Pendekatan Kawal Selia/Falsafah
Prinsip Kawal Selia
Kami berpandukan prinsip kawal selia yang berikut untuk mencapai sasaran kawal selia dan memastikan pendekatan yang konsisten dan menyeluruh terhadap tindakan dan keputusan yang diambil. Prinsip-prinsip ini diterapkan dalam rangka kerja Bursa Malaysia. Prinsip kawal selia ini akan memastikan kesamaan kawal selia dalam semua segmen pihak yang dikawal selia,serta keberkesanan kawal selia pada keseluruhannya.
Prinsip-prinsipnya adalah seperti berikut:-
-
Peraturan dan Syarat yang jelas dan mudah diakses
-
Peraturan tidak lebih daripada yang diperlukan
- Keseimbangan antara keperluan peraturan dan kecekapan perniagaan
- Memastikan kos dan beban pematuhan kawal selia seimbang dengan manfaatnya
-
Pendekatan berasaskan prinsip yang perlu
- Bergerak ke arah pendekatan peraturan berasaskan prinsip,yang bersesuaian, dan menyediakan panduan yang diperlukan
-
Fokus kepada hasil
- Menyasarkan hasil menerusi langkah atau keputusan kawal selia berbanding hanya pematuhan peraturan
- Menggunakan budi bicara untuk mengubah atau mengecualikan peraturan, asas peraturan masih boleh dicapai, dan perniagaan boleh dibantu tanpa menjejaskan pemegang saham yang lain atau beban pematuhan melebih manfaatnya
- Sentiasa berpandukan objektif kawal selia dan tujuan kawal selia sedia ada
- Menimbangkan impak langkah kawal selia atau keputusan sebelum dan selepas mengambil setiap tindakan atau keputusan
-
Inovatif dan Berdaya Saing
- Memudahkan inovasi, sebagai contoh, dengan mengelakkan halangan tidak munasabah terhadap mereka yang dikawal selia
- Mengekalkan kedudukan berdaya saing Bursa Malaysia sebagai bursa bersepadu
-
Pendekatan Berasaskan Risiko
- Penekanan terhadap penyeliaan berasaskan risiko berbanding peraturan mencakupi semua
- Membantu mengenal pasti masalah, isu dan aliran dengan lebih awal, membolehkan langkah segera untuk mengatasinya
-
Pendekatan berasaskan nilai
- Melaksanakan peraturan yang ditetapkan tanpa gentar dan pilih kasih
- Bertindak secara profesional, berintergriti dan adil
- Menggunakan kuasa dan budi bicara secara konsisten dengan mengambil kira fakta setiap kes dan pandangan yang berbeza
- Bertindak segera dan proaktif
-
Ketelusan
- Menjadikan pendekatan dan proses kami lebih telus
- Berkomunikasi dengan jelas dan efektif tentang apa yang kami dilakukan
-
Menurut tanda aras dan bekerjasama pada peringkat global
- Melihat dan mengikut tanda aras standard antarabangsa dan amalan terbaik
- Mencipta dan mengekalkan hubungan rapat dengan kedua-dua pengawal selia domestik dan asing
-
Pendekatan Rundingan
- Mengambil pendekatan rundingan dan mendapatkan pendapat peserta industri, pemegang kepentingan lain dan orang awam
- Berinteraksi dan bekerjasama dengan pemegang saham