Soalan Lazim
Pengeluaran Sekuriti
- Adakah terdapat sebarang pengecualian kepada larangan pengeluaran sejak ia dimulakan pada 1 September 1998?
Pendeposit/pengeluar tidak boleh mengeluarkan sekuriti yang didepositkan daripada Bursa Depository kecuali dalam mana-mana keadaan yang berikut:
Untuk memudahkan pembelian balik saham;
Untuk memudahkan penukaran sekuriti hutang;
Untuk memudahkan proses penstrukturan semula syarikat;
Untuk memudahkan pembetulan kesilapan;
Apabila badan korporat dikeluarkan daripada senarai rasmi bursa saham di mana sekuriti tersebut adalah sekuriti tidak tersenarai);
Untuk memudahkan penebusan atau penebusan sebahagian sekuriti bukan ekuiti atau sebarang tindakan lain oleh penerbit yang mengakibatkan pembatalan sekuriti bukan ekuiti;
Untuk memudahkan penstrukturan semula sekuriti bukan ekuiti yang timbul daripada pengisytiharan kejadian mungkir berkenaan dengan sekuriti bukan ekuiti;
Untuk memudahkan pemindahan sekuriti dari Depository seperti yang dibincangkan di bawah Peraturan 19.03 dan 28.07;
Berkenaan dengan Syarikat Tujuan Khas Pengambilalihan (Special Purpose Acquisition Company -“SPAC” seperti yang ditakrifkan di bawah Garis Panduan Ekuiti Suruhanjaya, untuk memudahkan SPAC pematuhan Garis Panduan Ekuiti Suruhanjaya atau Keperluan Penyenaraian Bursa Saham; atau
Dalam mana-mana keadaan lain yang ditentukan oleh Bursa Depository dari masa ke semasa, selepas berunding dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
- Apakah syarat untuk melakukan pengeluaran sekuriti yang telah dinyahsenarai?
Pendeposit boleh meminta ADA/syarikat broker saham/bank pelaburan untuk memastikan Pendaftar Saham (Share Registrar) bagi sekuriti yang telah dinyahsenarai tersebut masih wujud. Jika Pendaftar Saham (Share Registrar) masih wujud, pendeposit boleh mengemukakan permohonan pengeluarannya kepadaADA/syarikat broker saham/bank pelaburan.