PENGUATKUASAAN
Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Bursa Malaysia: Tindakan ke atas PO kerana Kegagalan Penyeliaan dan/atau Fungsi Pematuhan yang Tidak Efektif
Semua Peserta Pasaran mesti melaksanakan program penyeliaan/pemantauan dan kawalan dalaman yang sewajarnya pada setiap masa bagi memastikan aktiviti perniagaan dapat dijalankan sepertimana yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan serta undang-undang sekuriti. Bagi memastikan agar PO memenuhi fungsi penyeliaan dan pematuhan mereka serta mematuhi amalan perniagaan baik pada setiap masa, Bursa Malaysia telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap PO yang gagal untuk:-
- Melaksanakan penyeliaan ketat terhadap seluruh operasi aktiviti perniagaan PO dan aktiviti Orang Berdaftar/kakitangan mereka hingga menyebabkan salah laku oleh mereka;
- Melaksanakan dan/atau mengekalkan sistem penyeliaan, pematuhan dan kawalan dalaman yang sewajarnya dan memadai dan/atau efektif hingga menyebabkan pelanggaran undang-undang sekuriti, peraturan serta polisi dan prosedur dalaman PO sendiri; dan/atau
- Mematuhi amalan perniagaan yang baik.
Cases