Produk
Niaga Hadapan Minyak Kacang Soya Bursa Malaysia DCE (FSOY)
Kontrak Niaga Hadapan Minyak Kacang Soya Bursa Malaysia DCE (FSOY) ialah kontrak niaga hadapan yang dilesenkan daripada Dalian Commodity Exchange (DCE), yang mana harga penyelesaian akhir kontrak Niaga Hadapan Minyak Kacang Soya DCE digunakan sebagai asas untuk mengira harga penyelesaian akhir FSOY dalam Dolar AS.
Minyak kacang soya ialah minyak sayuran kedua tertinggi dari segi penggunaan selepas minyak sawit. Ia merupakan hasil sampingan daripada proses melumatkan kacang soya bagi menghasilkan tepung kacang soya dan minyak kacang soya. Digunakan terutamanya untuk kegunaan manusia, minyak kacang soya yang diproses juga digunakan sebagai bahan mentah untuk pengeluaran biodiesel. China kini merupakan pengguna terbesar minyak kacang soya dan pengimport utama kacang soya.
Spesifikasi Kontrak | |
---|---|
Kod Kontrak | FSOY |
Instrumen Pendasar | Minyak Kacang Soya Mentah (Piawai Kualiti mengikut Kontrak Niaga Hadapan Minyak Kacang Soya Perdagangan Komoditi Dalian (“DCE”) (“Kontrak Niaga Hadapan Minyak Kacang Soya DCE”) |
Unit Kontrak | 25 metrik ton (25,000 kilogram) |
Turun Naik Harga | USD 0.25 per metrik ton |
Had Harga Harian | 1. Kecuali untuk perdagangan dalam bulan terkini, perdagangan Kontrak dalam mana-mana bulan kontrak tidak boleh dilakukan, semasa Hari Perniagaan, pada harga yang berbeza lebih daripada peratusan yang ditetapkan di atas atau di bawah harga penyelesaian Hari Perniagaan sebelumnya (“Had Harga”), seperti yang ditentukan oleh Bursa. 2. Bagi tujuan perenggan (1) di atas, had harga (dalam peratusan) Kontrak Niaga Hadapan Minyak Kacang Soya DCE akan digunakan untuk mengira Had Harga, kecuali jika Bursa menentukan sebaliknya disebabkan oleh keadaan pasaran. |
Bulan Kontrak | Januari, Mac, Mei, Julai, Ogos, September, November, Disember |
Waktu Dagangan | Isnin hingga Jumaat (Waktu Malaysia) • Sesi dagangan pagi: Jam 0900 - 1230 Isnin hingga Khamis (Waktu Malaysia) • Sesi dagangan selepas waktu dagangan (T+1): Jam 2100 - 2330 |
Hari Dagangan Terakhir | 1. Hari ke-10 perdagangan DCE dalam bulan penghantaran. 2. Jika hari ke-10 perdagangan DCE jatuh pada hari yang bukan Hari Perniagaan, Hari Perdagangan Terakhir akan berlaku pada Hari Perniagaan yang terdahulu sebelum hari ke-10 perdagangan DCE. 3. Pertukaran dalam bulan terkini berakhir pada pukul 1500 (waktu Malaysia) pada Hari Perdagangan Terakhir. |
Kaedah Penyelesaian | Penyelesaian tunai berdasarkan nilai penyelesaian akhir. |
Harga Penyelesaian Akhir dan Penyelesaian Kontrak |
1. Nilai penyelesaian akhir akan dikira menggunakan harga penyelesaian penghantaran satu kali Kontrak Niaga Hadapan Minyak Kacang Soya DCE pada hari ke-10 perdagangan DCE dalam bulan penghantaran, yang disesuaikan untuk penukaran dari Renminbi (“CNY”) ke USD yang dibulatkan kepada USD 0.25. 2. Pengiraan nilai penyelesaian akhir akan berdasarkan Kadar Pariti Pusat CNY untuk USD/CNY pada pukul 0915 (waktu Malaysia) pada hari ke-10 perdagangan DCE dalam bulan penghantaran, yang diterbitkan oleh Bank Rakyat China seperti yang tertera pada pautan di bawah ini: 3. Kontrak akan diselesaikan pada hari ke-10 perdagangan DCE dalam bulan penghantaran. 4. Jika hari ke-10 perdagangan DCE dalam bulan penghantaran jatuh pada hari yang bukan Hari Perniagaan, Kontrak akan diselesaikan pada Hari Perniagaan yang terus mengikut hari ke-10 perdagangan DCE dalam bulan penghantaran. |
Mengapa berdagang FSOY? |
---|
- Akses Global
FSOY didagangkan secara elektronik di CME GLOBEX®, sebuah platform dagangan elektronik global. Mengakses CME GLOBEX® adalah mudah dan membolehkan peniaga individu dan profesional di mana-mana sahaja di seluruh dunia mengakses semua produk Bursa Malaysia Derivatives.
- Akses kepada Harga Minyak Kacang Soya China
Memandangkan harga penyelesaian Niaga Hadapan Minyak Kacang Soya DCE digunakan sebagai asas untuk mengira harga penyelesaian tunai FSOY, peniaga boleh memperolehi pendedahan kepada harga Minyak Kacang Soya China melalui Bursa Malaysia Derivatives. Pemain fizikal yang mengeksport produk kacang soya ke China boleh melindung nilai risiko harga mereka dengan FSOY sebagai pilihan alternatif kepada Niaga Hadapan Minyak Kacang Soya DCE.
- Rebut Peluang Arbitraj
Membandingkan harga minyak sawit dan minyak kacang soya merupakan amalan perniagaan biasa kerana komoditi ini adalah bahan pengganti umum (common substitute). Apabila kontrak niaga hadapan bagi kedua-dua komoditi tersenarai di Bursa Malaysia Derivatives, pedagang boleh merebut peluang arbitraj secara berkesan dengan melakukan strategi dagangan spread (spread trading) antara kedua-dua produk ini dan pada masa yang sama mendapat manfaat daripada kecekapan modal dengan ofset margin.
- Dagangan Dikawal Selia
Berdagang niaga hadapan mata wang dengan yakin dalam pasaran yang selamat dan telus yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Muat Turun Sumber |