Soalan Lazim
Permohonan Saham Elektronik dan Permohonan Saham Internet
- Apakah itu Permohonan Saham Elektronik?
Permohonan Saham Elektronik [‘Electronic Share Application’ (“ESA”)] ialah satu kemudahan yang membenarkan permohonan Saham Terbitan Awam [‘Initial Public Offering’ (“IPO”) ] melalui Mesin Juruwang Automatik (“ATM”) Institusi Kewangan Sertaan (“PFI”). Kemudahan ini disediakan oleh Rumah Terbitan (“Issuing House”) iaitu Tricor Investor & Issuing House Services Sdn Bhd (“Tricor") dan Malaysian Issuing House Sdn Bhd (“MIH”).
Secara ringkasnya, ESA ialah cara memohon IPO secara tanpa kertas.
- Apakah itu Permohonan Saham Internet?
Permohonan Saham Internet (“ISA”) ialah satu kemudahan yang membenarkan permohonan IPO melalui perkhidmatan permohonan saham dalam talian yang disediakan oleh Institusi Kewangan Penyertaan Internet Sertaan (“IFPI”). Kemudahan ini disediakan oleh Tricor Investor & Issuing House Services Sdn Bhd (“Tricor") dan Malaysian Issuing House Sdn Bhd (“MIH”).
- Institusi kewangan manakah yang menyediakan kemudahan ESA dan ISA?
Kemudahan ESA dan ISA disediakan oleh institusi kewangan yang telah merumuskan pengendalian proses IPO dengan Rumah Terbitan. Senarai institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan ESA dan ISA boleh didapati di Prospektus IPO.
Dalam konteks ESA, institusi kewangan ini biasanya dikenali sebagai PFI, manakala ISA disediakan oleh IPFI. Senarai PFI dan IPFI adalah seperti yang berikut:
PFI
IPFI
Affin Bank Berhad
Affin Bank Berhad
Alliance Bank Malaysia Berhad
Alliance Bank Malaysia Berhad
Ambank (M) Berhad
CIMB Bank Berhad
CGS-CIMB Securities Sdn Bhd
Malayan Banking Berhad
Malayan Banking Berhad
Public Bank Berhad
Public Bank Berhad
RHB Bank Berhad
- Apakah prasyarat untuk memohon IPO menggunakan ESA?
Anda memerlukan perkara seperti yang berikut:
- Akaun perbankan dan kad ATM yang sah dengan mana-mana satu daripada PFI; dan
- Akaun CDS di bawah nama pemohon sendiri
- Apakah syarat-syarat yang mengawal operasi ESA dan ISA?
PFI atau IPFI masing-masing akan menetapkan prosedur dan arahan mengenai penggunaan kemudahan ini. Terma dan Syarat perkhidmatan ini juga boleh didapati dalam prospektus yang dikeluarkan oleh penawar IPO.
- Bagaimanakah cara saya menggunakan kemudahan ESA?
Setiap PFI berkemungkinan mempunyai prosedur yang berbeza berkenaan penggunaan kemudahan ESA melalui ATMnya. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menyemak dengan PFI yang berkaitan untuk prosedur terperinci apabila menggunakan kemudahan ESA untuk permohonan IPO.
- Bagaimanakah kemudahan tersebut berfungsi semasa IPO?
Secara ringkasnya, pemohon IPO akan memohon IPO yang dipilih dengan memasukkan butiran yang berkenaan di ATM PFI atau dalam talian menerusi IPFI. Setelah butiran yang berkenaan berjaya dimasukkan, akaun bank pemohon akan didebitkan untuk jumlah wang yang berkenaan. PFI dan IPFI kemudiannya akan mengumpulkan semua permohonan pemegang akaun CDSnya dan memajukannya kepada Rumah Terbitan (Issuing House) yang berkenaan untuk diproses dan seterusnya diundi.
- Apakah yang akan berlaku sekiranya permohonan IPO melalui ESA atau ISA berjaya?
Setelah selesai proses pengundian, akaun CDS pemohon yang berjaya akan dikreditkan dengan bilangan sekuriti mengikut peruntukan. Pemohon juga akan menerima Notis Peruntukan (Notice of Allotment) daripada Rumah Terbitan (Issuing House) yang mengesahkan bilangan sekuriti yang akan dikreditkan ke dalam akaun CDS pelabur.
- Apakah yang akan berlaku sekiranya permohonan IPO melalui ESA atau ISA tidak berjaya?
Apabila selesai proses pengundian, Rumah Terbitan (Issuing House) akan mengeluarkan arahan kepada PFI yang berkenaan mengenai semua permohonan pemegang akaun CDSnya yang tidak berjaya. Setelah menerima arahan daripada Rumah Terbitan (Issuing House), PFI akan mengkreditkan kembali jumlah wang yang berkenaan ke dalam akaun bank pemohon yang tidak berjaya.
Nota: Soalan Lazim di atas mengenai kemudahan ESA dan ISA hanya bertujuan untuk memberikan pemohon IPO gambaran ringkas tentang kemudahan ini. Prosedur dan garis panduan yang mengawal operasi kemudahan ini mungkin berbeza dari satu PFI ke IPFI yang lain. Jika ragu-ragu, pemohon digalakkan untuk mendapatkan penjelasan mengenai penggunaan kemudahan ini daripada PFI dan IPFI atau Rumah Terbitan (Issuing House) yangberkenaan.