Produk
Opsyen atas Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (OCPO)
OCPO ialah Kontrak Opsyen dalam denominasi Ringgit Malaysia ("MYR") yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives dengan Kontrak Niaga Hadapan
Minyak Sawit Mentah (FCPO) sebagai instrumen pendasarnya. Ia tambahan kepada rangkaian alat pengurusan risiko yang tersedia untuk penggiat industri kelapa sawit kerana kontrak opsyen mempunyai profil ganjaran risiko yang sangat
berbeza daripada kontrak niaga hadapan.
Penawaran Kompleks Sawit oleh Bursa Malaysia Derivatives mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat penemuan harga yang utama bagi minyak sawit yang didagangkan di peringkat global. Terokai rangkaian
produk kami hari ini.
Spesifikasi Kontrak | |
---|---|
Kod Kontrak | Calls: C OCPO Puts: P OCPO |
Instrumen Pendasar | Kontrak niaga hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) |
Size Kontrak | 25 Tan Metrik (MT) |
Bulan Kontrak |
Bulan terkini dan 9 bulan berikut,
diikuti bulan silih ganti, iaitu bulan
ganjil dalam tempoh 36 bulan
berikutnya. Kontrak OCPO pertama akan didagangkan pada bulan ke-3 Kontrak FCPO. |
Waktu Dagangan | Isnin hingga Jumaat (Waktu Malaysia)
|
Unit Harga | Ringgit Malaysia (MYR) |
Turun Naik Harga Minimum |
MYR 0.50 / MT |
Luput | Hari ke-10, 2 bulan sebelum bulan terkini Kontrak FCPO pendasar atau, jika hari ke-10 bukan Hari Perniagaan, pada Hari Perniagaan terakhir sebelum hari ke-10. |
Jenis Opsyen | Opsyen Eropah |
Mengapa Berdagang OCPO? |
---|
- Akses Global
OCPO didagangkan secara elektronik di CME GLOBEX®, sebuah platform perdagangan elektronik global. Mengakses CME Globex® adalah mudah dan membolehkan peniaga individu dan profesional di mana sahaja di seluruh dunia mengakses semua produk Bursa Malaysia Derivatives.
- Pengurusan Risiko
Syarikat perladangan, penapisan, pengeksport dan pengilang boleh menggunakan OCPO bersama alat lain dalam Kompleks Sawit BMD untuk memperbaiki strategi pengurusan risiko mereka. Pedagang boleh menggunakan OCPO untuk mengurus pendedahan pasaran mereka dengan cekap kerana kerugian maksimum boleh diketahui oleh mereka.
- Perdagangan Berleveraj
Kawal jumlah aset pendasar yang lebih besar dengan jumlah modal yang agak kecil, menggandakan potensi keuntungan melalui leveraj.
- Perdagangan Dikawal Selia
Berdagang dengan yakin dalam pasaran yang terjamin dan telus yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Muat Turun Sumber |
Spesifikasi Kontrak
|