PRODUK
Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah Malaysia Timur (FEPO)
FEPO ialah Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah dalam denominasi Ringgit Malaysia (“MYR”) didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives yang menawarkan platform baharu untuk penentuan harga minyak sawit mentah yang dihasilkan di Malaysia Timur. Kontrak ini melengkapkan kontrak FCPO dengan spesifikasi yang direka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan pendedahan kepada peserta pasaran minyak sawit di Malaysia Timur. Tempat serahan di Sabah dan Sarawak mengurangkan kos logistik untuk penyerahan fizikal, dan waktu dagangan yang lebih awal membolehkan peluang perdagangan baru.
Piawaian Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) telah berkuatkuasa pada 1 April 2022 untuk semua penghantaraan fizikal FEPO dan menjadikan Bursa Malaysia Derivatives pasaran yang pertama di dunia yang menawarkan penghantaraan secara fizikal bagi kontrak derivatif komoditi dengan keperluan mampan yang dimandatkan untuk penghantaraan. Tambahan, kontrak FEPO patuh Shariah.
Penawaran Kompleks Sawit oleh Bursa Malaysia Derivatives mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat penemuan harga yang utama bagi minyak sawit yang didagangkan di peringkat global. Terokai rangkaian produk kami hari ini.
Spesifikasi Kontrak
| |
---|---|
Kod Kontrak
|
FEPO |
Instrumen Pendasar
|
Minyak Sawit Mentah |
Saiz Kontrak
|
25 Tan Metrik (MT)
|
Bulan Kontrak
|
Bulan terkini dan 11 bulan
berikut, serta selepasnya, bulan silih ganti sehingga 36 bulan berikutnya.
|
Waktu Dagangan
|
Isnin hingga Jumaat (Waktu Malaysia)
|
Unit Harga
| Malaysian Ringgit (MYR) |
Turun Naik Harga
| MYR 1.00 / MT |
Penyeselaian Akhir
|
Penyerahan Fizikal
*Kesemua penyerahan fizikal FEPO hendaklah disahkan Nombor Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) |
Mengapa Berdagang FEPO? |
---|
-
Akses Global
FEPO didagangkan secara elektronik di CME GLOBEX®, satu platform perdagangan elektronik global. Akses kepada CME Globex® adalah mudah dan membolehkan pedagang individu dan profesional di seluruh dunia untuk mengakses kesemua produk Bursa Malaysia Derivatives.
-
Pengurusan Risiko
Syarikat perladangan, penapisan, pengeksport dan pengilang boleh menggunakan FEPO untuk mengurus risiko dan melindung nilai daripada risiko pergerakan harga FEPO yang tidak dijangkakan di pasaran fizikal.
-
Perdagangan Berleveraj
Mendapat pendedahan berleveraj terhadap nilai nota aset pendasar dengan jumlah modal yang agak kecil (Margin Permulaan), menggandakan kesan sesuatu perubahan harga yang diberi.
-
Pendedahan Pasaran Segera
Pengurus dana global, penasihat perdagangan komoditi dan pedagang proprietari mendapat pendedahan segera terhadap pasaran Minyak Sawit Mentah yang aktif melalui FEPO.
-
Perdagangan Spread dan Arbitraj
antara FCPO/FEPO
Perdagangan Spread dikelolakan oleh Margin Spread dan Margin Offset di antara komoditi FCPO / FEPO. Peluang arbitraj dengan FCPO adalah disebabkan oleh perbezaan harga antara Minyak Sawit Semenanjung Malaysia dan Minyak Sawit Malaysia Timur.
-
Proses Penyerahan Fizikal yang Mampan
Semua sumber penyerahan fizikal Minyak Sawit Mentah (CPO) di bawah kontrak FEPO perlu didapati daripada Kilang Minyak Sawit yang memenuhi Pensijilan Pengurusan Kelapa Sawit (OPMC) di bawah syarat Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Muat Turun Sumber Brosur
English | Bahasa Malaysia | Chinese(中文)
Spesifikasi Kontrak
English | Bahasa Malaysia | Chinese(中文)
Per Bon Prestasi / Kadar Margin
Traceability Document
English
FEPO FAQ
EnglishMulakan Dagangan Niaga Hadapan Sekarang! Hubungi salah satu broker Niaga Hadapan berlesen kami di SINI ATAU Klik di SINI untuk membuka Akaun Dagangan Niaga Hadapan.