Tadbir Urus Kelestarian
Tadbir Urus Kelestarian
Lembaga Pengarah kami akhirnya bertanggungjawab memastikan kelestarian diambil kira semasa menetapkan hala tuju strategik Bursa Malaysia. Ia juga diterapkan dalam operasi harian kami. Terdapat dua Jawatankuasa Lembaga Pengarah yang menangani isu berkaitan kelestarian:
1. Jawatankuasa Kelestarian dan Pembangunan (SDC)
- SDC bertanggungjawab menyelia pembangunan dan pelaksanaan strategi termasuk strategi kelestarian.
- SDC juga menyelia rancangan perniagaan dan inisiatif utama Kumpulan Bursa Malaysia dengan mengambil kira pertimbangan kelestarian selaras dengan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia
2. Jawatankuasa Pengurusan Risiko (RMC)
- RMC bertanggungjawab menyelia rangka kerja dan dasar pengurusan risiko yang termasuk mengikuti perkembangan trend baharu atau baru muncul, menyemak, memantau dan menilai keberkesanan kawalan risiko utama seperti risiko berkaitan kelestarian dan iklim.
- RMC juga menyelia fungsi Pematuhan, Pengurusan Kesinambungan Perniagaan (BCM) dan Unit Integriti & Tadbir Urus (IGU) kumpulan.
Dalam usaha menerapkan kelestarian dalam fungsi teras kami dan memastikan kelestarian sebagai pertimbangan utama dalam semua keputusan perniagaan, fungsi pengawasan pengurusan yang sebelum ini dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kelestarian Korporat (CSC) kini diletakkan di bawah Jawatankuasa Pengurusan (MC). Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli-ahlinya yang terdiri daripada jawatan pengurusan kanan utama di semua bahagian/jabatan organisasi. Oleh itu, forum perbincangan mengenai perkara berkaitan kelestarian kini lebih inklusif dan merangkumi semua.
Pembangunan dan pelaksanaan strategi kelestarian yang merangkumi keseluruhan perniagaan dilaksanakan oleh Kelestarian Kumpulan dan juga bahagian/jabatan lain yang berkaitan. Kelestarian Kumpulan diketuai oleh Pengarah Kelestarian Kumpulan yang melapor secara langsung kepada CEO.