Soalan Lazim
Pertanyaan Baki
- Bolehkah saya mendapatkan maklumat mengenai baki akaun CDS saya jika saya tidak mahu membayar penyata akaun ad-hoc?
Ya. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai baki akaun anda dengan melengkapkan borang Permohonan Pertanyaan Baki yang boleh didapati di mana-mana ADA/syarikat broker saham/bank pelaburan. Anda akan diberikan maklumat mengenai baki akaun CDS terkini anda tanpa sebarang butiran transaksi.
Sebagai alternatif, anda boleh mendaftar untuk aplikasi mudah alih Bursa Anywhere dan mengakses semua akaun CDS dan baki portfolio anda dalam aplikasi tersebut dengan menggunakan nama dan nombor kad pengenalan anda.
- Bolehkah wakil peniaga/remisier saya mempunyai akses kepada baki akaun saya?
Selaras dengan Peraturan Bursa Malaysia Depository, anda boleh memberi kuasa kepada wakil peniaga/remisier anda untuk mendapatkan maklumat mengenai baki akaun CDS anda untuk tempoh tertentu atau dalam satu tempoh masa yang tidak terbatas, melainkan akses tersebut dibatalkan lebih awal oleh anda.
- Bolehkah saya mengesahkan baki sekuriti saya dengan ADA/syarikat broker saham/bank pelaburan saya melalui telefon?
Demi melindungi kerahsiaan dan keselamatan akaun CDS anda, anda tidak digalakkan untuk mengesahkan baki sekuriti anda dengan ADA/syarikat broker saham/bank pelaburan anda melalui telefon. Sebaliknya, anda boleh mengakses baki sekuriti akaun CDS anda melalui aplikasi mudah alih Bursa Anywhere atau dengan melengkapkan dan mengemukakan borang Permohonan Pertanyaan Baki kepada ADA/syarikat broker saham/bank pelaburan anda, yang mana tandatangan anda atau tandatangan penandatangan yang diberi kuasa akan disahkan oleh ADA/syarikat broker saham/bank pelaburan.