Bon
Bon Didagangkan Bursa dan Sukuk (ETBS)
How to use the bond calculator
Bond Calculator - allows you to calculate either the Clean Price or the Yield to Maturity
- Select the option whether to compute the Price or Yield
- Check the Settlement Date. Default is T.
- Key in the Maturity Date.
- Key in the Coupon Rate.
- Key in the Yield (to compute the Clean Price) or Clean Price (to compute the Yield).
- Click Calculate.
Transaction Cost Calculator - allows you to compute the net proceed for your Buy or Sale of the bond/sukuk
- Select the Transaction Type, either Purchase or Sale.
- Key in the quantity (in units) for your transaction.
- Key in the Dirty price. Please note that trading on Bursa Malaysia is on Dirty Price.
- Brokerage Fee, Clearing Fee and Stamp Duty are all provided by the system.
- Press Calculate and the Total Proceeds for your transaction will be computed.
Bon/Sukuk sentiasa dilihat sebagai kelas aset untuk dilindungi nilai apabila pasaran adalah bearls dan adalah cara untuk membangunkan pendapatan yang stabil bagi banyak tahun . Walau bagaimanapun, sebelum ini, pasaran bon/sukuk hanya boleh diperoleh daripada pelabur yang mempunyai nilai yang tinggi serta pelabur institusi.
Kini dengan ETBS, semua pelabur boleh mengakses pasaran bon/sukuk dengan mudah. melalui pasaran saham.
Notice of 3rd DanaInfra Retail Sukuk
DanaInfra Retail Sukuk Knowledge Pack
Apakah ETBS
ETBS ialah sekuriti pendapatan tetap, juga dikenali sebagai bon atau sukuk, yang disenaraikan dan didagangkan di pasaran saham. ETBS diterbitkan sama ada oleh syarikat atau kerajaan (penerbit) untuk mengumpulkan dana bagi keperluan mereka. ETBS mempunyai struktur berbeza seperti kadar tetap, kadar apungan dan hibrid.
* Sukuk merujuk kepada terbitan yang mematuhi prinsip Syariah
Mengapa Melabur dalam ETBS??
Berikut adalah beberapa sebab mengapa perlu melabur dalam ETBS:- Kefleksibelan dan Kemudahan Dagangan: ETBS didagangkan di Bursa Malaysia, menjadikan belian dan jualan ETBS semudah berdagang dalam saham..
- Ketelusan: Disebabkan ETBS disenaraikan di bursa, pelabur mempunyai akses kepada harga tepat masa dan volum, seperti saham. Ini membolehkan pelabur untuk terus memantau pelaburan mereka dan menerima maklumat terkini.
- Kepelbagaian: Pelabur boleh mempelbagaikan portfolio mereka untuk memasukkan ETBS untuk melengkapkan pelaburan mereka dalam kelas aset lain seperti ekuiti, derivatif, unit amanah dan lain-lain.
- Aliran Pendapatan Tambahan: Pelabur boleh mendapat manfaat daripada aliran pendapatan stabil melalui pembayaran kupon secara tetap.
Apakah faktor yang menentukan harga ETBS?
- Harga dan Hasil
Harga dan hasil ETBS secara asasnya ditentukan oleh permintaan dan penawaran dalam pasaran. Pelabur inginkan hasil atau pulangan setinggi yang boleh bagi pelaburan mereka dan oleh itu, apabila harga ETBS rendah, pelabur sanggup membayar kurang bagi ETBS dan seterusnya mendapat hasil yang lebih baik. Berbeza pula dengan keadaan harga ETBS tinggi yang bermaksud pulangan yang lebih rendah, memandangkan pembayaran kupon bagi ETBS biasanya ditetapkan pada nilai prinsipal bon.
- Kadar Faedah
Apabila kadar faedah berubah, ETBS akan turut berubah. Sensitiviti terhadap kadar faedah ini adalah satu daripada pengaruh utama kepada harga ETBS. Sekiranya kadar faedah purata yang boleh didapati oleh pelabur naik, hasil semasa ETBS akan menjadi pelaburan yang kurang menarik. lni akan menyebabkan permintaan pelabur jatuh, mengakibatkan penurunan pada harga ETBS - sehingga tahap apabila hasil menjadi kompetitif dengan kadar sedia ada. Perkara sebaliknya pula berlaku jika kadar faedah menurun.
- Risiko
Pelabur mesti mengambil kira risiko kredit entiti penerbit sebelum melabur dalam ETBS. Asasnya, risiko kredit ialah kemungkinan entiti penerbit akan atau tidak akan mampu untuk membayar semula amaun prinsipal dan elemen faedah pada kematangannya.
Ini berlaku terutamanya pada ETBS korporat kerana perbadanan korporat mempunyai risiko yang lebih berbanding dengan kebanyakan badan kerajaan.
ETBS dinilai dan ditarafkan oleh beberapa agensi termasuk Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) atau Ratings Agency Malaysia Berhad (RAM) bagi Malaysia manakala Moody's dan Standard & Poor's bagi penarafan antarabangsa. Penarafan tertinggi (AAA) bermakna ETBS membawa risiko kredit yang kurang. Jika penarafan sesebuah syarikat diturunkan, ETBS biasanya akan turun dari segi harga kerana pelabur tidak akan membayar banyak baginya.
- Kematangan
Masa hadapan sentiasa kurang kepastian berbanding dengan keadaan semasa. Dalam dunia kewangan, ketidakpastian diterjemahkan sebagai risiko. Seterusnya, ETBS dengan kematangan yang panjang mempunyai lebih risiko dan cenderung untuk berharga lebih rendah (atau mempunyai hasil lebih tinggi). Apabila ETBS ini mula mencapai tarikh matang, harganya semakin dekat kepada nilai par. Ini disebabkan pelabur tahu mereka akan mendapat duit mereka tidak. lama lagi, dengan risiko kredit kecil yang ada.
Apakah unit pelaburan minimum?
ETBS didagangkan dengan saiz papar, lot minimum sebanyak 10 unit. Dengan harga prinsipal sebanyak RM100.00 setiap unit, kos setiap papan lot ialah RM1000.00, tidak termasuk kos transaksi.
Apakah risikonya?
- Risiko kredit
Risiko ini timbul jika penerbit ETBS tidak dapat membuat pembayaran kupon pada tarikh kupon atau amaun prinsipal kepada peminjam pada kematangan. Bon dan sukuk kerajaan disokong oleh kerajaan pusat, oleh itu dianggap sebagai mempunyai risiko kredit yang rendah.
- Risiko pasaran
lnilah risiko naik turun harga dan menerima kesan daripada permintaan dan penawaran dalam pasaran.
- Risiko kadar faedah
Penilaian ETBS mungkin menerima kesan daripada perubahan dalam kadar faedah contohnya, jika kadar faedah naik, harga ETBS akan jatuh kerana pelabur akan menempatkan semula pelaburan mereka untuk mendapat kadar faedah yang ada dalam instrumen lain, contohnya dalam deposit bank.
Apakah pertimbangan yang perlu saya buat sebelum melabur dalam ETBS?
Perbandingan Produk
Bon/Sukuk | Saham |
---|---|
Bon/Sukuk adalah Sekuriti Hutang | Saham adalah Sekuriti Ekuiti |
Pemegang Bon/Sukuk mereka pemilik aset bon dan tidak mempunyai hak terhadap pemilikan syarikat | Pemegang saham- pemilik syarikat |
Aliran pembayaran stabil dikenali sebagai kupon/dividen | Pembayaran dividen berdasarkan polisi dan prestasi syarikat |
Biasanya kurang meruap | Menerima kesan oleh kemeruapan dan tekanan pasaran |
Had waktu atau tempoh matang | Tiada tempoh matang, kecuali dinyahsenarai |
Saiz Dagangan adalah 10 unit | Saiz Dagangan adalah 100 unit |
* Pemegang bon adalah di tahap lebih tinggi daripada pemegang saham sebagai rekursa jika berlaku kecairan.
Bagaimana dan di mana untuk mula melabur dalam ETBS?
ETBS didagangkan seperti saham dan tertakluk pada pembayaran dagangan dan undang-undang penyelesaian yang sama (T+ 3). Anda perlu ke organisasi yang menyertainya (firma broker saham berdaftar dengan Bursa Malaysia) untuk membuka akaun dagangan sekuriti dan akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) Bursa.
Pautan Berkaitan |
---|
Untuk Pelabur: Untuk Penerbit: |
DanaInfra Nasional Berhad (0400GA)- RM300.0 million in nominal value, 10‐year Exchange Traded Sukuk
Download
DanaInfra Nasional Berhad (0400GB) - RM100.0 million in nominal value, 15‐year Exchange Traded Sukuk
Download
DanaInfra Nasional Berhad - 0400GC
RM100.0 million in nominal value, 7-year Exchange Traded Sukuk
Download
- General Announcement
- Knowledge Pack