PENGUATKUASAAN
Statistik Penguatkuasaan
Seperti yang dinyatakan dalam Ringkasan Penguatkuasaan, kami berusaha untuk mencegah pelanggaran/ketidakpatuhan peraturan yang mungkin berlaku pada masa hadapan, mendidik peserta pasaran dan menyemai budaya pematuhan serta standard tatalaku perniagaan dan amalan tadbir urus korporat yang lebih baik melalui tindakan-tindakan penguatkuasaan yang diambil.
Selaras dengan matlamat tersebut, kami telah sejak beberapa tahun lepas mengambil pelbagai tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran peraturan-peraturan kami.
Pada tahun 2023, tindakan-tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap 15 buah Syarikat Tersenarai Awam (“PLC”), 2 orang penasihat dan 22 orang pengarah (dari 4 buah PLC) untuk pelbagai pelanggaran Kehendak-kehendak Penyenaraian, berbanding 9 buah PLC, 3 orang penasihat dan 42 orang pengarah (dari 7 buah PLC) pada tahun 2022.
Tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap pihak-pihak tersebut merangkumi teguran peribadi atau teguran awam dan mungkin berserta denda dan/atau arahan. Butiran tindakan-tindakan penguatkuasaan (teguran dan ke atas) yang dilaksanakan/diambil pada tahun 2023 berbanding dengan tahun 2022 adalah seperti yang tertera di bawah:-
Penalti yang dikenakan |
PLC |
Pengarah |
Penasihat |
|||
2022 |
2023 |
2022 |
2023 |
2022 |
2023 |
|
Teguran awam dan denda |
- |
- |
65 |
56 |
- |
1 |
Teguran awam |
20 |
13 |
10 |
2 |
1 |
- |
Teguran peribadi |
3 |
8 |
- |
- |
2 |
1 |
Jumlah bilangan PLC/pengarah/ penasihat# |
9 |
14 |
42 |
22 |
3 |
2 |
Jumlah denda dikenakan (RM) |
- |
- |
3,653,000 |
7,842,800 |
- |
350,000 |
# lebih daripada satu penalti/jenis penalti mungkin dikenakan terhadap seorang pengarah, PLC atau penasihat.
Selain daripada penalti yang dikenakan di atas, kami juga mengeluarkan arahan kepada PLC untuk menjalankan semakan terhad ke atas laporan suku tahun dan arahan kepada pengarah/kakitangan PLC yang berkenaan untuk menghadiri program latihan berkaitan dengan laporan kewangan dan pematuhan kepada Kehendak-kehendak Penyenaraian seperti berikut:
Jenis Arahan |
2022 |
2023 |
Semakan terhad ke atas laporan suku tahun |
1 |
8 |
Program Latihan Pengarah |
1 |
7 |
Secara amnya, kami mengambil tindakan-tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran serius/material yang berkaitan dengan:
· laporan kewangan (iaitu kelewatan dalam mengemukakan penyata kewangan dan ketidaktepatan penyata kewangan);
· kelewatan dalam membuat penzahiran maklumat material;
· penzahiran yang tidak tepat, tidak lengkap dan/atau mengelirukan;
· melakukan pelanggaran berulang atau mengabaikan Kehendak-kehendak Penyenaraian/arahan-arahan Bursa Malaysia Securities Berhad;
· tadbir urus korporat dan kehendak-kehendak transaksi pihak yang berkaitan;
· penasihat/penaja gagal melaksanakan usaha wajar yang sesuai/wajar; atau
· pelanggaran Kehendak-kehendak Penyenaraian lain yang memberikan kesan ketara/material kepada, antara lain, pasaran.
Kami memandang serius terhadap pelanggaran berkaitan dengan laporan kewangan (iaitu keperluan untuk mengemukakan penyata kewangan yang tepat mengikut masa yang ditetapkan) kerana penyata kewangan yang dikemukakan dengan tepat mengikut masa yang ditetapkan adalah sangat penting bagi membantu dalam membuat keputusan pelaburan serta memastikan pasaran yang teratur dan adil bagi sekuriti yang didagangkan di Bursa Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan yang ketara dalam pematuhan oleh PLC dalam memastikan maklumat kewangan dilaporkan mengikut masa yang ditetapkan dan secara tepat berdasarkan penurunan melebihi 50% untuk kesalahan sebegini sejak tahun 2008 (tahun kami mula mengambil tindakan-tindakan penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap pengarah).
Bagi pelanggaran Peraturan-peraturan Perniagaan kami, tindakan-tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap syarikat (iaitu Organisasi Peserta, Peserta Dagangan, dsb.) dan Orang Berdaftar atau individu-individu yang tertakluk pada Peraturan-peraturan Perniagaan dan tindakan-tindakan penguatkuasaan utama adalah berkenaan dengan pelanggaran-pelanggaran penyeliaan dan salah laku pasaran/dagangan oleh Orang Berdaftar.
Pada tahun 2023, tindakan-tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap sebuah syarikat (berbanding 3 buah syarikat pada tahun 2022) dan 2 Orang Berdaftar (berbanding 6 Orang Berdaftar pada tahun 2022) untuk pelbagai pelanggaran Peraturan-peraturan Perniagaan.
Butiran tindakan-tindakan penguatkuasaan (teguran peribadi dan ke atas) yang diambil terhadap pelanggaran Peraturan-peraturan Perniagaan pada tahun 2023 berbanding dengan tahun 2022 adalah seperti berikut:
Jenis tindakan yang diambil # |
Bil. Syarikat |
Bil. Orang Berdaftar/Individu* |
Jumlah |
|||
2022 |
2023 |
2022 |
2023 |
2022 |
2023 |
|
Teguran peribadi dan/atau denda dan/atau arahan |
3 |
1 |
- |
- |
3 |
1 |
Teguran peribadi, denda/ denda tertangguh, penggantungan dan/atau latihan wajib |
- |
- |
1 |
1 |
1 |
1 |
Teguran awam, denda/denda tertangguh, penggantungan/ penggantungan tertangguh/ pembatalan dari Daftar dan/atau latihan wajib |
- |
- |
5 |
1 |
5 |
1 |
Jumlah |
3 |
1 |
6 |
2 |
9 |
3 |
Jumlah denda dikenakan (RM) |
10,000 |
- |
1,098,170 |
34,300 |
1,108,170 |
34,300 |
# lebih daripada satu penalti mungkin telah dikenakan terhadap syarikat atau Orang Berdaftar/individu.
* termasuk individu-individu yang tertakluk pada Peraturan-peraturan Perniagaan.
Tindakan-tindakan penguatkuasaan yang diambil pada tahun 2023 termasuk teguran (awam dan peribadi), pembatalan dari Daftar, penggantungan, keperluan untuk menghadiri latihan dan/atau denda berjumlah RM34,300 (berbanding RM1,108,700 pada tahun 2022).
Pada tahun 2023, tindakan-tindakan penguatkuasaan utama yang diambil adalah bagi pelanggaran yang melibatkan penyalahgunaan/salah guna akaun atau wang pelanggan dan kegagalan untuk melaksanakan kemahiran, penjagaan dan usaha wajar oleh Orang Berdaftar.
Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk mendidik para peserta pasaran, memaklumkan kepada pasaran mengenai jenis-jenis tindakan yang diambil, menyemai keyakinan pasaran dan memastikan ketelusan dalam tindakan-tindakan penguatkuasaan kami, maklumat mengenai pelanggaran Peraturan-peraturan kami yang biasa berlaku ada dimuat naik di laman web kami Bagi tindakan-tindakan yang melibatkan teguran awam, kenyataan media (bersama dengan asas keputusan berkenaan pelanggaran tersebut) turut dikeluarkan.