BURSA MALAYSIA
Pengumuman Syarikat
Lawatan Berpandu
BM
BURSA MALAYSIA
BM
  • Info Pasaran
      • Harga Ekuiti
      • Harga Indeks
      • Harga Bon
      • Harga Derivatif
      • Harga Saham Patuh Shariah
      • Statistik Pasaran
      • Sekuriti
      • Bon
      • Derivatif
      • Data Pasaran
      • Lesen Perkhidmatan Maklumat
      • Perkhidmatan Pautan Laman Web
      • Pakej Data Bersejarah
      • Maklumat Vendor
      • Pengumuman
      • Pengumuman Syarikat
      • Waran Berstruktur
      • Kelayakan Pada Tarikh Berkenaan
      • SPEEDS
  • Dagangan
      • Pasaran
      • Pasaran Sekuriti
      • Pasaran Derivatif
      • Pasaran Islam
      • Labuan International Financial Exchange (LFX)
      • Produk dan Perkhidmatan
      • Ekuiti
      • Bon
      • Derivatif
      • Pasaran Islam
      • Indeks
      • Labuan International Financial Exchange (LFX)
      • Perkhidmatan Lokasi Bersama
      • BTS2 On-Boarding
      • Perkhidmatan Infrastruktur dan Akses Rangkaian (NAIS)
      • Sistem Depositori Pusat (CDS)
      • Sumber Dagangan
      • Direktori Penyenaraian
      • Ekuiti
      • Ekuiti Broker
      • Peserta Bukan Broker
      • Bon
      • Bon Broker
      • Derivatif
      • Derivatif Broker
      • Pasaran Islam
      • Post Perdagangan
      • Pinjaman & Peminjaman Sekuriti (SBL)
      • Penjualan & Pembelian Sekuriti Islam - Transaksi Terunding (ISSBNT)
      • Penjelasan & Penyelesaian Sekuriti
      • Penjelasan & Penyelesain Derivatif
      • Kos Transaksi, Fi dan Caj
      • Risiko & Pematuhan
      • Gambaran Keseluruhan
      • Rangka Kerja Risiko & Pematuhan
      • BMSC dan BMDC sebagai Rakan Niaga Pusat (CCP)
      • Pendedahan PFMI
      • SST
  • Penyenaraian
      • Kenapa Pilih Bursa Malaysia
      • Destinasi Penyenaraian Anda
      • Penyenaraian
      • Kriteria Penyenaraian
      • Proses Penyenaraian
      • Kos Penyenaraian
      • Yuran dan Caj
      • Perkhidmatan Penerbit
      • Penasihat / Penaja
      • Rakan Sokongan
      • Sumber Penyenaraian
      • IPO
      • IPO Prospektus
      • Prospektus LFX
      • Tadbir Urus Korporat dan Kelestarian
      • Labuan International Financial Exchange (LFX)
      • Peserta Pasaran
      • Senarai Penaja Penyenaraian
      • Penerbit
      • Instrumen Kewangan
      • Yuran
      • Proses Perniagaan
  • Peraturan
      • Gambaran Keseluruhan
      • Struktur
      • Gambaran Keseluruhan
      • Jawatankuasa Kawal Selia
      • Badan Pemantauan Kawal Selia
      • Gambaran Keseluruhan Peraturan
      • Proses Pembuatan Peraturan
      • Mengenai Bursa Malaysia Kawal Selia
      • Pendekatan Kawal Selia/Falsafah
      • Pemantauan Penerbit
      • Penyeliaan Broker
      • Penguatkuasaan
      • Pengawasan Pasaran
      • Syarat-Syarat Penyenaraian
      • Pasaran Utama
      • Pasaran ACE
      • Pasaran LEAP
      • Soalan Lazim
      • Bursa Malaysia Securities
      • Peraturan Bursa Malaysia Securities
      • Peraturan Bursa Malaysia Securities Clearing
      • Peraturan Bursa Malaysia Depository
      • Derivatif
      • Peraturan Bursa Malaysia Derivatif
      • Peraturan Bursa Malaysia Derivatif Clearing
      • Bon
      • Peraturan Bursa Malaysia Bon
      • Islam
      • Peraturan Bursa Suq Al-Sila’ (BSAS)
      • Amalan Terbaik Bursa Malaysia-i
      • Labuan International Financial Exchange (LFX)
      • Peraturan LFX
      • Arahan / Pekeliling
      • Soalan Lazim Peraturan Bursa Malaysia
      • Rundingan Awam
      • Panduan Nota Komunikasi
      • [email protected]
      • Bursa Link
  • Rujukan
      • Repositori Penyelidikan
      • Gambaran Keseluruhan
      • Skim Penyelidikan Bursa-CMDF (CBRS)
      • Laporan Penyelidikan Bukan- CBRS
      • Laporan Penyelidikan
      • Pandangan
      • Derivatif
      • Pandangan Institusi
      • Matlamat Kawal Selia
      • Bursa Academy
      • [email protected]
      • Istilah Pasaran
      • Soalan Lazim
      • Sekuriti
      • Derivatif
      • Pasaran Islam
      • Labuan International Financial Exchange (LFX)
      • LEAP
      • Sistem Depositori Pusat (CDS)
  • Mengenai Kami
      • Mengenai Kami
      • Gambaran Keseluruhan
      • Latar Belakang Kami
      • Organisasi Kami
      • Tadbir Urus Korporat
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Atasan
      • Maklumat Korporat Lain
      • Sejarah Korporat
      • Anugerah dan Pensijilan
      • Kalendar
      • Senarai Tender
      • Pautan Berkaitan
      • Perhubungan Pelabur
      • Perhubungan Pelabur
      • Maklumat Kewangan
      • Maklumat Saham
      • Pegangan Saham
      • Informasi Pemegang Saham
      • Permintaan Maklumat
      • Maklumat Lain
      • Kelestarian
      • Gambaran Keseluruhan
      • Tadbir Urus Kelestarian
      • Penilaian Perkara-perkara Material
      • Pembabitan bersama Pemegang Kepentingan Kami
      • Sumbangan Kami Kepada Matlamat Pembangunan Lestari
      • Laporan Kelestarian
      • Lain lain
      • Risiko & Pematuhan
      • Gambaran Keseluruhan
      • Rangka Kerja & Tadbir Urus
      • Pengurusan Risiko Perniagaan
      • Pengurusan Pematuhan
      • Pengurusan Kelangsungan Perniagaan
      • Pusat Media
      • Ucapan
      • Galeri
      • Siaran Media
      • Artikel
      • Kerjaya
Pengumuman Syarikat
Lawatan Berpandu
English
Bahasa Malaysia
简体中文
[email protected]

Anda akan dialihkan ke [email protected], adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?

Leave this page
Pusat Bantuan

Anda akan dialihkan ke Help Desk, adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?

Leave this page
Bursa Link

Anda akan dialihkan ke Bursa Link, adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?

Leave this page
Bursa Marketplace

Anda akan dialihkan ke Bursa Marketplace, adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?

Leave this page
LFX Listing Sponsor

Anda akan dialihkan ke LFX Listing Sponsor, adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?

Leave this page
Tadbir Urus Korporat dan Kelestarian

Anda akan dialihkan ke laman web BursaSustain, adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?

Leave this page
Tadbir Urus Korporat dan Kelestarian

Anda akan dialihkan ke laman web BursaSustain, adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?

Leave this page
Bursa Academy

Bursa Academy

Leave this page

Terma-terma dan Syarat-Syarat Penggunaan, Penolakan tuntutan dan Polisi Pautan


  1. Pengakuan dan Penerimaan Syarat-syarat Am

    Laman web ini yang boleh diakses di www.bursamalaysia.com ("Laman web") dimiliki Bursa Malaysia Berhad ("Bursa Malaysia"). Akses pengguna kepada Laman web, dan penggunaan kandungan di dalam Laman web dan/atau apa-apa maklumat dalam apa-apa bentuk yang didapati daripada Laman web ini adalah tertakluk kepada penerimaan terma-terma dan syarat-syarat penggunaan yang terkandung selepas ini.

  2. Harta Intelek dan Tuanpunya Hak

    Bahan yang dipamerkan dan terkandung dalam Laman web ini, yang mungkin termasuk (tanpa had) semua maklumat, data, bahan, grafik, harga atau maklumat lain serta apa-apa program perisian yang boleh didapati di atau melalui Laman web ("Kandungan" atau "Kandungan-kandungan" berdasarkan konteks), adalah dilindungi oleh hak cipta, tanda niaga dan/atau undang-undang harta intelek lain, kecuali dinyatakan sebaliknya. Semua hak, hakmilik dan kepentingan berkaitan dengan Kandungan adalah dimiliki, dilesenkan kepada atau dikawal oleh Bursa Malaysia.

    Nama 'Bursa Malaysia Berhad' dan logo Bursa Malaysia, termasuk nama dan logo kumpulan syarikat, adalah tanda niaga Bursa Malaysia. Semua tanda lain, nama niaga, nama produk dan logo yang terkandung dalam Laman web diguna hanya untuk editorial sahaja tanpa apa-apa niat untuk melanggar hak dan adalah bagi manfaat pemilik nama produk dan logo masing-masing.

    Pengguna mengakui bahawa Laman web dan Kandungan-kandungannya, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, foto, grafik dan apa-apa aplikasi audio dan video, adalah direka bentuk dan dipersembahkan oleh Bursa Malaysia dalam suatu format dan bentuk yang khusus untuk Bursa Malaysia ("Bursa Malaysia's Look and Feel"). Bursa Malaysia's Look and Feel adalah dilindungi oleh hak cipta, tanda dagang dan/atau undang-undang harta intelek terpakai yang lain.

    Pengguna boleh melihat Laman web dan Kandungan-kandungannya dan mencetak satu salinan Laman web, atau sesuatu bahagian daripada Laman web, hanya untuk penggunaan peribadi dan bukan penggunaan komersial, penyelidikan atau maklumat.

    Melainkan yang dinyatakan di atas, Pengguna dilarang menyalin, menyimpan (sama ada dalam bentuk salinan keras atau dalam sistem perolehan kembali elektronik), memuat turun, menghantar, memindah, menerbit, mengeluarkan semula, menyiar, mempamer, mengedar, menjual, melesenkan apa-apa bahagian daripada Kandungan-kandungan kepada pihak ketiga sama ada untuk tujuan komersial, untuk manfaat kewangan atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis Bursa Malaysia terlebih dahulu.

  3. Had Liabiliti dan Penolakan Tuntutan

    Bursa Malaysia akan menggunakan ikhtiar yang munasabahuntuk memastikan bahawa maklumat yang terkandung di dalam Laman web dan Kandungan-kandungannya adalah tepat, betul dan diperoleh daripada sumber yang diyakini boleh dipercayai. Walau bagaimanapun, pengguna mestilah mengambil maklum bahawa kelewatan, ketinggalan atau ketidaktepatan mungkin berlaku akibat daripada kerosakan semula jadi komunikasi elektronik. Peruntukan maklumat dalam Laman web dan Kandungan-kandungannya, termasuk bahan yang terkandung dalam pengumuman, adalah disediakan kepada Pengguna atas dasar “sedia ada” tanpa apa-apa representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk.

    Bursa Malaysia dan kumpulan syarikat Bursa Malaysia menolak semua jaminan nyata, tersirat dan statutori dalam apa juga bentuk kepada Pengguna atau pihak ketiga berkenaan Laman web atau Kandungan-kandungannya, termasuk tanpa had, representasi dan jaminan yang berkenaan dengan ketepatan, ketepatan masa, kekinian, kelengkapan, tanpa pelanggaran, kebolehdagangan, kebolehgunaan maklumat untuk apa jua tujuan, atau apa-apa representasi atau jaminan yang timbul daripada penggunaan atau adatatau perdagangan atau oleh operasi undang-undang.

    Bursa Malaysia dan kumpulan syarikat Bursa Malaysia tidak akan dalam apa jua keadaan bertanggungjawab kepada Pengguna atau pihak ketiga untuk apa-apa kerugian atau kecederaan yang disebabkan oleh atau yang timbul daripada kontingensi di luar kawalannya dalam perolehan, penyusunan, pentafsiran, penyuntingan, pelaporan atau penyampaian Kandungan-kandungan atau sebahagian daripadanya.

    Bursa Malaysia dan kumpulan syarikat Bursa Malaysia menolak apa-apa liabiliti berkenaan dengan akibat daripada apa-apa kesilapan atau ketinggalan. Bursa Malaysia dan kumpulan syarikat Bursa Malaysia tidak akan bertanggungjawab dalam mana-mana keadaan berkenaan dengan apa-apa tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Laman web atau Kandungan-kandungannya termasuk, tetapi tidak terhad kepada, apa-apa keputusan yang dibuat atau tindakan yang diambil oleh Pengguna kerana bergantung pada kandungan berkenaan, atau kerosakan yang dialami, sama ada secara langsung, akibat, khas, punitif, tersirat atau sebaliknya, meskipun telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan berkenaan.

  4. Pergantungan Kepada Maklumat Sebagai Nasihat Pelaburan

    Kandungan-kandungan Laman web diberikan bagi tujuan memberikan maklumat dan pendidikan sahaja dan tidak bertujuan memberikan nasihat pelaburan dalam apa jua bentuk atau jenis, dan tidak boleh pada bila-bila masa digunapakai untuk tujuan pelaburan.

    Apa-apa maklumat, walau macam manapun dipersembahkan atau diberikan dalam Laman web berkenaan dengan produk kewangan, termasuk tanpa had, produk sekuriti dan derivatif, atau tentang syarikat yang dikenal pasti, disenarai atau dicadang untuk disenarai pada bursa subsidiari Bursa Malaysia, adalah dengan tegasnya bersifat am sahaja, dan tidak boleh dalam apa-apa keadaan, diertikan sebagai memberikan apa-apa pengesyoran, pendapat atau petunjuk oleh Bursa Malaysia mengenai merit sesuatu produk atau syarikat. Bursa Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian, tuntutan dan kerosakan yang timbul daripada pergantungan oleh Pengguna atas maklumat berkenaan.

    Pengguna dinasihatkan untuk melakukan penyelidikan sendiri dan mencapatkan nasihat profesional sebelum membuat apa-apa pelaburan atau keputusan berkaitan pelaburan.

  5. Bahasa

    Kandungan versi Bahasa Inggeris di dalam Laman web akan digunapakai dan akan mengatasi versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina sekiranya terdapat ketidakseragaman di antara versi Bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Malaysia atau versi Bahasa Cina atau kedua-duanya. Bursa Malaysia dan kumpulan syarikat Bursa Malaysia menolak apa-apa dan semua liabiliti yang timbul dari atau berkenaan apa-apa pengunaan, penyalahgunaan atau pergantungan kepada versi-versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina.

  6. Polisi Pautan

    Pengguna diminta untuk mengambil maklum bahawa semua pautan daripada Laman web ("Laman Pautan") adalah disediakan untuk kemudahan Pengguna sahaja.

    Maklumat dan kandungan yang boleh dilihat oleh Pengguna di Laman Pautan, termasuk apa-apa pindaan atau kemas kini , adalah tidak dikawal, dikaji atau diluluskan oleh Bursa Malaysia dan tidak boleh dianggap sebagai diberikan oleh Bursa Malaysia. Pengguna diminta untuk mengambil maklum bahawa Bursa Malaysia tidak bertanggungjawab atas, dan juga tidak membuat apa-apa representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk atas kandungan Laman Pautan.

    Kemasukan hiperpautan kepada Laman Pautan bukan petunjuk pengesahan oleh Bursa Malaysia atas Laman Pautan atau mana-mana bahagian kandungannya. Bursa Malaysia dengan nyata menolak apa-apa liabiliti bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung atau dialami oleh Pengguna atau mana-mana pihak ketiga, yang timbul daripada, yang berkaitan dengan atau ekoran daripada pautan ini.

    Bursa Malaysia berhak pada bila-bila masa dan atas budi bicaranya untuk menamatkan mana-mana pautan yang tidak sah atau rangka daripada Laman web.

  7. Pautan kepada Laman Web

    Pertubuhan pautan kepada Laman web adalah sentiasa tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan selepas ini.

    autan mestilah pautan teks sahaja yang ditanda dengan jelas "Laman web Bursa Malaysia" atau www.bursamalaysia.com dan mesti "menunjuk" kepada URL http://www.bursamalaysia.com.

    Pengguna mestilah mengambil tindakan yang perlu untuk memastikan yang berikut:-

    1. bahawa pautan atau mana-mana bahagian daripadanya tidak merosakkan atau mengurangkan nama baik yang dikaitkan dengan nama dan tanda-tanda Bursa Malaysia, dan di mana berkaitan, kumpulan syarikatnya;
    2. bahawa pautan atau mana-mana bahagian daripadanya tidak mewujudkan atau memberikan gambaran palsu yang dikaitkan dengan atau ditaja oleh Bursa Malaysia. Sehubungan itu, kewujudan pautan tidak boleh pada bila-bila masa dijadikan petunjuk kepada pengesahan Bursa Malaysia atau kerjasama Bursa Malaysia dengan laman web yang dipaut;
    3. Bahawa pautan itu, bila diaktifkan, mestilah mempamerkan Laman web dalam format skrin penuh dan tidak di dalam rangka di dalam laman web yang dipaut;
    4. bahawa Laman web atau Kandungan-kandungannya mestilah tidak dipaut atau dirangka kepada mana-mana laman yang mengandungi kandungan yang tidak sesuai, tidak senonoh, memfitnah, menghina, lucah, sumbang, atau tidak mematuhi undang-undang, atau kandungan yang melanggar mana-mana hak cipta, tanda dagang, harta intelek atau undang-undang privasi.

    Penggunaan nama atau tanda Bursa Malaysia selain daripada yang dinyatakan adalah dibenarkan tanpa keizinan bertulis yang dinyatakan oleh Bursa Malaysia terlebih dahulu.

    Bursa Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung atau dialami oleh Pengguna atau mana-mana pihak ketiga yang timbul daripada pautan dari Laman web itu. Oleh itu, Bursa Malaysia berhak untuk mencari penyelesaian yang sedia ada dari segi undang-undang atau dalam ekuiti untuk apa-apa pelanggaran atau kemungkiran terma-terma pautan.

    Bursa Malaysia berhak pada bila-bila masa dan mengikut budi bicaranya tanpa perlu memberi apa-apa sebab, untuk menarik balik kebenarannya kepada mana-mana pautan atau rangka bagi Laman web atau Kandungan-kandungannya dan akan mengambil tindakan sewajarnya berkaitan perkara itu, termasuklah tetapi tidak terhad kepada pembatalan dan penamatan apa-apa pautan atau rangka.

    Walau apa pun yang terkandung di sini sebelum ini, pautan kepada apa-apa bahagian atau bahagian spesifik Kandungan-kandungan tidak dibenarkan pada bila-bila masa, kecuali ditentukan sebaliknya dengan nyata oleh Bursa Malaysia.

  8. Pengiklanan

    Laman web ini mungkin mengandungi iklan-iklan atau apa-apa maklumat dan bahan tentang produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan atau disediakan oleh pihak ketiga ("Maklumat Pihak Ketiga"). Maklumat Pihak Ketiga mungkin mengandungi hiperpautan terbenam kepada laman web yang dimiliki dan dijalankan oleh pihak ketiga yang relevan atau pemegang lesen atau agen mereka. Bursa Malaysia tidak membuat representasi atau jaminan dalam apa-apa bentuk berhubungan dengan Maklumat Pihak Ketiga, dan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul daripada apa-apa tindakan, kesalahan atau ketinggalan yang timbul daripada Maklumat Pihak Ketiga, atau laman web pautan pihak ketiga yang relevan.

    Bursa Malaysia pada bila-bila masa tidak mengesyorkan, mengesahkan atau menawarkan produk atau perkhidmatan yang diiklankan melalui maklumat Pihak Ketiga. Pengguna mestilah mengakui bahawa produk atau perkhidmatan berkenaan tidak ditawarkan oleh Bursa Malaysia, dan Bursa Malaysia tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa produk atau perkhidmatan yang dibeli di laman web pihak ketiga.

  9. Perubahan kepada Laman web/Kandungan/Terma-terma & Syarat-syarat

    Bursa Malaysia berhak pada bila-bila masa dan atas budi bicaranya untuk mengkaji semula, mengubah atau meminda Kandungan-kandungan dan/atau terma-terma dan syarat-syarat penggunaan seperti yang terkandung di sini. Penggunaan berterusan Laman web oleh Pengguna berikutan apa-apa kajian semula, perubahan, pemindaan akan dianggap sebagai penerimaan, dan persetujuan untuk diikat oleh terma-terma dan syarat-syarat yang telah dikaji semula, diubah dan dipinda tersebut.

  10. Pelanggaran Terma-terma & Syarat-syarat

    Bursa Malaysia berhak untuk mencari apa-apa penyelesaian yang sedia ada dalam undang-undang atau ekuiti bagi apa-apa pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak untuk menghalang akses Pengguna yang melanggar terma-terma dan syarat-syarat tersebut, kepada Laman web. Bursa Malaysia juga berhak untuk menentukan sama ada Pengguna telah melanggar terma-terma dan syarat-syarat di sini.

  11. Undang-undang Terpakai

    Terma-terma dan syarat-syarat ini dikawalselia, ditafsirkan dan dikuatkuasa mengikut undang-undang Malaysia.

Mengenai Kami Info Pasaran Dagangan Penyenaraian Peraturan Rujukan
Bursa Marketplace Bursa Link LFX [email protected] Bursa SUSTAIN Bursa Academy
Terma-terma dan Syarat-Syarat Penggunaan, Penolakan tuntutan dan Polisi Pautan Notis Data Peribadi Peta Laman Website FAQs
Perhubungan Pusat Bantuan
RSS Feeds

Subscribe to our RSS feeds and get the latest Bursa Malaysia news delivered directly to your desktop. Click on the orange RSS button to go to the Subscribe page.

You will need to install the RSS plugin to subscribe to the RSS Feeds.

Subscribe
Media Releases Subscribe
Investor Relations
  • Newsroom
Subscribe
Bursa Malaysia Listing Requirements
  • Main Market
  • ACE Market
Subscribe
Initial Public Offering Subscribe
Copyright © 2021 Bursa Malaysia Berhad 197601004668 (30632-P). All rights reserved.
Top