PENGUATKUASAAN
Penguatkuasaan Peraturan Bursa Malaysia: Pelanggaran berkaitan Pindaan Kontrak
Organisasi Peserta (PO)
Dari tahun 2004 hingga 2011, Bursa Malaysia telah mengambil 26 tindakan penguatkuasaan dengan mengenakan denda sehingga RM125,000 ke atas PO disebabkan kegagalan mereka untuk menyelia dan memantau pindaan kontrak yang dilakukan oleh Wakil Peniaga (DR) dan memastikan agar DR mematuhi peraturan mengenai pindaan kontrak (Peraturan CA). Selepas itu, bilangan tindakan penguatkuasaan untuk pelanggaran yang sama telah berkurangan secara ketara.
Wakil Peniaga (DR)
-
Antara tahun 2004 hingga 2011, 190 tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas DR dengan denda berjumlah RM1,000 hingga RM50,000 (setelah mengambil kira bilangan pindaan kontrak yang tidak dibenarkan) atas kesalahan melakukan pindaan kontrak yang tidak dibenarkan.
-
Selain pelanggaran pindaan kontrak oleh DR yang telah dikenakan denda, Bursa Malaysia juga telah mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas DR bagi kes-kes melibatkan pindaan kontrak yang membawa konotasi salah guna pasaran termasuk manipulasi pasaran, jual beli saham melibatkan kaedah “jobbing”) dan aktiviti jualan singkat intrahari (“intra-day short selling activities”). Dalam kes-kes berkenaan, selain daripada denda yang dikenakan, penalti yang lebih berat telah dikenakan termasuk pembatalan nama daripada Daftar atau penggantungan.