Products
USD RBD Palm Olein Options (OPOL)
OPOL ialah Kontrak Opsyen dalam denominasi Dolar AS ("USD") yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives dengan Kontrak Niaga Hadapan Olein Sawit
USD RBD (FPOL) sebagai instrumen pendasarnya. Ia merupakan Kontrak Opsyen
pertama di dunia untuk Olein Sawit RBD, memperluas rangkaian alat pengurusan risiko yang tersedia untuk penggiat industri minyak sawit kerana kontrak opsyen
mempunyai profil ganjaran risiko yang sangat berbeza daripada kontrak niaga hadapan.
Penawaran Kompleks Sawit oleh Bursa Malaysia Derivatives mengukuhkan
kedudukan Malaysia sebagai pusat penemuan harga yang utama bagi minyak sawit yang didagangkan di peringkat global. Terokai rangkaian produk kami hari ini.
Spesifikasi Kontrak | |
---|---|
Kod Kontrak | Calls: C OPOL Puts: P OPOL |
Instrumen Pendasar | Kontrak niaga hadapan Olein Sawit RBD (FPOL) |
Size Kontrak | 25 Tan Metrik (MT) |
Bulan Kontrak | Bulan terkini dan 3 bulan berikut, diikuti bulan silih ganti, iaitu bulan ganjil dalam tempoh 24 bulan berikutnya. Kontrak OPOL pertama akan didagangkan pada bulan ke-3 Kontrak FPOL. |
Waktu Dagangan | Isnin hingga Jumaat (Waktu Malaysia)
|
Unit Harga | Dolar Amerika Syarikat (USD) |
Turun Naik Harga Minimum |
USD 0.25 / MT |
Luput |
Hari ke-15, 2 bulan sebelum bulan terkini Kontrak FPOL pendasar atau, jika hari ke-15 tersebut bukan Hari Perniagaan, pada Hari Perniagaan terakhir sebelum hari ke-15. |
Jenis Opsyen | Opsyen Eropah |
Mengapa Berdagang OPOL? |
---|
- Akses Global
OPOL didagangkan secara elektronik di CME GLOBEX®, sebuah platform perdagangan elektronik global. Mengakses CME Globex® adalah mudah dan membolehkan peniaga individu dan profesional di mana sahaja di seluruh dunia mengakses semua produk Bursa Malaysia Derivatives.
- Pengurusan Risiko
Kilang dan pengimport boleh menggunakan OPOL bersama alat lain dalam Kompleks Sawit BMD untuk meningkatkan strategi pengurusan risiko mereka. Pedagang boleh menggunakan OPOL untuk mengurus pendedahan pasaran mereka dengan cekap kerana kerugian maksimum boleh diketahui oleh mereka.
- Perdagangan Berleveraj
Kawal jumlah aset pendasar yang lebih besar dengan jumlah modal yang agak kecil, menggandakan potensi keuntungan melalui leveraj.
- Perdagangan Dikawal Selia
Berdagang dengan yakin dalam pasaran yang terjamin dan telus yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Muat Turun Sumber |
Brosur |