Penyenaraian dalam Bursa Malaysia
Kriteria Penyenaraian
Bursa Malaysia menawarkan tiga pilihan pasaran kepada syarikat yang ingin disenaraikan di Malaysia:
- Pasaran Utama adalah pasaran bagi syarikat-syarikat mapan yang memenuhi piawaian dari segi kualiti, saiz dan operasi. Penerbit yang berpotensi untuk Pasaran Utama mesti menunjukkan bahawa mereka telah mencapai rekod prestasi keuntungan minimum atau saiz minimum yang diukur dengan permodalan pasaran;
- Pasaran ACE adalah pasaran yang didorong oleh penaja yang direka untuk syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan. Ia dahulu dikenali sebagai Pasaran MESDAQ sebelum 3 Ogos 2009. Penaja mesti menilai kesesuaian penerbit yang berpotensi, dengan mengambil kira ciri-ciri seperti prospek perniagaan, tingkah laku korporat dan kecukupan kawalan dalaman.
Kedua-dua Pasaran Utama dan Pasaran ACE memberi syarikat-syarikat kebolehlihatan yang lebih besar melalui pasaran modal dan platform yang jelas untuk mengumpul dana daripada pelabur institusi dan runcit; dan - Pasaran LEAP adalah pasaran yang didorong oleh penasihat yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada syarikat-syarikat baru, termasuk perusahaan kecil dan sederhana, akses kepada pengumpulan dana dan kebolehlihatan yang lebih besar melalui pasaran modal. Ia hanya boleh diakses oleh pelabur Sofistikated (seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007).
Ringkasan kriteria penyenaraian yang berkaitan adalah seperti berikut:
Nota:
- Panduan Ekuiti bagi Pasaran Utama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ada di sini.
- Syarat keperluan Penyenaraian untuk Pasaran Utama Bursa Malaysia ada di sini.
- Syarat keperluan Penyenaraian untuk Pasaran ACE Bursa Malaysia ada di sini.
- Syarat keperluan Penyenaraian untuk Pasaran LEAP Bursa Malaysia ada di sini.
- Panduan Prospektus Malaysia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ada di sini.
Penyenaraian Utama Syarikat Tempatan dan Asing
- Kriteria Kuantitatif
Aspek Pasaran Utama Pasaran ACE Pasaran LEAP Kriteria Kemasukan Kuantitatif - Ujian Keuntungan
- Keuntungan tidak terganggu dalam tempoh 3 hingga 5 tahun kewangan (FY) penuh, dengan agregat keuntungan selepas cukai (PAT) sekurang-kurangnya RM20 juta;
- PAT sekurang-kurangnya RM6 juta untuk FY penuh paling terkini; dan
- Telah beroperasi dalam perniagaan teras yang sama sekurang-kurangnya dalan rekod keuntungan sebelum penyerahan.
- Ujian Permodalan Pasaran
- Jumlah permodalan pasaran sekurang-kurangnya RM500 juta semasa penyenaraian; dan
- Pendapatan kendalian digabungkan dan dijanakan untuk sekurang-kurangnya satu FY penuh sebelum penyerahan.
- Ujian Perbadanan Projek Infrastruktur
- Mesti mempunyai hak untuk membina dan mengoperasikan satu projek infrastruktur di dalam atau luar Malaysia, dengan kos projek tidak kurang daripada RM500 juta; dan
- Konsesi atau lesen untuk projek infrastruktur telah dianugerahkan oleh sebuah kerajaan atau satu agensi negeri, dalam atau luar Malaysia, dengan konsesi kekal atau tempoh lesen sekurang-kurangnya 15 tahun dari tarikh penyerahan.
Tiada rekod prestasi minimum atau keuntungan diperlukan. Tiada rekod prestasi minimum atau keuntungan diperlukan. Penyebaran Umum - Sekurang-kurangnya 25% daripada jumlah saham syarikat; dan
- Minimum 1,000 orang pemegang saham awam memegang tidak kurang daripada 100 saham setiap orang.
- Sekurang-kurangnya 25% daripada jumlah saham syarikat; dan
- Minimum 200 orang pemegang saham awam memegang tidak kurang daripada 100 saham setiap orang.
Sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah saham biasa syarikat semasa kemasukan. Keperluan Ekuiti Bumiputera* Peruntukan 50% daripada keperluan sebaran awam kepada pelabur-pelabur Bumiputera pada masa penyenaraian. Tiada keperluan pada masa penyenaraian.
Peruntukan 12.5% daripada modal saham kepada pelabur-pelabur Bumiputera yang diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI).
- Dalam setahun selepas mencapai rekod prestasi keuntungan Pasaran Utama, atau
- 5 tahun selepas disenaraikan di Pasaran ACE,
Mana-mana yang terdahulu.
Tiada keperluan pada masa penyenaraian. *Syarikat-syarikat berstatus MSC, status BioNexus dan syarikat-syarikat yang mempunyai operasi utama di luar negara dikecualikan daripada keperluan ekuiti Bumiputera.
- Ujian Keuntungan
- Kriteria Kualitatif
Aspek Pasaran Utama Pasaran ACE Pasaran LEAP Tajaan Tidak berkenaan. - Melibatkan seorang Penaja untuk menilai kesesuaian penyenaraian.
- Tajaan diperlukan untuk sekurang-kurangnya 3 FY penuh selepas penyenaraian dan Penaja yang mengemukakan permohonan penyenaraian mesti bertindak sebagai Penaja untuk sekurang-kurangnya 1 FY penuh selepas kemasukan.
- Syarikat dalam Pasaran ACE yang telah memenuhi kriteria penerimaan Pasaran Utama: Penajaan adalah untuk satu FY penuh.
- Melibatkan Penasihat yang dibenarkan untuk menilai kesesuaian penyenaraian.
- Tajaan oleh Penasihat berlanjaran diperlukan untuk sekurang-kurangnya tiga tahun selepas penyenaraian dan Penasihat yang dibenarkan yang mengemukakan permohonan penyenaraian mesti bertindak sebagai Penasihat berlanjaran untuk sekurang-kurangnya 1 tahun selepas penyenaraian.
Perniagaan Teras Satu perniagaan teras yang dapat dikenal pasti di mana ia mempunyai pemilikan majoriti dan kawalan pengurusan.
Perniagaan teras tidak boleh memegang pelaburan dalam syarikat tersenarai yang lain.
Perniagaan teras tidak boleh memegang pelaburan dalam syarikat tersenarai yang lain. Satu perniagaan teras yang jelas dapat dikenal pasti. Kesinambungan dan Keupayaan Pengurusan Kesinambungan pengurusan yang sama untuk sekurang-kurangnya 3 FY penuh sebelum penyerahan; atau
Untuk ujian Permodalan Pasaran atau Ujian Perbadanan Projek Infrastruktur, sejak permulaan operasi (jika kurang daripada 3 FY penuh).
Kesinambungan pengurusan yang sama untuk sekurang-kurangnya 3 FY penuh sebelum penyerahan atau sejak penggabungannya (jika kurang daripada 3 FY penuh). Tidak berkenaan. Kedudukan Kewangan & Mudah Tunai - Tahap modal kerja yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh prospektus;
- Aliran tunai positif dari aktiviti-aktiviti kendalian bagi penyenaraian melalui ujian keuntungan dan ujian permodalan pasaran; dan
- Tiada kerugian terkumpul berdasarkan penyata kewangan terkini yang diaudit untuk penyenaraian melalui ujian keuntungan.
Tahap modal kerja yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh prospektus. Tidak berkenaan. Saham Atas Moratorium Keseluruhan pemilikan saham Promoter selama 6 bulan dari tarikh kemasukan.
Selepas itu, menjual dengan syarat bagi syarikat-syarikat yang disenaraikan di bawah ujian Perbadanan Projek Infrastruktur.
Keseluruhan pemilikan saham Promoter selama 6 bulan dari tarikh kemasukan.
Selepas itu, sekurang-kurangnya 45% mesti dikekalkan untuk 6 bulan lagi dan selepas itu, jualan seterusnya dibenarkan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 3 tahun.
Promoter syarikat Pasaran ACE yang telah memenuhi kriteria penyenaraian Pasaran Utama: 6 bulan dari tarikh kemasukan.
Keseluruhan pemilikan saham Promoter selama 12 bulan dari tarikh kemasukan.
Selepas itu, sekurang-kurangnya 45% mesti dikekalkan untuk 36 bulan lagi.
Transaksi dengan pihak berkaitan Mesti berdasarkan terma dan syarat yang adil kepada syarikat.
Semua hutang perdagangan melebihi tempoh kredit normal dan semua hutang bukan dagangan, dipunyai oleh orang-orang yang berkaitan dengan syarikat atau anak syarikatnya mesti dijelaskan sepenuhnya sebelum penyenaraian.
Mesti berdasarkan terma dan syarat yang adil kepada syarikat.
Semua hutang perdagangan melebihi tempoh kredit normal dan semua hutang bukan dagangan, dipunyai oleh orang-orang yang berkaitan dengan syarikat atau anak syarikatnya mesti dijelaskan sepenuhnya sebelum penyenaraian.
Mesti berdasarkan terma dan syarat yang adil kepada syarikat.
Semua hutang perdagangan melebihi tempoh kredit normal dan semua hutang bukan dagangan, dipunyai oleh orang-orang yang berkaitan dengan syarikat atau anak syarikatnya mesti dijelaskan sepenuhnya sebelum penyenaraian.
Kriteria tambahan untuk: Syarikat atau aset eksplorasi dan pengekstrakan mineral, minyak dan gas Tahap modal kerja yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya 18 bulan dari tarikh prospektus. Tidak berkenaan. Tidak berkenaan. Jenis Pelabur Awam. Awam. Pelabur sofistikated sahaja (seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007).
- Kriteria Tambahan
Aspek Pasaran Utama & Pasaran ACE Tempat Penggabungan - Dari satu bidang kuasa dengan piawaian undang-undang dan peraturan yang bersamaan dengan yang ada di Malaysia, terutamanya berkenaan dengan:
- tadbir urus korporat;
- pemegang saham dan perlindungan kepentingan minoriti; dan
- peraturan pengambil-alihan dan penggabungan.
atau
- Syarikat membuat variasi kepada dokumen konstituennya dalam menyediakan piawaian tersebut (jika bidang kuasa tidak menyediakan standard yang setanding seperti di atas dan variasi itu adalah mungkin).
Kelulusan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Negara Asing Mendapat kelulusan daripada semua pihak berkuasa pengawalseliaan yang berkaitan di mana ia diperbadankan atau menjalankan operasi perniagaan terasnya sebelum mengeluarkan prospektus penyenaraiannya. Pendaftaran Mesti berdaftar sebagai syarikat asing di bawah Akta Syarikat 2016. Piawaian Perakaunan Piawaian hendaklah selaras dengan Akta Pelaporan Kewangan 1997, yang merangkumi Piawaian Perakaunan Antarabangsa. Piawai Pengauditan Piawaian yang digunakan di Malaysia atau Piawaian Pengauditan Antarabangsa. Terjemahan Dokumen Semua dokumen yang perlu diserahkan kepada pihak berkuasa (termasuk penyata kewangan), yang ada dalam bahasa selain bahasa Inggeris, mesti disertakan dengan terjemahan bahasa Inggeris yang diperakui. Penilaian Aset Piawaian yang digunakan di Malaysia atau Piawaian Penilaian Antarabangsa. Denominasi Mata wang Pemohon dikehendaki untuk berunding dengan Bursa Malaysia dan mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia untuk sebut harga sekuriti dalam satu mata wang asing. Pengarah-pengarah Residen Syarikat-syarikat dengan operasi yang berpangkalan di Malaysia mestilah majoriti pengarahnya mempunyai tempat kediaman utama atau satu-satunya di Malaysia.
Syarikat dengan operasi yang lebih banyak berpangkalan di luar negara mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pengarah bebas yang mempunyai tempat kediaman utama atau satu-satunya berada di Malaysia dan sekurang-kurangnya salah satu daripada pengarah tersebut mesti menjadi ahli jawatankuasa audit syarikat.
- Dari satu bidang kuasa dengan piawaian undang-undang dan peraturan yang bersamaan dengan yang ada di Malaysia, terutamanya berkenaan dengan:
- Kriteria Kualitatif
Aspek Pasaran Utama Lembaga Penyenaraian Penyenaraian sekunder hanya dibenarkan di Pasaran Utama sahaja. Kriteria Penyenaraian Tambahan Selain mematuhi semua Kriteria Tambahan untuk Penyenaraian Utama Syarikat Asing, mestilah mematuhi yang berikut: - Telah pun mempunyai satu penyenaraian utama di pasaran utama bursa sekuriti asing yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia;
- Mematuhi sepenuhnya peraturan penyenaraian pertukaran sekuriti tersebut; dan
- Pertukaran sekuriti di mana pemohon terutamanya disenaraikan, mesti mempunyai piawaian peraturan penzahiran sekurang-kurangnya sama dengan Bursa Malaysia.
- Kriteria Penyenaraian Utama
Aspek Pasaran Utama Lembaga Penyenaraian SPAC dibenarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama sahaja. Tempat Penggabungan Mesti diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016. Kutipan Dana Minimum RM150 juta. Kredibiliti Pasukan Pengurusan Ahli-ahli pasukan pengurusan mempunyai pengalaman, kelayakan dan kecekapan untuk: - Mencapai objektif perniagaan dan strategi SPAC yang dinyatakan dalam prospektus; dan
- Melaksanakan peranan masing-masing, termasuk pemahaman tentang tanggungjawab mereka dan daripada SPAC.
Pemilikan Pasukan Pengurusan Mestilah memiliki agregat sekurang-kurangnya 10% ekuiti dalam SPAC pada tarikh penyenaraiannya. Moratorium ke atas Sekuriti Keseluruhan kepentingan pasukan pengurusan dari tarikh penyenaraian sehingga selesainya pemerolehan berkelayakan.
Setelah selesai pemerolehan berkelayakan, jualan dibenarkan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 2 tahun.
Pengurusan Perolehan Mesti meletakkan sekurang-kurangnya 90% daripada hasil kutipan kasar yang dikumpulkan dalam suatu akaun amanah dan hanya boleh dikeluarkan oleh penjaga setelah penamatan Akaun Amanah.
Sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah dalam akaun amanah digunakan untuk pemerolehan berkelayakkan.
Pemerolehan kelayakan Mesti menyelesaikan pemerolehan berkelayakan dalam tempoh 36 bulan dari tarikh penyenaraian.