Produk
Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah USD (FUPO)
FUPO ialah Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah dalam denominasi dolar AS ("USD"), yang melengkapkan kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) dalam Ringgit Malaysia ("MYR") yang sedia ada. Ia merupakan Kontrak yang diselesaikan secara tunai yang tidak melibatkan penghantaran fizikal Minyak Sawit Mentah ("CPO") pendasar.
Penawaran Kompleks Sawit oleh Bursa Malaysia Derivatives mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat penemuan harga yang utama bagi minyak sawit yang didagangkan di peringkat global. Terokai rangkaian produk kami hari ini.
Spesifikasi Kontrak | |
---|---|
Kod Kontrak | FUPO |
Instrumen Pendasar | Minyak Sawit Mentah |
Saiz Kontrak | 25 Tan Metrik (MT) |
Bulan Kontrak |
Bulan terkini dan 5 bulan berikut, serta selepasnya, bulan silih ganti sehingga 24 bulan berikutnya.
|
Waktu Dagangan | Isnin hingga Jumaat (Waktu Malaysia)
|
Unit Harga |
Dolar Amerika Syarikat (USD) |
Turun Naik Harga | USD 0.25 / MT |
Penyeselaian Akhir | Penyelesaian Tunai |
Mengapa Berdagang FUPO? |
---|
- Akses Global
FUPO didagangkan secara elektronik di CME GLOBEX®, sebuah platform perdagangan elektronik global. Kemudahan mengakses CME Globex® membolehkan pedagang individu dan profesional di seluruh dunia mengakses semua produk Bursa Malaysia Derivatives.
- Pengurusan Risiko
Syarikat perladangan, penapisan, pengeksport dan pengilang boleh menggunakan FUPO untuk melindung nilai daripada risiko pergerakan harga yang tidak dijangkakan di pasaran fizikal.
- Perdagangan Berleveraj
Mendapat pendedahan berleveraj terhadap nilai nosional aset pendasar dengan jumlah modal yang agak kecil (Margin Awal), menggandakan kesan sesuatu perubahan harga.
- Pendedahan Pasaran Segera
Pengurus dana global, penasihat perdagangan komoditi dan pedagang proprietari mendapat pendedahan segera terhadap pasaran Minyak Sawit Mentah yang aktif melalui FUPO.
- Perdagangan Spread antara FUPO / FCPO
Perdagangan Spread dipermudahkan oleh Margin Spread dan Ofset Margin antara komoditi FUPO / FCPO.
- Perdagangan Dikawal Selia
Berdagang dengan yakin dalam pasaran yang terjamin dan telus yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Muat Turun Sumber |
Brosur
Spesifikasi Kontrak
FAQs
|