Soalan Lazim
Tindakan Korporat
- Bolehkah saya menggunakan akaun penama bertauliah untuk memohon IPO?
Tidak. Akaun penama bertauliah akan dibuka oleh syarikat penama ADA/syarikat broker saham/bank pelaburan dan dimiliki dan dikendalikan oleh ADA/syarikat broker saham/bank pelaburan bagi pihak pelanggannya.
Jika anda seorang pemohon individu, anda perlu menggunakan akaun CDS anda sendiri (akaun CDS individu) untuk memohon IPO. Penggunaan akaun margin tidak dibenarkan untuk memohon IPO.
- Bagaimanakah kelayakan (“entitlement”) saya hasil dari tindakan korporat ditentukan?
Setiap kali tindakan korporat diumumkan oleh penerbit yang berkaitan, Bursa Depository akan menyediakan ROD pada tarikh penamaan hak tindakan korporat kepada Penerbit atau Pendaftar Saham penerbit tersebut. ROD mengandungi maklumat mengenai semua pemegang akaun CDS dan bilangan sekuriti yang boleh dikreditkan pada tarikh penamaan hak tersebut.
Berdasarkan maklumat ini, penerbit akan menentukan kelayakan setiap pemegang sahamnya dan mengarahkan Bursa Depository untuk mengkreditkan saham ke dalam akaun CDS yang berkenaan dengan bilangan sekuriti yang telah ditentukan.
- Bilakah akaun CDS saya akan dikreditkan dengan sekuriti hasil daripada tindakan korporat, iaitu Terbitan Hak, Terbitan Bonus, dan lain-lain?
Sekuriti hasil daripada tindakan korporat, iaitu Terbitan Hak, Terbitan Bonus, dan lain-lain akan dikreditkan ke dalam akaun CDS anda pada malam sebelum penyenaraian sekuriti pendasar (underlying securities) di Bursa Malaysia atau pada mana-mana tarikh lain seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
- Bolehkah saya memohon sekuriti pendasar yang terhutang kepada diri saya sendiri, hasil daripada tindakan korporat dikeluarkan dalam bentuk sijil?
Tidak. Seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 38 Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (“SICDA”), sekuriti yang terhutang kepada anda hasil daripada sebarang usaha korporat akan dikreditkan ke dalam akaun CDS anda. Tiada pengeluaran sijil fizikal akan dilakukan.
- Bolehkah saya melanggan kelayakan (‘entitlement’) saya hasil usaha korporat secara elektronik?
Ya. Pemegang saham individu boleh mengemukakan permohonannya hasil daripada usaha korporat berikut secara elektronik melalui aplikasi mudah alih Bursa Anywhere:
a) Terbitan Hak;
b) Pelaburan Semula Dividen; atau
c) Penerimaan Tawaran Am.Pemegang saham syarikat penama juga boleh melanggan usaha korporat di atas secara elektronik melalui Perkhidmatan Langganan Hak Penama (“NRS”).
*Nota: Kemudahan usaha korporat di atas akan disediakan kepada para pemegang saham tertakluk kepada penerbit untuk melantik Bursa Depository bagi memudahkan perkhidmatan untuk pelaksanaan usaha korporat mereka.