PENGUATKUASAAN
Kesalahan Pasaran/Manipulasi Pasaran/Salah Laku
-
Keperluan untuk mengekalkan pasaran yang adil dan teratur adalah penting dan oleh itu, Bursa Malaysia tidak bertolak ansur terhadap apa-apa perbuatan atau pengabaian (“omission”) oleh mana-mana pihak yang mungkin mengancam/menjejaskan integriti pasaran yang dikendalikan oleh Bursa Malaysia. Bursa Malaysia percaya bahawa pasaran seharusnya mencerminkan situasi bekalan dan permintaan yang sebenar. Bursa Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuklah mengenakan denda dan/atau menggantung/membatalkan sesiapa daripada Daftar dan menghalang orang itu daripada berdagang dalam atau melalui pasaran saham Bursa Malaysia jika mereka melakukan pelanggaran yang boleh menghalang pengurusan pasaran yang adil dan teratur.
-
Semua orang/entiti berlesen yang terlibat dengan urusniaga sekuriti dan dagangan derivatif termasuk Wakil Peniaga (DR) dan Wakil Berdaftar (RR) mesti bertindak secara bertanggungjawab kerana di bawah peraturan-peraturan ini, mereka berkewajipan untuk mengendalikan perniagaan mereka demi kebaikan pelanggan serta kepentingan dan integriti pasaran. Mereka tidak boleh terlibat dalam sebarang tindakan termasuk melakukan/melaksanakan strategi/metodologi dagangan yang mungkin boleh menjejaskan keadilan atau integriti pasaran yang dikendalikan oleh Bursa Malaysia.
-
Dalam melaksanakan tugas kawal selianya dengan matlamat untuk melindungi kepentingan pelanggan dan mengekalkan pasaran yang teratur dan adil, Bursa Malaysia telah mengambil pelbagai tindakan penguatkuasaan bagi pelanggaran peraturan-peraturan yang melibatkan salah laku pasaran dan aktiviti dagangan yang salah yang telah memberikan gambaran yang mengelirukan/palsu mengenai dagangan aktif, atau harga/pasaran bagi sekuriti/derivatif dan manipulasi pasaran.
-
Semasa menentukan jenis penalti yang dikenakan terhadap pihak yang ingkar, Bursa Malaysia akan berpandukan kepada pertimbangan am dan khusus untuk kes berkenaan. Antara lainnya adalah termasuk sifat/keseriusan kelakuan atau pelanggaran tersebut, tempoh/kekerapan pelanggaran, impak terhadap pihak awam/pasaran, sama ada terdapat manfaat yang telah diperoleh secara salah dan sama ada tindakan tersebut dilakukan secara sengaja/disebabkan kecuaian. Pelanggaran peraturan yang memberikan kesan besar terhadap pasaran dan menyebabkan kemudaratan serta mengganggu operasi pasaran yang teratur akan dikenakan penalti yang berat.
-
Jenis-jenis penalti yang terdiri daripada teguran awam hingga penggantungan/pembatalan daripada Daftar, denda dan/atau syarat CPE tambahan, telah dikenakan ke atas DR/RR yang ingkar dan Orang Berdaftar (RP) lain yang telah melakukan kesalahan pasaran. Penalti yang dikenakan adalah berbeza mengikut fakta bagi setiap kes, keadaan-keadaan yang menjadi punca pelanggaran tersebut, keseriusan pelanggaran dan sejauh mana impak pelanggaran itu terhadap pasaran.
-
Bursa Malaysia telah mengambil pelbagai tindakan penguatkuasaan ke atas DR/RR dan RP lain yang telah mempamerkan tingkah laku tidak wajar yang menjejaskan kejujuran dan integriti mereka. Tindakan penguatkuasaan yang berat dengan mengeluarkan mereka daripada Daftar/penggantungan telah diambil untuk melindungi kepentingan pelabur dan menjaga integriti pasaran.
-
Dalam kes-kes pelanggaran yang tidak begitu serius untuk mengenakan penggantungan daripada aktiviti urusniaga dengan serta merta ke atas DR/RP/RR atau pembatalan daripada Daftar, penggantungan tertangguh (“deferred suspension”) boleh dibuat supaya tingkah laku DR/RP/RR dalam aktiviti dagangan dapat dipantau dengan teliti bagi memastikan pelanggaran yang serupa tidak dilakukan pada masa hadapan. Penalti sedemikian memberikan peluang kepada DR/RP/RR untuk membetulkan tingkah laku yang tidak sepatutnya dan memastikan aktiviti dagangan dilakukan dengan betul. Sekiranya DR/RP/RR menunjukkan tingkah laku baik semasa tempoh penggantungan tertangguh, DR/RP/RR akan dikecualikan daripada penggantungan yang dikenakan ke atasnya. Penggantungan tertangguh juga bertindak sebagai insentif kepada DR/RP/RR untuk berkelakuan secara sesuai/profesional di samping menghalang mereka daripada melakukan pelanggaran yang serupa.
Berikut adalah kajian kes/ilustrasi bagi sesetengah kes di mana tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap PO/TP dan/atau DRs/RPs/RR yang ingkar:
Cases