Rangka Kerja & Tadbir Urus
Rangka Kerja & Tadbir Urus

Lanskap perniagaan Kumpulan Bursa Malaysia (Bursa) yang sentiasa berubah-ubah boleh menimbulkan pelbagai risiko kepada perniagaan dan prestasi kewangan Bursa. Divisyen Risiko dan Pematuhan bertanggungjawab memantau secara aktif risiko-risiko ini, yang telah diklasifikasikan kepada empat kategori untuk memudahkan pemantauan dan kawalan.

BMSC dan BMDC sebagai Rakan Niaga Pusat (CCP)
BMSC dan BMDC sebagai Rakan Niaga Pusat (CCP)

Bursa Malaysia Securities Clearing (“BMSC”) dan Bursa Malaysia Derivatives Clearing (“BMDC”); adalah pusat penjelasan yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di bawah Akta Perkhidmatan Pasaran Modal 2007.

Pendedahan PFMI
Pendedahan PFMI

Bursa Malaysia mengamati Prinsip-Prinsip untuk Infrastruktur Pasaran Kewangan (PFMI) yang diterbitkan oleh Jawatankuasa Pembayaran dan Infrastruktur Pasaran (CPMI) dan Pertubuhan Komisen Sekuriti Antarabangsa (IOSCO) pada bulan April 2012.

Pengurusan Pematuhan
Pengurusan Pematuhan

Fungsi utama unit Pematuhan di dalam Bursa adalah untuk mengurus dan memberikan jaminan bahawa aktiviti Bursa mematuhi peraturan, undang-undang, dan syarat pengawalseliaan yang berkenaan, kod etika dan tatalaku perniagaan dan juga polisi dan prosedur dalaman.

Pengurusan Kelangsungan Perniagaan
Pengurusan Kelangsungan Perniagaan

Rangka Kerja Pengurusan Kelangsungan Perniagaan (BCM) termasuk proses-proses dan prosedurnya membolehkan Bursa pulih dengan pantas dan meneruskan operasi kritikal sejurus selepas gangguan perkhidmatan operasi. Rangka kerja ini direka sejajar dengan garis panduan Prinsip untuk Infrastruktur Pasaran Kewangan IOSCO CPMI, iaitu prinsip 17 Risiko Operasi.