BURSA MALAYSIA
Pengumuman Syarikat
Lawatan Berpandu
BM
BURSA MALAYSIA
BM
  • Info Pasaran
      • Harga Ekuiti
      • Harga Indeks
      • Harga Bon
      • Harga Derivatif
      • Harga Saham Patuh Shariah
      • Statistik Pasaran
      • Sekuriti
      • Bon
      • Derivatif
      • Data Pasaran
      • Lesen Perkhidmatan Maklumat
      • Perkhidmatan Pautan Laman Web
      • Pakej Data Bersejarah
      • Maklumat Vendor
      • Pengumuman
      • Pengumuman Syarikat
      • Waran Berstruktur
      • Kelayakan Pada Tarikh Berkenaan
      • SPEEDS
  • Dagangan
      • Pasaran
      • Pasaran Sekuriti
      • Pasaran Derivatif
      • Pasaran Islam
      • Labuan International Financial Exchange (LFX)
      • Produk dan Perkhidmatan
      • Ekuiti
      • Bon
      • Derivatif
      • Pasaran Islam
      • Indeks
      • Labuan International Financial Exchange (LFX)
      • Perkhidmatan Lokasi Bersama
      • BTS2 On-Boarding
      • Perkhidmatan Infrastruktur dan Akses Rangkaian (NAIS)
      • Sistem Depositori Pusat (CDS)
      • Sumber Dagangan
      • Direktori Penyenaraian
      • Ekuiti
      • Ekuiti Broker
      • Peserta Bukan Broker
      • Bon
      • Bon Broker
      • Derivatif
      • Derivatif Broker
      • Pasaran Islam
      • Post Perdagangan
      • Pinjaman & Peminjaman Sekuriti (SBL)
      • Penjualan & Pembelian Sekuriti Islam - Transaksi Terunding (ISSBNT)
      • Penjelasan & Penyelesaian Sekuriti
      • Penjelasan & Penyelesain Derivatif
      • Kos Transaksi, Fi dan Caj
      • Risiko & Pematuhan
      • Gambaran Keseluruhan
      • Rangka Kerja Risiko & Pematuhan
      • BMSC dan BMDC sebagai Rakan Niaga Pusat (CCP)
      • Pendedahan PFMI
      • SST
  • Penyenaraian
      • Kenapa Pilih Bursa Malaysia
      • Destinasi Penyenaraian Anda
      • Penyenaraian
      • Kriteria Penyenaraian
      • Proses Penyenaraian
      • Kos Penyenaraian
      • Yuran dan Caj
      • Perkhidmatan Penerbit
      • Penasihat / Penaja
      • Rakan Sokongan
      • Sumber Penyenaraian
      • IPO
      • IPO Prospektus
      • Prospektus LFX
      • Tadbir Urus Korporat dan Kelestarian
      • Labuan International Financial Exchange (LFX)
      • Peserta Pasaran
      • Senarai Penaja Penyenaraian
      • Penerbit
      • Instrumen Kewangan
      • Yuran
      • Proses Perniagaan
  • Peraturan
      • Gambaran Keseluruhan
      • Struktur
      • Gambaran Keseluruhan
      • Jawatankuasa Kawal Selia
      • Badan Pemantauan Kawal Selia
      • Gambaran Keseluruhan Peraturan
      • Proses Pembuatan Peraturan
      • Mengenai Bursa Malaysia Kawal Selia
      • Pendekatan Kawal Selia/Falsafah
      • Pemantauan Penerbit
      • Penyeliaan Broker
      • Penguatkuasaan
      • Pengawasan Pasaran
      • Syarat-Syarat Penyenaraian
      • Pasaran Utama
      • Pasaran ACE
      • Pasaran LEAP
      • Soalan Lazim
      • Bursa Malaysia Securities
      • Peraturan Bursa Malaysia Securities
      • Peraturan Bursa Malaysia Securities Clearing
      • Peraturan Bursa Malaysia Depository
      • Derivatif
      • Peraturan Bursa Malaysia Derivatif
      • Peraturan Bursa Malaysia Derivatif Clearing
      • Bon
      • Peraturan Bursa Malaysia Bon
      • Islam
      • Peraturan Bursa Suq Al-Sila’ (BSAS)
      • Amalan Terbaik Bursa Malaysia-i
      • Labuan International Financial Exchange (LFX)
      • Peraturan LFX
      • Arahan / Pekeliling
      • Soalan Lazim Peraturan Bursa Malaysia
      • Rundingan Awam
      • Panduan Nota Komunikasi
      • [email protected]
      • Bursa Link
  • Rujukan
      • Repositori Penyelidikan
      • Gambaran Keseluruhan
      • Skim Penyelidikan Bursa-CMDF (CBRS)
      • Laporan Penyelidikan Bukan- CBRS
      • Laporan Penyelidikan
      • Pandangan
      • Derivatif
      • Pandangan Institusi
      • Matlamat Kawal Selia
      • Bursa Academy
      • [email protected]
      • Istilah Pasaran
      • Soalan Lazim
      • Sekuriti
      • Derivatif
      • Pasaran Islam
      • Labuan International Financial Exchange (LFX)
      • LEAP
      • Sistem Depositori Pusat (CDS)
  • Mengenai Kami
      • Mengenai Kami
      • Gambaran Keseluruhan
      • Latar Belakang Kami
      • Organisasi Kami
      • Tadbir Urus Korporat
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Atasan
      • Maklumat Korporat Lain
      • Sejarah Korporat
      • Anugerah dan Pensijilan
      • Kalendar
      • Senarai Tender
      • Pautan Berkaitan
      • Perhubungan Pelabur
      • Perhubungan Pelabur
      • Maklumat Kewangan
      • Maklumat Saham
      • Pegangan Saham
      • Informasi Pemegang Saham
      • Permintaan Maklumat
      • Maklumat Lain
      • Kelestarian
      • Gambaran Keseluruhan
      • Tadbir Urus Kelestarian
      • Penilaian Perkara-perkara Material
      • Pembabitan bersama Pemegang Kepentingan Kami
      • Sumbangan Kami Kepada Matlamat Pembangunan Lestari
      • Laporan Kelestarian
      • Lain lain
      • Risiko & Pematuhan
      • Gambaran Keseluruhan
      • Rangka Kerja & Tadbir Urus
      • Pengurusan Risiko Perniagaan
      • Pengurusan Pematuhan
      • Pengurusan Kelangsungan Perniagaan
      • Pusat Media
      • Ucapan
      • Galeri
      • Siaran Media
      • Artikel
      • Kerjaya
Pengumuman Syarikat
Lawatan Berpandu
English
Bahasa Malaysia
简体中文
[email protected]

Anda akan dialihkan ke [email protected], adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?

Leave this page
Pusat Bantuan

Anda akan dialihkan ke Help Desk, adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?

Leave this page
Bursa Link

Anda akan dialihkan ke Bursa Link, adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?

Leave this page
Bursa Marketplace

Anda akan dialihkan ke Bursa Marketplace, adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?

Leave this page
LFX Listing Sponsor

Anda akan dialihkan ke LFX Listing Sponsor, adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?

Leave this page
Tadbir Urus Korporat dan Kelestarian

Anda akan dialihkan ke laman web BursaSustain, adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?

Leave this page
Tadbir Urus Korporat dan Kelestarian

Anda akan dialihkan ke laman web BursaSustain, adakah anda pasti untuk meninggalkan halaman ini?

Leave this page
Bursa Academy

Bursa Academy

Leave this page

Soalan Lazim

Soalan yang sering ditanyakan untuk CDS.
  • Derivatif
  • Sekuriti
  • Pasaran Islam
  • LFX
  • LEAP
  • Soalan Lazim mengenai CDS
  1. Laman Utama
  2. Rujukan
  3. Soalan Lazim
  4. Soalan Lazim mengenai CDS

Soalan Lazim mengenai CDS


Pembukaan akaun
  • Apakah Sistem Depositori Pusat (CDS)?
    CDS bertindak sebagai kaedah untuk mewakili pemilikan dan pergerakan sekuriti. Pemegang akaun CDS menikmati kemudahan seperti memperoleh pemindahan sekuriti dan penyelesaian dagangan secara elektronik.
  • Siapakah yang boleh membuka akaun CDS?

    Akaun CDS boleh dibuka oleh:

    1. Seorang individu yang telah mencapai umum lapan belas (18) tahun pada tarikh permohonan.
    2. Sebuah perbadanan dalam konteks Seksyen 4 Akta Syarikat 1965.
    3. Mana-mana badan korporat yang diperbadankan dalam Malaysia dan secara notis, diterbitkan melalui Warta, diisytiharkan sebagai pihak berkuasa awam atau instrumen atau Agensi bagi Kerajaan Malaysia atau oleh mana-mana negeri Malaysia.
    4. Sebuah persatuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkait dengan persatuan koperasi.
    5. Sebuah amanah atau perbadanan amanah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
    6. Mana-mana pertubuhan yang didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.
    7. Badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen.

    Secara amnya, suatu akaun CDS hanya boleh dibuka jika orang berkenaan membuka akaun itu sama ada sebagai pemilik yang mendapat manfaat ataupun sebagai Penama yang sah.

  • Mengapakah saya perlu membuka akaun CDS?
    Anda perlu membuka akaun CDS untuk membeli dan / atau menjual saham, dan untuk menjalankan transaksi CDS yang lain ke atas semua kaunter ekuiti dan bukan ekuiti (contohnya, bon, saham pinjaman, waran dan sebagainya) yang telah dinyatakan di dalam CDS.
  • Bagaimana saya boleh membuka akaun CDS?

    Anda boleh membuka akaun CDS dengan mana-mana Ejen Depositori Diberi Kuasa (ADA). Semua syarikat pembrokeran di Malaysia pada masa ini adalah ADA.

    Jika anda adalah pelabur individu, anda boleh memilih sendiri ADA dan:

    1. Melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan dua (2) Kad Tandatangan Spesimen.
    2. Bagi rakyat Malaysia, hantarkan dokumen bersama-sama dua (2) salinan Kad Pengenalan anda yang telah disahkan. Bagi warga asing, anda perlu membayar yuran Pembukaan Akaun dan menghantar dua (2) salinan pasport anda yang telah disahkan.

    Jika anda adalah pelabur korporat, anda perlulah:

    1. Melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan dua (2) Kad Tandatangan Spesimen.
    2. Hantarkan dokumen di atas dengan dua (2) salinan semua dokumen sokongan yang diperlukan (contohnya Sijil Pengkorportan, Resolusi Lembaga Pengarah dan sebagainya) bersama-sama dengan yuran Pembukaan Akaun.

    ADA anda kemudiannya akan membuka akaun CDS dan memberikan anda nombor akaun CDS. Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd akan menghantar kepada anda notis pengesahan pembukaan akaun melalui pos.

  • Bilakah saya perlu menjadikan akaun saya sebagai formal ?

    Jika anda telah memohon Tawaran Awam Permulaan tanpa akaun CDS sebelum Disember 2003 dan permohonan itu berjaya, Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd akan membuka akaun CDS bagi pihak anda melalui broker pilihan anda.

    Bursa Malaysia Depository akan memberitahu anda mengenai akaun itu, dan keperluan untuk menjadikan pembukaan akaun itu sebagai formal dengan menghantar dokumen yang relevan serta membayar yuran Pembukaan Akaun. Akaun itu tidak boleh digunakan sehinggalah semua formaliti ini telah dipatuhi.

  • Bagaimana saya hendak membuka akaun CDS jika saya tidak dapat hadir sendiri?

    Mengikut Peraturan 25.01 (1A) Peraturan Bursa Malaysia Depository, adalah mandatory bagi seseorang individu untuk hadir sendiri di ADA jika beliau berhasrat untuk membuka atau memformalkan akaun sekuritinya. Sekiranya beliau tidak dapat berbuat demikian, ADA, mengikut peraturan 5.02A (2) secara segera boleh mengetepikan keperluan untuk orang itu hadir. Sebaliknya ADA boleh membenarkan pelabur itu untuk menghantar borang pembukaan akaun yang relevan (yang boleh didapati di semua ADA) dan memberikan dokumen berkenaan untuk pengesahan di hadapan mana-mana pihak yang berikut yang diperlukan untuk menjadi saksi atau mengesahkan dokumen sokongan berkenaan:

    1. Wakil penjaga.
    2. Pegawai yang Sah bagi ADA.
    3. Pegawai yang Sah bagi Peniaga Dikecuali.
    4. Pegawai yang Sah bagi Kedutaan Malaysia / Konsulat Suruhanjaya Tinggi.
    5. Notari Awam. (jika Notari Awam tidak ada di negara pemohon, pegawai yang sah bagi syarikat pembrokeran atau peguam* bagi negara itu dibenarkan untuk membuat pengesahan.)
    6. Pihak lain yang diluluskan oleh Bursa Malaysia Depository.

    * seorang peguambela / peguamcara atau barister yang dilantik ke majlis Peguam yang diiktiraf di negara berkenaan.

  • Bolehkah saya membuka lebih daripada satu akaun CDS?
    Seorang pelabur individu dibenarkan membuka satu sahaja (1) akaun CDS dengan setiap ADA. Walau bagaimanapun, seorang pelabur korporat boleh membuka pelbagai akaun dengan ADA yang sama.
  • Boleh seorang penduduk tetap Malaysia memohon akaun CDS?
    Ya, mereka boleh berbuat sedemikian. Anda boleh merujuk S2 untuk maklumat lanjut.
Mengemas kini butir Akaun
  • Bagaimanakah saya boleh menukar maklumat perihal diri?

    Anda boleh menukar maklumat peribadi (nama, jenis pelabur, alamat berdaftar dan sebagainya) dan juga maklumat akaun (alamat surat-menyurat, pengesahan akaun dan nombor telefon).

    Apa yang perlu lakukan adalah melengkapkan borang Permohonan bagi Mengemaskini Maklumat Akaun dan menyerahkannya kepada ADA anda yang akan menyempurnakan perkara seterusnya.

  • Apa yang perlu saya buat jika saya mahu mengemaskini tandatangan saya?
    Sama ada anda adalah pelabur individu atau badan korporat, anda perlu menghantar surat rasmi yang menyatakan hasrat anda untuk mengemaskini tandatangan anda kepada ADA masing-masing.

    Pelabur individu yang berhasrat untuk berbuat sedemikian mestilah hadir di hadapan ADA, dengan membawa surat yang menyatakan secara rasmi hasrat untuk mengemaskini tandatangan anda.

    Surat berkenaan perlulah mengandungi perkara berikut:

    1. Nombor akaun CDS.
    2. Tandatangan lama dan baru.
    3. Tarikh kuatkuasa penggunaan tandatangan baru.

    Bagi pelabur korporat, satu surat yang ditandatangani oleh orang yang dilantik untuk mengendalikan akaun seperti yang dinyatakan dalam Resolusi Lembaga Pengarah syarikat berkenaan atau Resolusi Lembaga Pengarah yang baru mengenai pengemaskinian itu, hendaklah dihantar.

  • Mengapa notis tentang pengemaskinian atau maklumat yang berjaya dibuat di akaun CDS dihantar ke dua-dua alamat surat-menyurat dan alamat berdaftar?
    Bursa Malaysia Depository menghantar Notis sedemikian ke dua-dua alamat berdaftar dan surat-menyurat apabila kedua-dua alamat itu berbeza. Ini adalah satu daripada kaedah keselamatan CDS bagi mengelak sebarang kemaskini secara tidak sah dan untuk melindungi kepentingan pemegang akaun.
Penutupan Akaun
  • Bagaimana saya boleh menutup akaun CDS saya?
    Suatu akaun hanyalah boleh ditutup jika tiada transaksi / baki di dalam akaun. Anda boleh melengkapkan dan menghantar borang Permohonan bagi Penutupan Akaun atau menulis surat kepada ADA anda, dan menyatakan permohonan anda untuk menutup akaun CDS.
Penyata Akaun CDS
  • Bilakah saya akan menerima penyata akaun CDS?
    Anda akan menerima penyata akaun bulanan bagi bulan sebelumnya yang mempunyai kemasukan ke dalam akaun CDS. Walau bagaimanapun, apabila tiada kemasukan tetapi masih ada saham di dalam akaun CDS anda, Bursa Depository akan mengeluarkan penyata pada bulan Jun dan Disember.
  • Apakah itu kitaran penyata?

    Tempoh kitaran penyata adalah ditentukan oleh sistem yang bertujuan menjana penyata bagi akaun.

    Kitaran penyata bagi akaun pendeposit ditentukan sama ada pada hari ke-7, 14 atau 21 bagi setiap bulan. Akaun prinsipal dan nomini ADA ditetapkan pada hari ke-28 bagi setiap bulan.

  • Mengapa saham yang baru saya beli tidak dinyatakan di dalam penyata akaun terakhir saya?
    Jika tarikh penyelesaian jatuh pada tarikh kitaran penyata, transaksi itu akan dinyatakan dalam penyata akaun anda yang seterusnya.
  • Bagaimanakah saya boleh memohon untuk salinan penyata akaun yang lepas?

    Anda boleh memohon untuk mendapatkan salinan daripada ADA anda jika tarikh penyata tidak kurang dari satu (1) tahun daripada tarikh dapatan semula. ADA mungkin mengenakan caj bagi perkhidmatan ini.

    Jika tarikh penyata adalah lebih dari satu (1) tahun daripada tarikh dapatan semula, anda perlu memohon daripada Bursa Depository melalui surat rasmi. Caj akan dikenakan.

  • Apakah kemungkinan sebab-sebab kegagalan mendapatkan penyata akaun?

    Ia mungkin disebabkan keadaan berikut:

    1. Apabila alamat surat-menyurat pelabur tidak dikemaskini dengan ADA.
    2. Apabila akaun CDS belum diformalkan.
    3. Apabila tiada kemasukan debit atau kredit ke dalam akaun CDS, pada bulan berkenaan.
Pemindahan
  • Apakah had bagi permohonan saya untuk memulakan pemindahan?
    Berkuat kuasa 1 September 1998, sebarang permohonan pemindahan mestilah mengikut sebab-sebab pemindahan yang diluluskan, seperti yang dinyatakan oleh Bursa Malaysia Depository.
  • Bolehkah saya memulakan pemindahan bagi kaunter yang digantung daripada didagangkan?
    Ya, anda boleh, dengan syarat ia memenuhi sebab-sebab yang diluluskan.
  • Apakah perubahan yang dilakukan bagi proses pemindahan oleh Bursa Malaysia Depository pada 30 Disember 2002?

    Perubahan adalah seperti berikut:

    1. Pengenalan borang Permohonan Pemindahan Sekuriti yang menggabungkan ciri-ciri yang lebih mesra pengguna dan juga satu klausa deklarasi.

    2. Tempoh akhir bagi pendeposit untuk menghantar dokumen berkaitan pemindahan dengan ADA/ADM masing-masing telah dilanjutkan daripada 12 tengah hari kepada 3 petang.

    3. Sepuluh (10) sebab-sebab lepas telah diklasifikasi semula kepada dua (2) kategori.

      1. Tiada Perubahan kepada Pemilikan Benefisial

        Kategori bagi sebab yang diluluskan untuk pemindahan meliputi pemindahan yang disebabkan oleh tiada perubahan kepada pemilikan benefisial bagi sekuriti. Di bawah kategori sebab-sebab yang diluluskan untuk pemindahan ini, nama pemilik benefisial adalah telus dan sama pada kedua-dua akaun sekuriti bagi pihak yang memindahkan dan pihak yang dipindahkan, dan oleh itu, dokumen sokongan tidak diperlukan.

      2. Pemindahan dalam Pemilikan Benefisial

        Kategori sebab yang diluluskan bagi pemindahan ini meliputi senario seperti pemindahan berikutan Tawaran Am, pemindahan antara ahli keluarga, pemindahan yang disebabkan oleh ikrar oleh sekuriti, pemindahan melibatkan Pihak Berkuasa Kerajaan dan pemindahan yang memerlukan kelulusan awal daripada Bursa Malaysia Depository. Kecuali pemindahan meibatkan Pihak Berkuasa Kerajaan, sebab diluluskan yang lain bagi kategori ini memerlukan dokumen sokongan.

  • Bolehkan saya masih menggunakan borang pemindahan lama untuk memlukan permohonan pemindahan sekuriti?
    Tidak. Adalah mandatori bagi semua permohonan pemindahan sekuriti yang dilaksanakan oleh pihak yang memindahkan selepas 30 Disember 2002, untuk memasukkan klausa deklarasi yang di pra-cetak di atas borang permohonan pemindahan yang baru.
  • Mengenai pemindahan akaun CDS antara ahli keluarga, apakah senario atau hubungan yang dibenarkan oleh Bursa Malaysia Depository?

    Bursa Malaysia Depository hanya membenarkan pemindahan antara pihak yang memindahkan (orang yang memulakan pemindahan) dan pihak yang dipindahkan (orang yang menerima sekuriti yang dipindahkan), yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat. Berikut adalah hubungan yang dibenarkan:

    1. Ibu bapa
    2. Anak/Anak angkat
    3. Pasangan sah
    4. Abang/Adik lelaki
    5. Kakak/Adik perempuan
    6. Datuk & Nenek
    7. Cucu

    Pendeposit individu juga boleh membuat pemindahan sekuriti daripada akaun CDS mereka yang dipegang secara terus atas nama pendeposit individu atau akaun penama yang dipegang oleh Penama Sah (iaitu pendeposit individu dinyatakan sebagai pemilik benefisial) kepada akaun CDS yang dipegang secara terus atas nama ahli keluarga mereka. Mereka perlu menyertakan dokumen sokongan yang berkaitan apabila memulakan pemindahan berkenaan.

    Walau bagaimanapun, pemindahan sekuriti daripada Akaun Sekuriti yang Diikrar pendeposit secara terus kepada akaun CDS ahli keluarga tidak dibenarkan.

  • Bilakah pemindahan sekuriti akan ditunjukkan di dalam akaun CDS?
    Sebaik sahaja pihak membuat pemindahan menghantar borang Permohonan Pemindahan Sekuriti yang lengkap kepada ADAnya, ADA berkenaan akan mengesahkan semua dokumentasi untuk memastikan ia teratur dan kemudian memasukkan maklumat berkenaan ke dalam CDS. Selepas kejayaan pelaksanaan permohonan pemindahan dalam CDS, akaun CDS pihak yang membuat pemindahan akan didebit dan akaun CDS pihak yang menerima pemindahan akan dikredit secara serta-merta.
Pertanyaan Baki Akaun
  • Bolehkah saya masih mengekalkan baki akaun jika saya tidak berhasrat untuk membayar bagi penyata ad hoc?
    Ya, anda boleh dengan melengkapkan borang Permohonan Pertanyaan Baki yang boleh didapati daripada ADA anda. Anda akan diberi baki akaun CDS terkini tanpa maklumat terperinci transaksi.
  • Bolehkah wakil peniaga saya mempunyai akses kepada baki akaun saya?
    Menurut peraturan Bursa Malaysia Depository, anda boleh memberi kebenaran kepada wakil peniaga anda untuk membuat pertanyaan tentang baki akaun CDS anda bagi tempoh tertentu atau tidak, melainkan anda membatalkannya terlebih dahulu.
  • Bolehkah saya bertanya tentang baki saham daripada syarikat pembrokeran saya melalui telefon?
    Bagi melindungi kerahsiaan dan keselamatan akaun CDS anda, anda tidak digalakkan untuk mengesahkan baki saham dengan ADA melalui telefon. Sebaliknya anda perlu melengkapkan dan menghantar borang Permohonan Pertanyaan Baki kepada ADA anda, di mana tandatangan atau penandatangan yang anda sahkan akan dikenal pasti.
Tindakan Korporat
  • Bolehkah saya menggunakan akaun penama yang diberi kuasa untuk memohon IPO?
    Tidak. Akaun penama sah ini dibuka oleh syarikat penama ADA dan secara efektifnya dimiliki dan diusahakan oleh ADA bagi pihak pelanggannya. Jika anda adalah pemohon individu IPO, anda mestilah menggunakan akaun CDS individu. Akaun margin juga tidak dibenarkan penggunaannya ketika memohon IPO.
  • Bolehkah saya menggunakan akaun penama yang sah untuk memohon IPO?

    Apabila satu tindakan korporat diumumkan oleh penerbit yang relevan, Bursa Malaysia Depository akan menyediakan Rekod Pendeposit (ROD) mengikut tarikh pengemukaan tindakan korporat kepada Penerbit atau Pendaftar Saham bagi Syarikat. ROD terdiri daripada maklumat tentang pemegang akaun CDS dan bilangan saham yang dikredit pada tarikh pengemukaan.

    Berdasarkan maklumat ini, penerbit akan menentukan hak bagi setiap pemegang saham dan mengarahkan Bursa Malaysia Depository untuk mengkreditkan akaun CDS berkenaan dengan jumlah saham yang sesuai.

  • Bilakah akaun CDS saya akan dikreditkan dengan sekuriti yang didapati daripada tindakan korporat, contohnya Terbitan Hak, Terbitan Bonus dan sebagainya?
    Sekuriti-sekuriti ini akan dikreditkan ke akaun CDS anda pada petang sebelum penyenaraian sekuriti sandaran di Bursa Saham atau pada mana-mana tarikh seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa berkenaan.
  • Bolehkah saya memohon sekuriti sandaran yang sepatutnya saya peroleh, berikutan pelaksanaan tindakan korporat untuk diterbitkan dalam bentuk sijil?
    Tidak. Di bawah Seksyen 38 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (Pindaan 1998), sekuriti yang patut diberikan kepada anda berikutan apa-apa tindakan korporat akan dikredit ke akaun CDS anda. Tidak ada sijil fizikal yang akan diterbitkan.
Akaun Dorman
  • Apa itu akaun dorman?
    Sebuah akaun ditetapkan sebagai dorman apabila terdapat baki sifar di dalam akaun dan tidak ada debit atau kemasukan kredit ke akaun pendeposit dalam 36 bulan selepas tarikh baki sifar.
  • Bagaimanakah Bursa Malaysia Depository menetapkan sesuatu akaun sebagai dorman?
    Bursa Malaysia Depository sentiasa berusaha untuk meningkatkan sekuriti akaun CDS anda. Dengan menetapkan akaun tertentu sebagai dorman akan menghadkan transaksi yang tidak sah.
  • Apakah kesan akaun saya yang tidak aktif?
    Apabila akaun anda ditetapkan sebagai dorman, anda tidak boleh menggunakan akaun itu untuk melakukan apa-apa transaksi CDS di bawah Peraturan Bursa Malaysia Depository. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan akaun dorman dalam permohonan anda untuk Tawaran Awam Permulaan (IPO) dan tindakan korporat. Anda tidak akan menerima apa-apa Penyata Akaun sehingga akaun anda diaktifkan semula.
  • Bolehkah akaun dorman saya digunakan untuk memohon IPO atau tindakan korporat?
    Ya, anda boleh menggunakan akaun dorman untuk memohon IPO. Begitu juga bagi tidakan korporat. Walau bagaimanapun, status akaun anda akan kekal dorman sehingga anda mengaktifkannya semula.
  • Adakah saya akan dimaklumkan sebelum akaun CDS saya ditetapkan sebagai tidak aktif?
    Ya, satu bulan sebelum sesuatu akaun ditetapkan sebagai berstatus dorman, Bursa Malaysia Depository akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan anda.
  • Apabila saya menerima notis, apakah langkah yanh boleh saya ambil untuk mencegah akaun saya daripada menjadi aktif?
    Untuk memastikan akaun anda keka aktif, anda boleh melakukan apa-apa transaksi CDS yang melibatkan debit atau kemasukan buku kredit ke akaun anda, sebelum tarikh dorman berkuat kuasa.
  • Adakah saya akan dimaklumkan sekali lagi jika akaun CDS saya telah ditetapkan sebagai tidak aktif?
    Tidak, Bursa Malaysia Depository hanya akan menghantar notis sebanyak satu kali iaitu satu (1) bulan sebelum tarikh dorman berkuat kuasa.
  • Jika akaun CDS saya dorman, bolehkah saya memohon untuk mengemaskini maklumat saya?
    Ya, anda boleh mengemaskini maklumat di dalam akaun CDS anda dengan melengkapkan borang Permohonan bagi mengemaskini Maklumat Akaun dan menghantarnya kepada ADA di mana akaun ada dijaga.
  • Bagaimanakah saya mengaktifkan semula akaun dorman saya?
    Bagi mengaktifkan semula akaun anda, anda perlu menghantar permohonan bertulis ataupun melengkapkan borang Permohonan bagi Mengaktifkan Semula Akaun CDS dengan dokumen sokongan (jika ada) kepada ADA di mana akaun dorman anda dijaga.
  • Perlukah saya hadir di ADA untuk mengaktifkan semula akaun dorman saya?
    Tidak, anda tidak perlu hadir.
Akaun Tidak Aktif
  • Apakah yang dimaksudkan dengan akaun yang tidak aktif?
    Suatu akaun dikatakan tidak aktif apabila terdapat sekuriti yang didepositkan ke dalam akaun tetapi tidak ada debit atau kemasukan kredit di dalam akaun pendeposit bagi sekurang-kurangnya 36 bulan berturut-turut dari tarikh kemasukan akhir dibuat.
  • Mengapa Bursa Malaysia Depository menetapkan sesuatu akaun sebagai tidak aktif?
    Bursa Malaysia Depository sentiasa berusaha meningkatkan keselamatan akaun CDS anda. Dengan menetapkan sesuatu akaun sebagai tidak aktif akan menghadkan transaksi yang tidak sah.
  • Apakah kesan daripada akaun saya tidak aktif?
    Apabila akaun anda ditetapkan sebagai tidak aktif, anda boleh terus melakukan apa-apa bentuk transaksi CDS yang boleh didapati oleh pendeposit kecuali pemindahan keluar dan aktiviti dagangan.
  • Apa yang akan terjadi kepada sekuriti yang dipegang di dalam akaun CDS saya selepas ia ditetapkan sebagai tidak aktif?
    Sekuriti anda akan kekal di dalam akaun CDS anda selepas akaun ditetapkan sebagai tidak aktif.
  • Bolehkah saya terus menggunakan akaun tidak aktif untuk memohon IPO atau tindakan korporat?
    Ya, anda boleh menggunakan akaun tidak aktif untuk memohon IPO. Begitu juga bagi tindakan korporat. Walau bagaimanapun, status akaun anda kekal sama.
  • Adakah saya akan menerima apa-apa penyata akaun selepas akaun CDS yang dianggap tidak aktif?
    Ya, Bursa Malaysia Depository akan terus menghantar Penyata Akaun pada separuh tahun selepas akaun anda ditetapkan sebagai tidak aktif.
  • Adakah saya akan menerima kelayakan seperti Dividen atau Terbitan Bonus selepas akaun CDS saya ditetapkan sebagai tidak aktif?
    Ya, jika anda layak menerima apa-apa kelayakan, sekuriti berkenaan akan dikreditkan ke dalam akaun tidak aktif anda.
  • Adakah saya akan dimaklumkan sebelum akaun CDS saya ditetapkan sebagai tidak aktif?
    Ya, sebulan sebelum akaun ditetapkan sebagai berstatus tidak aktif, Bursa Malaysia Depository akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan anda perkara berkenaan.
  • Apabila saya menerima notis, apakah langkah yang perlu diambil untuk mencegah akaun saya daripada dianggap sebagai tidak aktif?
    Penetapan sesuatu akaun sebagai berstatus tidak aktif adalah bagi memberikan keselamatan dan perlindungan tambahan kepada pelabur jangka panjang. Walau bagaimanapun, jika anda berhasrat untuk menjadikan akaun anda kekal aktif, ia akan aktif selagi terdapat debit ataupun kemasukan kredit ke dalam akaun anda, sebelum tarikh ketidakaktifan dinyatakan di dalam notis yang dihantar kepada anda.
  • Adakah saya akan dimaklumkan lagi tentang akaun CDS yang telah ditetapkan sebagai tidak aktif?
    Tidak, Bursa Malaysia Depository hanya akan menghantar notis sebanyak satu kali iaitu satu (1) bulan sebelum tarikh ketidakaktifan. Walau bagaimanapun, Penyata Akaun separuh tahun yang dihantar oleh Bursa Malaysia Depository akan menunjukkan status akaun anda sebagai tidak aktif.
  • Jika akaun CDS saya dianggap tidak aktif, bolehkah saya memohon mengemaskini maklumat saya?
    Ya, anda boleh mengemaskini maklumat di dalam akaun CDS anda dengan melengkapkan borang Permohonan bagi Mengemaskini Maklumat Akaun dan menghantarnya ke ADA anda di mana akaun tidak aktif itu dijaga.
  • Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan semula akaun saya?
    Untuk mengaktifkan semula akaun, anda perlu menghantar permohonan bertulis atau borang Permohonan bagi Pengaktifan Semula yang telah dilengkapkan kepada ADA di mana akaun tidak aktif anda dijaga.
  • Perlukah saya hadir di ADA untuk mengaktifkan semula akaun saya?
    Tidak, anda tidak perlu hadir.
  • Berapa lama masa diperlukan untuk mengaktifkan semula akaun tidak aktif saya?
    Akaun tidak aktif anda akan diaktifkan semula dalam masa dua (2) hari daripada tarikh permohonan.
  • Adakah terdapat bayaran untuk pengaktifan semula?
    Tidak, tiada yuran dikenakan.
  • Adakah saya akan dimaklumkan selepas akaun CDS saya diaktifkan semula?
    Ya, selepas akaun CDS anda telah berjaya diaktifkan semula, Bursa Malaysia Depository akan menghantar notis untuk memaklumkan anda.
Pengeluaran
  • Adakah terdapat pengecualian kepada larangan bagi pengeluaran, sejak penubuhannya pada 1 September 1998?

    Seorang pendeposit tidak boleh mengeluarkan sekuriti yang didepositkan daripada simpanan Depositori Pusat kecuali dalam keadaan berikut:

    1. Untuk membolehkan belian balik saham.
    2. Untuk membolehkan penukaran sekuriti hutang.
    3. Untuk membolehkan proses penstrukturan semula syarikat.
    4. Untuk membolehkan pembetulan kesilapan.
    5. Apabila badan korporat dikeluarkan daripada senarai rasmi bursa saham.
    6. Dalam apa-apa keadaan lain yang ditentukan oleh Depositori Pusat dari semasa ke semasa, selepas mendapat nasihat Suruhanjaya Sekuriti.
Permohonan Saham Elektronik (ESA)
  • Apa itu Permohonan Saham Elektronik (ESA)?

    Permohonan Saham Elektronik (ESA) adalah kemudahan yang membolehkan permohonan Tawaran Awam Permulaan (IPO) melalui Mesin ATM bagi institusi kewangan yang mengambil bahagian. Kemudahan ini disediakan oleh MIDF Corporate & Consultancy Services Sdn Bhd (MIDFCCS) dan Rumah Terbitan (IH), seperti Malaysian Issuing House Sdn Bhd.

    Kesimpulannya, ESA adalah kaedah untuk memohon IPO secara tanpa kertas.

  • Institusi kewangan manakah yang menyediakan kemudahan ESA?

    Ia disediakan oleh institusi kewangan yang membuat formulasi tentang pengendalian proses IPO dengan Rumah Terbitan. Dalam konteks ESA, institusi-institusi kewangan berkenaan biasanya dikenali sebagai Institusi Kewangan yang Mengambil Bahagian (PFI), iaitu:

    1. Affin Bank Berhad
    2. Ambank (M) Berhad
    3. CIMB Bank Berhad
    4. HSBC Bank Malaysia Berhad
    5. Malayan Banking Berhad
    6. Public Bank Berhad
    7. RHB Bank Berhad
    8. Standard Charted Bank Malaysia Berhad (cawangan tertentu)
  • Apakah pra-syarat untuk pemohon IPO menggunakan ESA?

    Apa yang anda perlukan adalah:

    1. Satu akaun perbankan dan kad ATM yang sah dengan PFI.
    2. Sebuah akaun CDS di bawah nama pemohon secara langsung, yang dibuka dengan mana-mana Agen Depositori Sah Bursa Malaysia Depository (contohnya syarikat pembrokeran).
  • Apakah syarat-syarat yang mengawal operasi ESA?
    PFI yang berkenaan akan menetapkan prosedur dan arahan tentang penggunaan kemudahan ESA, Begitu juga, Terma dan Syarat ESA boleh didapati dalam prospektus yang diterbitkan oleh Pihak yang Menawarkan IPO.
  • Bagaimanakah saya menggunakan kemudahan ESA?
    Setiap PFI mungkin mempunyai prosedur berbeza mengenai penggunaan kemudahan ESA melalui ATMnya. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merujuk dengan PFI berkenaan tentang prosedur lengkap tentang penggunaan kemudahan ESA bagi permohonan IPO.
  • Bagaimanakah kemudahan ESA berfungsi semasa IPO?
    Secara ringkasnya, pemohon IPO akan memohon bagi IPO tertentu dengan memasukkan maklumat terperinci melalui ATM PFI. Apabila maklumat telah berjaya dimasukkan, akaun perbankan pemohon akan didebit ke atas jumlah yang sepatutnya. PFI akan mengumpul semak semua permohonan ESA bagi pemegang akaunnya dan memajukannya kepada Rumah Terbitan yang berkenaan bagi pemprosesan dan pengundian.
  • Apakah yang akan berlaku jika permohonan IPO melalui ESA berjaya?
    Apabila proses pengundian telah selesai, akaun CDS bagi pemohon yang berjaya akan dikredit dengan jumlah saham yang diperuntukan. Pemohon juga akan menerima Notis Peruntukan daripada IH yang mengesahkan kuantiti saham yang akan dikreditkan ke dalam akaun CDSnya.
  • Apakah yang akan berlaku jika permohonan IPO melalui ESA tidak berjaya?
    Apabila proses pengundian telah selesai, IH akan mengeluarkan arahan kepada PFI berkenaan kepada semua pemegang akaunnya yang tidak berjaya dalam permohonan. Setelah menerima arahan daripada IH, PFI akan mengkreditkan jumlah yang sepatutnya kembali ke dalam akaun perbankan pemohon yang tidak berjaya.
  • Nota:Soalan Lazim tentang kemudahan ESA di atas hanya bertujuan memberi gambaran ringkas kepada pemohon IPO tentang kemudahan ESA. Prosedur dan garispanduan yang mengawal operasi kemudahan ESA mungkin berbeza dari satu PFI ke PFI yang lain. Sekiranya terdapat kemusykilan, pemohon digalakkan untuk mendapatkan penjelasan tentang penggunaan kemudahan ESA secara langsung daripada PFI atau Rumah Terbitan yang berkenaan.

Penghantaran Hak Milik
  • Siapa yang dibenarkan untuk berurusan dengan Bursa Malaysia Depository berkaitan dengan akaun CDS bagi pendeposit yang telah meninggal dunia?

    Bursa Malaysia Depository hanya boleh berurusan dengan wakil peribadi dari segi pertanyaan baki, penutupan akaun, dan pemindahan sekuriti:

    1. Benefisiari yang dinamakan dalam Pesanan Pengagihan.
    2. Pelaksana / Pentadbir dilantik mengikut Geran Representasi.
  • Bolehkah akaun CDS pendeposit yang telah meninggal dunia digantung, jika mahu?

    Ya, keluarga terdekat pendeposit yang telah meninggal dunia boleh menggantung akaun CDS dengan menjalankan prosedur berikut:

    1. Memaklumkan kepada Bursa Malaysia Depository secara bertulis, tentang kematian pendeposit.

    2. Menghantar dokumen berikut kepada Bursa Malaysia Depository:

      1. Borang Permohonan Penggantungan / Pelepasan Penggantungan Sekuriti.
      2. Salinan sijil kematian yang telah disahkan.
      3. Salinan Kad Pengenalan keluarga terdekat yang telah disahkan.
      4. Salinan sijil perkahwinan / sijil beranak keluarga terdekat untuk membuktikan hubungan kekeluargaan dengan simati.

    Borang berkenaan mestilah disempurnakan sebelum Notari Awam / Peguam bela & Peguam cara / mana-mana pegawai CDS bagi ADA di Malaysia. Dokumen yang dinyatakan di atas mestilah dibuat salinan sah oleh saksi yang sama yang turut menjadi saksi kepada borang berkenaan.

  • Apakah prosedur bagi pemindahan sekuriti bagi kes pendeposit yang telah meninggal dunia?

    Prosedurnya adalah seperti berikut:

    1. Selepas pengekstrakan Geran Representasi (GOP), Surat Pentadbiran (LA) atau Pesanan Pengagihan, pemindahan sekuriti daripada akaun pendeposit yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh pelaksana / pentadbir yang dilantik mengikut GOP atau benefisiari yang dinamakan dalam Pesanan Pengagihan, yang mestilah hadir sendiri di hadapan pegawai Bursa Malaysia Depository untuk melaksanakan borang pemindahan berkenaan.

      Sila maklum bahawa GOP / LA yang diperoleh daripada negara lain mestilah dimeterai semula di Mahkamah Tinggi di Malaysia.

    2. Hantarkan dokumen berkenaan kepada Bursa Malaysia Depository untuk pengesahan:

      1. Salinan sijil kematian yang telah dimatikan.
      2. Sijil sebenar ataupun salinan yang telah disahkan GOP / LA / Pesanan Pengagihan.
      3. Sijil sebenar atau Salinan yang telah disahkan Kad Pengenalan pelaksana / pentadbir atau benefisiari yang dinamakan dalam Pesanan Pengagihan.
    3. Membayar yuran pemindahan sebanyak RM10 dan yuran pemprosesan sebanyak RM50.

  • Bagaimana jika pelaksana / pentadbir / benefisiari tidak dapat hadir di Bursa Malaysia Depository?
    Sekiranya pelaksana / pentadbir / benefisiari tidak dapat hadir di Bursa Malaysia Depository, mereka boleh menulis kepada Bursa Malaysia Depository bagi pengecualian kehadiran mereka di Bursa Malaysia Depository dan menyatakan nama ADA di mana mereka mahu melaksanakan borang berkenaan. Dokumen-dokumen seperti Q3 juga mesti dihantar bersama-sama dengan surat berkenaan.
  • Bagaimana jika pelaksana / pentadbir / benefisiari menetap di luar Malaysia?
    Sekiranya pelaksana / pentadbir / benefisiari menetap di luar Malaysia, mereka bolehlah menulis kepada Bursa Malaysia Depository bagi pengecualian kehadiran mereka di Bursa Malaysia Depository. Dokumen-dokumen seperti Q3 juga mesti dihantar bersama-sama dengan surat berkenaan bagi dilaksanakan sebelum Notari Awam.
Sekuriti Dinyahsenarai
Bagi Pendeposit
  • Apakah yang akan berlaku kepada sekuriti yang dinyahsenarai dalam akaun CDS?
    Sekuriti yang dinyahsenarai dalam akaun CDS anda akan terus dideposit dengan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd.
  • Bolehkah saya menyimpan sekuriti yang dinyahsenarai di dalam akaun CDS saya?
    Ya, anda boleh berbuat sedemikian.
  • Apakah kelebihan menyimpan sekuriti yang dinyahsenarai di dalam akaun CDS saya?
    Sekuriti anda disimpan dengan selamat oleh Bursa Malaysia Depository dan oleh itu, mengelak keperluan untuk mengendalikan sijil fizikal dan kemungkinan tersalah letak. Selain itu, anda juga boleh terus menikmati semua kemudahan CDS yang diberikan oleh Bursa Malaysia Depository kepada pemegang akaunnya.
  • Adakah saya akan dikenakan apa-apa yuran jika saya mengekalkan sekuriti dinyahsenarai di dalam akaun CDS saya?
    Pada masa ini, anda tidak tertakluk kepada apa-apa yuran bagi mengekalkan sekuriti dinyahsenarai di dalam akaun CDS anda.
  • Adakah saya dibenarkan untuk mendagangkan sekuriti dinyahsenarai di bursa saham?
    Tidak, anda tidak dibenarkan untuk mendagangkan sekuriti yang telah dinyahsenarai daripada Bursa Saham.
  • Adakah sekuriti yang telah dinyahsenarai di dalam akaun CDS saya masih dipaparkan dalam penyata akaun CDS?
    Ya, ia akan dipaparkan.
  • Adakah saya akan terus menerima penyata akaun CDS saya jika ia mengandungi hanya sekuriti dinyahsenarai?
    Ya, anda akan terus menerima penyata akaun CDS pada setiap setengah tahun.
  • Adakah status akaun tidak aktif terpakai kepada akaun CDS yang hanya memegang sekuriti dinyahsenarai?
    Ya, suatu akaun CDS yang hanya memegang sekuriti dinyahsenarai akan ditetapkan sebagai tidak aktif jika tiada aktiviti CDS bagi 36 bulan berturut-turut.
  • Adakah saya dibenarkan untuk memindahkan sekuriti dinyahsenarai?
    Ya, anda boleh memindahkan sekuriti dinyahsenarai ke akaun CDS lain dengan menghantar Borang Permohonan Pemindahan Sekuriti (FTF010) yang telah dilengkapkan kepada Agen Depositori Disahkan (ADA) anda, di mana akaun CDS anda yang memegang sekuriti dinyahsenarai dikekalkan.
  • Adakah pemindahan sekuriti dinyahsenarai tertakluk kepada sebab-sebab kelulusan Bursa Malaysia Depository bagi pemindahan?
    Tidak, sebab-sebab diluluskan bagi pemindahan hanya terpakai kepada sekuriti disenaraikan. Sekuriti dinyahsenarai tidak tertakluk kepada syarat ini.
  • Adakah saya dibenarkan untuk mengeluarkan sekuriti dinyahsenarai daripada akaun CDS saya?
    Ya, anda boleh.
  • Bagaimanakah saya mengeluarkan sekuriti dinyahsenarai?

    Untuk membuat pengeluaran, anda perlu berbuat perkara berikut:

    1. Melengkapkan dan menghantar boran Permohonan Pengeluaran Sekuriti (FWT010).
    2. Melengkapkan Borang Pemindahan Sekuriti (Borang 32A) dengan melekatkan duti setem yang mencukupi.
    3. Menghantar borang FWT010, Borang 32A dan yuran pengeluaran yang secukupnya kepada ADA yang menjaga akaun CDS untuk pemprosesan seterusnya.
  • Di manakah saya boleh mendapatkan Borang FWT010 dan Borang 32A?
    Anda boleh mendapatkan kedua-dua borang daripada ADA anda.
  • Berapakah kos untuk mengeluarkan sekuriti dinyahsenarai?
    Pada masa ini, yuran pengeluaran adalah RM15 setiap 1000 sekuriti atau sebahagian daripadanya. Selain itu, terdapat juga caj duti setem bagi melaksanakan Borang 32A. Duti setem akan dicaj mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Akta Setem 1949.
  • Adakah saya akan berhak kepada tindakan korporat yang diumumkan oleh syarikat dinyahsenarai di masa hadapan?
    Kelayakan anda sebagai pemegang saham akan ditentukan oleh Penerbit.
  • Apakah yang akan terjadi kepada sekuriti dinyahsenarai yang diikat kepada bank?
    Ia bergantung pada aturan anda dengan bank. Oleh itu, anda perlu mendapatkan nasihat mereka mengenai perkara ini.
  • Apakah yang akan terjadi kepada sekuriti saya yang tidak dituntut jika Jabatan Akauntan Negara meluluskan tuntutan saya selepas tarikh nyahsenarai?
    Dalam hal ini, Bursa Malaysia Depository akan menurut arahan pengawalselia berkenaan.
Untuk Pengeluar
  • Bolehkah kami memohon mendapatkan Rekod Pendeposit (ROD)?
    Ya, anda boleh berbuat sedemikian. Bursa Malaysia Depository akan terus mengeluarkan ROD setelah menerima permohonan rasmi sama ada daripada Penerbit atau Pendaftar Saham. Ia tertakluk kepada pemohon yang membayar yuran ROD yang sepatutnya.
  • Adakah kami akan dikenakan apa-apa yuran jika kami mengekalkan sekuriti syarikat kami dalam CDS?
    Amalan sedia ada akan diteruskan.
Mengenai Kami Info Pasaran Dagangan Penyenaraian Peraturan Rujukan
Bursa Marketplace Bursa Link LFX [email protected] Bursa SUSTAIN Bursa Academy
Terma-terma dan Syarat-Syarat Penggunaan, Penolakan tuntutan dan Polisi Pautan Notis Data Peribadi Peta Laman Website FAQs
Perhubungan Pusat Bantuan
RSS Feeds

Subscribe to our RSS feeds and get the latest Bursa Malaysia news delivered directly to your desktop. Click on the orange RSS button to go to the Subscribe page.

You will need to install the RSS plugin to subscribe to the RSS Feeds.

Subscribe
Media Releases Subscribe
Investor Relations
  • Newsroom
Subscribe
Bursa Malaysia Listing Requirements
  • Main Market
  • ACE Market
Subscribe
Initial Public Offering Subscribe
Copyright © 2021 Bursa Malaysia Berhad 197601004668 (30632-P). All rights reserved.
Top