mereka. Jika seorang pelabur membeli kedua-dua jumlah waran yang sama (1000 waran pada RM0.20 bagi RM200) dan asas (contohnya 1000 saham pada RM8 bagi RM8,000), oleh itu, pelabur itu berpeluang untuk mendapat keuntungan daripada peratusan lebih tinggi pendapatan daripada pelaburan waran (jika harga waran meningkat kepada RM0.30, keuntungan = RM0.10X 1000= RM100 atau 50% keuntungan) secara relatif kepada perbelanjaan modal yang lebih kecil (RM200) yang diperlukan untuk melabur dalam waran berbanding dengan pulangan lebih rendah (harga saham meningkat kepada RM9.00, keuntungan = RM1X1000= RM1000 atau 12.5%) daripada instrumen pendasar yang memerluakan perbelanjaan modal lebih besar (RM8,000). Begitu juga, memandangkan harga waran turun daripada RM0.30 kepada RM0.20 dan harga saham menurun daripada RM8 kepada RM7, oleh itu, jumlah peratus kerugian secara relatif kepada perbelanjaan modal yang meningkat daripada pembelian asas adalah lebih kecil berbanding dengan pembelian suatu waran.
Ketahui tentang Waran dan instrumen pendasar
ESetiap waran akan mempunyai ciri spesifiknya yang dibuat khas untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis pelabur. Ciri-ciri ini berbeza antara jenis waran. Sesetengah daripada ciri biasa yang ditawarkan adalah seperti berikut yang disediakan dalam dokumen pernyataan oleh penerbit waran.
- Instrumen pendasar - di sebalik setiap waran adalah instrumen pendasar, Di Bursa Securities, asasnya boleh merupakan suatu saham, sekumpulan saham, indeks atau ETF.
- Tarikh Luput/Matang - tarikh akhir bagi waran untuk dilaksanakan dan berjalan dari tarikh terbitan waran sehinggalah tarikh luput/matang. Ia biasanya dari 6 bulan hingga ke 5 tahun. Suatu waran adalah tidak bernilai jika pelabur memegangnya sehingga melewati tarikh matang.
- Harga laksana - harga yang dipersetujui untuk dibayar, dikira berdasarkan nisbah pertukaran untuk melaksanakan waran itu.
- Gaya laksana - biasanya, gaya Amerika atau Eropah. Stail Amerika membolehkan kefleksibelan pelaksanaan pada bila-bila masa semasa tempoh waran berstruktur manakala gaya Eropah membolehkan pelaksanaan waran hanya pada tarikh luput/matang. Penerbit lebih cenderung untuk memilih waran gaya Eropah di Malaysia.
- Nisbah Pertukaran - bilangan waran yang diperlukan di tangan sebagai ganti kepada setiap unit instrumen pendasar jika waran dilaksanakan.
- Kaedah Penyelesaian - Suatu waran mungkin boleh dihantar dalam bentuk asas atau dilangsaikan secara tunai. Ia dilangsaikan dengan memindahkan instrumen pendasar ke akaun pelabur manakala waran yang penyelesaian tunai dilangsaikan melalui bayaran tunai oleh penerbit waran kepada pemegang. penyelesaian tunai adalah biasa di Malaysia.
Contohnya, jika waran panggilan dilangsaikan secara tunai pada waran panggilan Bursa dengan harga laksana RM7.00, pemegang akan menerima RM0.70 bagi setiap waran yang dipegang jika saham Bursa ditutup pada RM7.70, harga akhir sebelum tarikh laksana, dengan anggapan nisbah pertukaran 1:1. Pembayaran automatik akan dibuat kepada pelabur dalam masa 7 hari dari tarikh luput.
Menambahbaik pengetahuan tentang waran
Menghadiri seminar pendidikan/latihan tentang waran untuk mendapatkan pemahaman lebih baik tentang apa yang mempengaruhi harga waran. Dapatkan maklumat dan status terkini tentang prestasi dan nilaian waran melalui laman web penerbit (rujuk kepada seksyen tentang Penerbit bagi mendapatkan pautan laman web mereka). Laman web penerbit biasanya mengandungi maklumat tentang harga waran dan nilaian waran. Mereka biasanya mempunyai alat pengira waran untuk membolehkan pelabur untuk memasukkan parameter yang relevan untuk mendapatkan nilai adil tentang waran itu.
Dapatkan pandangan tentang arah pasaran
Seorang pelabur waran yang baik berkemungkinan besar akan menganalisis pergerakan harga instrumen pendasar kerana waran dan instrumen pendasarnya adalah berkait rapat dan harganya bergerak seiring. Pelabur mestilah membuat penyelidikan tentang pandangan instrumen pendasar dan menentukan sasaran harga asas dalam tempoh pelaburan. Secara amnya, pelabur mestilah hanya membeli waran panggilan jika ia adalah menaik bagi instrumen pendasar.
Kebiasaannya pelabur waran mengambil kedudukan dagangan ke atas waran berstruktur dan tidak mungkin akan memegang waran sehingga matang. Oleh itu, adalah penting bagi pelabur waran untuk memastikan bahawa pandangan arah pasaran juga adalah disokong oleh analisis yang mencukupi tentang faktor-faktor yang mempengaruhi harga waran.
Menentukan pelaburan anda dan lingkungan risiko
Adalah penting bagi pelabur waran untuk menggunapakai disiplin dagangan. Kebiasaannya, pelabur waran yang berpengetahuan luas hanya memerhatikan beberapa saham, dan memilih beberapa waran dalam senarai untuk diikuti secara rapat. Adalah penting untuk menetapkan tarikh akhir bagi saham asas untuk mencapai tahap sasaran memandangkan waran berstruktur adalah instrumen dagangan jangka pendek dengan tarikh luput. Mengetahui tahap toleransi risiko seseorang juga adalah penting untuk bersedia bagi sebarang kerugian.
- Risiko dalam Berdagang Waran Berstruktur
- Saham asas gagal memberi prestasi seperti yang anda jangkakan dan oleh itu, mempengaruhi nilai pasaran waran.
- Apabila melabur dalam waran dagangan, jumlah maksimum yang berisiko adalah pelaburan penuh anda (campur kos transaksi) dalam waran itu.
- Waran dagangan menawarkan pendedahan berkeumpilan, membesarkan peratus keuntungan dan juga, kerugian.
- Waran mempunyai jangka hayat tetap dan ia menjadi tidak bernilai apabila luput.
Bagi memastikan pelabur memahami risiko melabur dalam waran berstruktur, Bursa Securities memerlukan semua pelabur menandatangani borang makluman risiko dengan broker mereka sebelum memulakan dagangan dalam waran berstruktur.
Persijilan Bull/Bear Boleh Panggil (CBBC)
- Apakah Persijilan Bull/Bear Boleh Panggil (CBBC)?
CBBC adalah satu lagi jenis produk berstruktur, sama seperti waran berstruktur dan juga dikenali sebagai waran "knock out", "turbo" atau "stop loss". CBBC juga sama seperti Sijil bagi Perbezaan (CFD). Ia dikeluarkan sama ada sebagai sijil Bull atau Bear dengan tarikh luput tetap, yang membolehkan pelabur untuk mengambil kedudukan bulis atau bearis ke atas instrumen pendasar. CBBS menjejaki prestasi sesuatu instrumen pendasar tanpa memerlukan pelabur untuk membayar harga penuh yang diperlukan untuk memiliki instrumen pendasar sebenar. Di Bursa, CBBC dibenarkan untuk diterbitkan bagi tempoh 3 bulan hingga 5 tahun.
Dalam tempoh ini, suatu CBBC boleh dipanggil oleh penerbit apabila harga instrumen pendasar mencapai tahap yang dikenali sebagai "Harga Panggilan" yang ditetapkan dalam dokumen penyenaraian. Jika Harga Panggilan dicapai sebelum tarikh luput, CBBC akan luput lebih awal dan dagangan CBBC itu akan digantung atau dihentikan. Tarikh luput yang ditentukan daripada dokumen penyenaraian tidak lagi sah dan CBBC akan dilangsaikan dalam tunai sahaja.
- Harga CBBC cenderung untuk menjejak harga sandaran dengan rapat
Harga CBBC cenderung untuk menjejaki rapat harga penutup saham asas (contohnya, delta hampir dengan satu, iaitu apabila asas naik 10 sen seperti dalam Senario 1, oleh itu Sijil Boleh Panggil Bull akan naik kira-kira 10 sen dan Sijil Boleh Panggil Bear turun kira-kira 10 sen). Oleh itu, jika saham asas meningkat nilainya, CBBC Bull dengan nisbah kelayakan sebanyak 1 kepada 1 secara amnya meningkat dari segi nilai kepada lebih kurang jumlah yang sama, manakala CBBC Bear dengan nisbah kelayakan 1 kepada 1 secara amnya menurun dari segi nilai, dengan jumlah yang lebih kurang sama.
Perubahan Harga Perubahan Harga Instrumen Asas @ RM1.50 Senario 1 Naik RM0.10
Senario 2 Turun RM0.10RM1.60
RM1.40Sijil boleh panggil bull @ RM0.55 Senario 1 Naik RM0.10*
Senario 2 Turun RM0.10*RM0.65
RM0.45Sijil boleh panggil bear @ RM0.55 Senario 1 Turun RM0.10*
Senario 2 Naik RM0.10*RM0.45
RM0.65 - Kos pembiayaan
Harga terbitan bagi CBBC termasuklah kos pembiayaan dan penerbit akan menetapkan pengiraan bagi kos pembiayaan dalam dokumen penyenaraian mereka. Kos pembiayaan CBBC termasuklah kos pinjaman penerbit selepas diselaraskan bagi dividen masa hadapan ke atas saham asas (jika ada) dan margin keuntungan penerbit. Perkara ini turun naik dari semasa ke semasa. Kos pembiayaan tidak ditetapkan sepanjang tempoh CBBC. Secara amnya, lebih lama tempoh CBBC, lebih tinggi kos pembiayaan yang akan dibayar secara muka. Kos pembiayaan menurun mengikut masa apabila CBBC bergerak ke arah tarikh luput. Pelabur dinasihatkan untuk membuat perbandingan kos pembiayaan bagi penerbit berbeza bagi CBBC dengan saham asas dan terma yang serupa.
- CBBC mempunyai Harga Panggilan dan Panggilan Mandatori
Sijil Bull: Harga Panggilan > = Harga laksana
Sijil Bear: Harga Panggilan = < Harga laksanaJika harga instrumen pendasar mencapai Harga Panggilan pada bila-bila masa sebelum tarikh luput CBBC, penerbit akan membuat panggilan CBBC. Keadaan itu dirujuk sebagai Acara Panggilan Mandatori (MCE). Dagangan CBBC akan digantung dan kemudiannya, dihentikan selepas penggantungan.
Contoh 1:
Pada 2 Ogos 2010, Penerbit A menerbitkan 100 juta Sijil Boleh Panggil Bull berdasarkan kepada saham Syarikat Senaraian Awam yang disenaraikan di Bursa Securities (PLC XXX). Sijil berkenaan mempunyai ciri berikut:
Harga Panggilan: RM1.45
Harga laksana: RM1.35
Tarikh Luput: 30 Dis 2010Pada 30 Ogos 2010, harga transaksi bagi saham PLC XXX adalah seperti berikut bagi sesi pagi, di mana harga saham asas jatuh di bawah harga panggilan RM1.45 kepada RM1.40. Dalam kes ini, MCE telah dicetus pada 9.30 pagi dan oleh itu, CBBC akan digantung dan kemudiannya dihentikan.
MCE bagi sijil boleh panggil bull berlaku apabila harga transaksi asas = Harga Panggilan (RM1.45). Dalam contoh ini, harga saham didagangkan pada RM1.40 jatuh di bawah harga panggilan sebanyak RM1.45, dan kemudian mencetuskan MCE.
Contoh 2::
Pada 2 Ogos 2010, Penerbit A menerbitkan 100 juta Sijil Boleh Panggi Bear berdasarkan kepada saham Syarikat Senaraian Awam yang disenaraikan di Bursa Securities (PLC XXX). Sijil ini mempunyai ciri-ciri berikut:
Harga Panggilan: RM1.60
Harga Laksana: RM1.75
Tarikh Luput: 30 Dis 2010Pada 2 September 2010, harga transaksi bagi saham PLC XXX adalah seperti berikut pada sesi pagi.
MCE bagi sijil boleh panggil bear berlaku apabila harga transaksi bagi asas + Harga Panggilan (RM1.60). Dalam contoh ini, harga saham didagangkan pada harga yang sama dengan harga panggilan sebanyak RM1.60.
- Dua jenis CBBC
Seorang penerbit mungkin menawarkan sama ada CBBC Jenis I atau Jenis II. Jenis I tidak menawarkan jumlah tunai kepada pelabur apabila berlaku MCE manakala Jenis II menawarkan potensi jumlah tunai bergantung pada harga asas pada masa penyelesaian.
Jenis CBBC Hasil Pelangsaian I. Harga Panggilan = Harga Laksana Pemegang CBBC tidak akan menerima pembayaran tunai selepas suatu MCE. II. Harga Panggilan = < ATAU > = Harga Laksana Pemegang CBBC mungkin menerima sejumlah kecil pembayaran tunai (dikenali sebagai "Nilai Sisa") selepas MCE, tetapi dalam kes paling teruk, tiada nilai sisa yang akan dibayar. - Penyelesaian Tunai
Penyelesaian Tunai selepas MCE
Jumlah penyelesaian tunai selepas Acara Panggilan Mandatori (MCE) dikira seperti berikut:-
Sijil Boleh Panggil Bull
di mana Harga Didagang Paling Rendah merujuk kepada harga/paras didagang paling rendah bagi instrumen pendasar daripada MCE hingga ke akhir fasa dagangan utama seterusnya*
Sijil Boleh Panggil Bear
di mana Harga Didagang Paling Tinggi merujuk kepada harga/paras didagang paling tinggi bagi instrumen pendasar dari MCE hingga ke akhir fasa dagangan utama seterusnya*
* Nota: Fasa Dagangan Utama di Bursa Securities adalah dari 9.00 pagi ke 12.30 tengah hari dan 2.30 petang hingga 4.45 petang
Penyelesaian Tunai MCE : Sijil Boleh Panggil Bull Jenis II (dengan nilai sisa)
Penyelesaian Tunai - apabila Sijil Boleh Panggil Bull Jenis II dipanggil, nilai sisa adalah jumlah harga penyelesaian seperti ditentukan mengikut terma dalam dokumen disenaraikan ditolak Harga Laksana. Harga penyelesaian bagi sijil Bull mestilah tidak rendah daripada harga didagang paling rendah bagi saham asas dalam Fasa Dagangan Utama selepas MCE dan sehingga sesi dagangan seterusnya.
Harga Panggilan: RM1.50
Harga Laksana: RM1.00
Tarikh Luput: 30 Dis 2010Dalam kes ini, MCE berlaku pada 9.30 pagi. Harga didagang paling rendah yang ditransaksi ketika Fasa Dagangan Utama** saham PLC X dari MCE (9.30 pagi) sehinggalah akhir sesi dagangan tengah hari adalah RM1.20. Memandangkan ia lebih tinggi daripada harga laksana sebanyak RM1.00, jumlah penyelesaian tunai adalah RM1.20- RM1.00 = RM0.20 dengan anggapan nisbah pertukaran 1:1.
** Bagi tujuan harga dagangan paling rendah semasa Fasa Dagangan Utama, harga pembukaan dan penutup tidak akan diambil kira. Oleh itu, harga pembukaan dan penutup sebanyak RM0.90 iaitu lebih rendah daripada harga laksana RM1.00 tidak diambil kira. Sebaliknya, RM1.20 iaitu harga dagangan paling rendah semasa fasa dagangan berterusan dianggap sebagai harga dagangan paling rendah bagi tujuan penyelesaian.
Sijil Boleh Panggil Bear Jenis II (dengan nilai sisa)
Penyelesaian Tunai - apabila Sijil Boleh Panggil Bear Jenis II dipanggil, nilai sisa adalah jumlah bagi Harga Laksana ditolak harga penyelesaian seperti ditentukan mengikut terma dalam dokumen penyenaraian. Harga penyelesaian bagi sjil Bear mestilah tidak lebih tinggi daripada harga didagang paling tinggi bagi saham asas di Fasa Dagangan Utama selepas MCE dan sehinggalah ke sesi dagangan seterusnya. Jika harga penyelesaian adalah pada atau melepasi Harga Laksana, mungkin tidak ada nilai sisa.
Penyelesaian Tunai MCE: Sijil Boleh Panggil Bear Jenis II (dengan nilai sisa)
Harga Panggilan: RM1.40
Harga Laksana: RM1.80
Taikh Luput: 30 Nov 2010Dalam kes ini, MCE berlaku pada 9.30 pagi. Harga transaksi paling tinggi semasa Fasa Dagangan Utama** bagi saham PLC X dari MCE (9.30 pagi) sehinggalah akhir sesi dagangan tengah hari adalah RM1.65. Memandangkan harga laksana sebanyak RM1.80 adalah lebih tinggi daripada harga ini, jumlah penyelesaian tunai adalah RM1.80- RM1.65 = RM0.15 dengan anggapan nisbah pertukaran pada 1:1.
** Bagi tujuan harga didagang paling tinggi semasa Fasa Dagangan Utama, harga pembukaan dan penutup tidak diambil kira. Oleh itu, harga pembukaan dan penutup sebanyak RM1.70 dan RM1.90 yang lebih tinggi daripada harga laksana semasa fasa dagangan berterusan dianggap sebagai harga didagang paling tinggi bagi tujuan penyelesaian.
Penyelesaian Tunai CBBC pada Tarikh Luput
Apabila matang, seorang pelabur CBBC adalah layak untuk mendapat jumlah penyelesaian tunai seperti berikut:-
Sijil Boleh Panggil Bull
Bagi kes sijil Bull, jumlah penyelesaian tunai pada tarikh luput biasa adalah jumlah positif harga penutup bagi asas ditolak Harga Laksana.
Sijil Boleh Panggil Bear
Dalam kes sijil Bear, jumlah penyelesaian tunai pada tarikh luput biasa adalah jumlah positif Harga Laksana ditolak harga penutup bagi saham asas.
Di mana Harga Penutup adalah sama ada:
- Harga penutup instrumen pendasar pada satu (1) hari pasaran sebelum tarikh luput;
- Harga penutup purata bagi 5 hari pasaran sebelum tarikh luput; atau
- Jumlah dagangan purata harga purata wajaran bagi 5 hari pasaran sebelum tarikh luput.
- Instrumen pendasar yang layak bagi pengeluaran CBBC
CBBC di sekuriti Malaysia perlu memenuhi beberapa kriteria iaitu, permodalan pasaran dan spread pemegang saham awam. Bagi asas asing yang disenaraikan di luar Malaysia, kriteria termasuklah permodalam pasaran dan bahawa bursa saham adalah ahli kepada Persekutuan Dunia bagi Bursa atau yang diluluskan oleh Bursa Malaysia.
- Faktor-faktor risiko CBBC
Bagi memastikan pelabur memahami risiko melabur dalam waran berstruktur, Bursa Securities mensyaratkan semua pelabur menandatangani borang makluman risiko dengan broker mereka sebelum memulakan dagangan dalam waran berstruktur. Memandangkan CBBC jatuh dalam rangka kerja waran berstruktur, makluman pendedahan risiko terpakai kepada CBBC.
Kesan Berkeumpilan
Sama dengan waran berstruktur, CBBC adalah produk berkeumpilan di mana hasil peratusan pendapatan atau peluang kerugian berbanding dengan perbelanjaan modal adalah lebih besar daripada melabur dalam saham asas. Walaupun potensi keuntungan dibesarkan apabila pergerakan asas adalah mengikut jangkaan pelabur, pelabur juga berpeluang untuk mengekalkan peratusan kerugian yang lebih tinggi apabila asas bergerak berlawanan dengan jangkaan pelabur.
Acara Panggilan Mandatori ("MCE")
CBBC bukan untuk semua orang dan pelabur mestilah menilai tahap toleransi risiko sebelum berdagang dalam CBBC. Seorang pelabur dalam CBBC mestilah peka dengan berita terkini dan perkembangan instrumen pendasar kerana MCE boleh berlaku pada bila-bila masa antara tarikh senaraian dan tarikh luput. Kemungkinan MCE berlaku adalah lebih tinggi apabila asas didagangkan lebih hampir kepada harga panggilan. Seorang pelabur berpeluang untuk kerugian kesemua jumlah yang dilaburkan sekiranya CBBC bergerak pada arah bertentangan dengan jangkaan pelabur dan MCE dicetus apabila CBBC digantung dan dihentikan. Apabila dipanggil, CBBC akan berhenti didagangkan walaupun berlaku kenaikan semula dalam harga asas dan tidak ada peluang lagi bagi keuntungan masa hadapan ke atas CBBC itu.
CBBC luput lebih awal apabila MCE dicetus. Tidak ada ganjaran bagi CBBC Jenis I. Apabila CBBC Jenis II luput lebih awal, pemegang mungkin menerima atau tidak menerima pembayaran Nilai Sisa, bergantung pada prestasi asas yang relatif kepada harga laksana.
Limited life
Sama dengan waran berstruktur, suatu CBBC mempunyai tempoh tetap bagi luput yang meliputi dari 3 bulan hingga 5 tahun. Walau bagaimanapun, bagi CBBC, ia mungkin lebih singkat jika MCE dicetus dan CBBC dihentikan lebih awal. CBBC menjadi tidak bernilai apabila luput atau apabila ia dipanggil awal sebelum tarikh luput.
Pergerakan dengan saham asas
Walaupun harga CBBC cenderung untuk mengikut harga saham asas dengan rapat, dalam sesetengah situasi ia mungkin tidak sedemikian (contohnya delta tidak mungkin sentiasa rapat dengan satu). Harga CBBC dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk permintaan dan penawarannya sendiri, kos pembiayaan dan waktu untuk luput. Tambahan pula, delta bagi sesuatu CBBC mungkin tidak akan lebih dekat kepada satu, terutamanya apabila harga saham asas adalah dekat dengan Harga Panggilan.
Kecairan
Walaupun terdapat penggerak pasaran di CBBC yang komited untuk menyediakan kecairan, akan terdapat keadaan di mana penggerak pasaran dikecualikan daripada tanggungjawab mereka dan ini dinyatakan dalam prospektus penerbit.
Kos pembiayaan
Harga terbitan bagi CBBC termasuklah kos pembiayaan dan ini ditetapkan dalam dokumen penyenaraian penerbit. Memandangkan kos pembiayaan bagi setiap terbitan CBBC mungkin berbeza kerana ia termasuk kos pinjaman pembiayaan/ saham penerbit selepas pelarasan bagi dividen biasa yang dijangkakan bagi saham ditambah dengan margin keuntungan penerbit, pelabur dinasihatkan untuk membandingkan kos pembiayaan bagi penerbit berbeza bagi CBBC dengan instrumen pendasar dan terma yang serupa.
Secara amnya, lebih lama tempoh CBBC, lebih tinggi jumlah pembiayaan kos memandangkan ia serupa dengan pelabur membuat pinjaman bagi tempoh lebih panjang untuk berdagang dalam saham asas. Kos pembiayaan akan terus menurun mengikut masa apabila jangka hayat CBBC bergerak ke arah tarikh luput. Kos pembiayaan bagi keseluruhan tempoh CBBC telah diambil kira dalam pengiraan harga CBBC ketika diterbitkan dan pelabur mungkin melepaskan keseluruhan jumlah itu sekiranya berlaku MCE di mana CBBC dihentikan awal walaupun pelabur hanya menggunakan pembiayaan ini bagi tempoh yang lebih pendek. Pelabur maklum tentang kos pembiayaan CBBC selepas dilancarkan mungkin berbeza semasa hayatnya semasa dan apabila kadar faedah turun naik.
Dagangan CBBC hampir dengan Harga Panggilan
Apabila saham asas didagangkan hampir dengan Harga Panggilan, harga CBBC mungkin akan jadi lebih meruap dengan kesan meluas dan kecairan yang tidak tentu. Sekiranya MCE dicetus, CBBC mungkin akan dipanggil dan dihentikan.
Apabila MCE, penerbit disenaraikan perlu memaklumkan Bursa dengan serta-merta tentang MCE, mengumumkan MCE dan penggantungan CBBC kepada Bursa. CBBC akan dihentikan serta-merta berikutan penggantungan. Dalam keadaan ini, mungkin terdapat sela masa antara waktu MCE dicetus dan waktu apabila dagangan CBBC digantung. Pelabur mestilah berhati-hati bahawa arahan akan terus dipadankan dari waktu MCE sehinggalah waktu penggantungan. Sebarang dagangan yang dilakukan selepas MCE tetapi sebelum penggantungan CBBC adalah sah dan tidak akan dibatalkan kecual dalam keadaan tertentu yang dinyatakan oleh Bursa. Oleh itu, pelabur mestilah peka dengan risiko dan dinasihatkan untuk amat berhati-hati apabila CBBC didagang hampir dengan Harga Panggilan.
CBBC dengan saham asas seberang laut
Pelabur yang berdagang dalam CBBC saham asas seberang laut adalah terdedah kepada risiko kadar tukaran memandangkan harga dan jumlah penyelesaian tunai CBBC akan ditukar daripada matawang asing kepada Ringgit Malaysia. Kadar tukaran antara matawang ditentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan dalam pasaran tukaran asing yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Selain itu, CBBC yang diterbitkan bagi saham asas seberang laut mungkin dipanggil di luar waktu dagangan Bursa. Dalam keadaan itu, CBBC akan dihentikan daripada didagang di Bursa dalam sesi dagangan seterusnya atau selepas penerbit telah memaklumkan Bursa tentang berlakunya MCE. Bagi CBBC Jenis II, nilaian bagi nilai sisa akan ditentukan pada hari nilaian mengikut terma dalam dokumen penyenaraian.