Pasaran Islam
Bursa Suq Al-Sila' (BSAS)
BSAS ialah sebuah platform dagangan komoditi khusus untuk memudah cara pengurusan kecairan dan pembiayaan Islam oleh institusi-institusi kewangan Islam. Dibangunkan sebagai satu projek nasional, BSAS menampilkan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) dan peserta industri dalam mendukung inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC). Ia turut menerima sokongan padu daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
Platform elektronik sepenuhnya berasaskan web ini menyediakan satu wadah untuk para peserta industri dari seluruh dunia menjalankan urusniaga dalam pelbagai komoditi dan matawang.
Rintisan ini mengukuhkan lagi kelebihan Malaysia dalam industri kewangan Islam serta industri minyak sawit mentah. BSAS yang merupakan satu inovasi Malaysia yang pertama seumpamanya di dunia berjaya memantapkan kedududukan negara sebagai hab kewangan Islam antarabangsa. Kewangan dan pasaran modal Islam dunia berjaya disepadukan dengan pasaran komoditi melalui BSAS.
Segala urusniaga dan aktiviti BSAS diuruskan oleh Bursa Malaysia Islamic Services Sdn. Bhd. (BMIS), anak syarikat milik penuh Bursa Malaysia yang dikawal selia, telus dan patuh Syariah sepenuhnya.
Sila emel ke [email protected] untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang antara Bursa Suq Al-Sila.
Sila click sini untuk maklumat lanjut :