Soalan Lazim
Soalan Lazim Circuit Breaker
- Apakah itu “Circuit Breaker”?
“Circuit Breaker” adalah istilah yang digunakan dalam pasaran bagi mengawal pergerakan penurunan indeks dengan menangguh dagangan untuk sementara waktu didalam fasa Dagangan Berterusan.
Pada masa yang sama, maklumat akan disebarkan kepada semua peserta pasaran agar mereka dapat membuat keputusan pelaburan yang teliti.
Bursa Malaysia telah menyediakan “Circuit Breaker” yang mampu dicetuskan secara automatik apabila indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI) mencatatkan penurunan sebanyak 10%, 15% dan 20% dalam satu dagangan harian, berdasarkan kepada tahap indeks penutupan yang dicatatkan pada hari pasaran sebelumnya. Ini akan menghentikan dagangan di Bursa Malaysia Securities Berhad dan dagangan produk derivatif berkaitan dengan ekuiti di Bursa Malaysia Derivatives Berhad secara sementara.
- Bilakah “Circuit Breaker” akan tercetus?
“Circuit Breaker” akan tercetus apabila Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI) menurun sebanyak 10%, 15% dan 20% di bawah indeks penutupan yang dicatatkan pada hari pasaran sebelumnya, mengikut keadaan dinyatakan seperti di bawah:
Keadaan/Tahap Cetusan “Circuit Breaker” Bursa Malaysia dan Jangkamasa Penangguhan Dagangan Tahap Pencetus Penurunan FBMKLCI Dari
9:00 pagi
-
sebelum
11:15 pagiDari
11:15 pagi
-
12:30 tengahariDari
2:30 petang
-
sebelum
3:30 petangDari
3:30 petang
-
5:00 petangTahap 1 FBMKLCI menurun dengan agregat 10% atau lebih tapi kurang daripada 15% indeks penutupan hari pasaran sebelumnya. 1 Jam Baki Sesi Dagangan 1 Jam Baki Sesi Dagangan Tahap 2 FFBMKLCI menurun dengan agregat 15% tapi kurang daripada 20% indeks penutupan hari pasaran sebelumnya. 1 Jam Baki Sesi Dagangan 1 Jam Baki Sesi Dagangan Tahap 3 FBMKLCI menurun dengan agregat 20% atau lebih daripada indeks penutupan hari pasaran sebelumnya. 9:00 pagi – 12:30 tengahari 2:30 petang – 5:00 petang Baki Hari Dagangan Baki Hari Dagangan Nota:
Dagangan di Bursa Malaysia dilaksanakan dalam dua (2) sesi dagangan dari 9.00 pagi ke 12.30 tengahari (sesi pagi) dan dari 2.30 petang ke 5.00 petang (sesi petang). - Kenapa perlu diputuskan untuk menetapkan tahap cetusan pada penurunan FBMKLCI 10%, 15% dan 20% daripada indeks penutupan pasaran hari sebelumnya?
Bagi Bursa Malaysia, tahap cetusan telah ditentukan dengan hasil kajian ke atas pergerakan FBMKLCI dalam satu tempoh masa yang merangkumi contoh-contoh penurunan secara tiba-tiba dan berterusan di FBMKLCI, dan juga ditentukan melalui suatu kajian perbandingan amalan terbaik antarabangsa dalam mengaktifkan “Circuit Breaker” di Bursa Saham yang lain.
- Bagaimana anda mengira tahap cetusan bagi “Circuit Breaker”?
Terdapat tiga (3) jenis tahap cetusan bagi “Circuit Breaker” berdasarkan ke atas penurunan FBMKLCI sebanyak 10%, 15% dan 20% berbanding dengan indeks penutupan pada hari pasaran sebelumnya. Contoh berikut menggambarkan bagaimana tahap-tahap cetusan dikira.
Senario:
-
Jikalau suatu anggapan dibuat bahawa indeks penutupan FBMKLCI pada 30hb Julai ialah 1800 mata. Tahap cetusan “Circuit Breaker” bagi 31hb Julai akan dikira berdasarkan ke atas indeks penutupan pada 30hb Julai dengan menggunakan tahap peratusan 10%, 15% dan 20% bagi setiap tahap cetusan. Indeks hasilan yang diterbitkan daripada pengiraan akan menjadi tahap cetusan bagi hari tersebut (31hb Julai).
-
Sebaik sahaja FBMKLCI menurun hingga ke tahap-tahap cetusan tertentu, dagangan di pasaran saham akan ditangguhkan sementara waktu.
Jadual 1: Anggapan indeks penutupan hari pasaran sebelumnya ialah 1800 mata.
Tahap Cetusan dan Peratusan Mata Indeks yang menurun Tahap Circuit Breaker FBMKLCI Tahap 1 – 10% 180 1620 mata Tahap 2 – 15% 270 1530 mata Tahap 3 – 20% 360 1440 mata Dalam contoh ini, tahap pertama “Circuit Breaker” pada 31hb Julai akan tercetus pada 10% penurunan sebanyak 180 mata di indeks penutupan FBMKLCI sebanyak 1800 mata pada 30hb Julai.
Oleh itu, jika FBMKLCI menurun di bawah indeks penutupan hari pasaran sebelumnya kepada tahap atau di bawah:
- 1620 mata - Dagangan diberhentikan untuk satu (1) jam jika tercetus pada atau sebelum 11.15 pagi atau 3.30 petang atau bagi sesi dagangan selanjutnya jika dicetuskan pada atau selepas 11.15pagi atau 3.30 petang.
- 1530 mata – Dagangan diberhentikan untuk satu (1) jam jika tercetus pada atau sebelum 11.15pagi atau 3.30petang atau bagi sesi dagangan selanjutnya jika tercetus pada atau selepas 11.15 pagi atau 3.30petang.
- 1440 mata – Dagangan ditangguhkan untuk hari keseluruhannya.
-
- Berapa kalikah “Circuit Breaker” boleh tercetus dalam satu hari?
Terdapat empat (4) keadaan di mana Circuit Breaker boleh tercetus dalam satu hari berdasarkan kepada indeks penutupan hari psasaran sebelumnya di FBMKLCI, iaitu penurunan sebanyak:
- 10%, 15% dan 20%
- 10% dan 20%
- 15% dan 20%
- 20%
Oleh itu, keadaan-keadaan sedemikian menunjukkan bahawa FBMKLCI boleh menurun dalam:
- secara beransuran seperti dalam (a); atau
- secara tiba-tiba seperti dalam (b) daripada tahap 10% kepada 20% dengan memintas tahap 15%, (c) daripada tahap 15% kepada 20% dengan memintas tahap 10% dan (d) terus kepada tahap 20% dengan memintas tahap 10% dan 15%
Tambahan kepada yang di atas, terdapat dua (2) keadaan lagi bagi rekabentuk Circuit Breaker:
-
Dagangan tertangguh untuk setiap tahap cetusan akan hanya berlaku sekali semasa hari dagangan.
-
Misalnya, jika indeks FBMKLCI pada hari sebelumnya adalah pada 1000 mata dan ia merosot ke 855 mata (melanggar tahap pencetus 10%), dagangan akan tertangguh untuk satu (1) jam.
-
Seterusnya, jika indeks FBMKLCI meningkat semula dalam hari itu ke 1020 mata dan kemudian merosot ke 870 mata, tahap pertama dagangan tertangguh (iaitu pada 10%) tidak akan dicetuskan kerana ia telah tercetus. Syarat ini digunakan dalam kesemua empat (4) keadaan yang tersebut di atas.
-
-
Jika indeks FBMKLCI melanggari suatu tahap cetusan yang lebih tinggi (misalnya 15%) melalui pemintasan ke atas tahap yang lebih rendah (misalnya 10%), tahap cetusan yang lebih rendah (misalnya 10%) tidak akan tercetus dalam hari dagangan itu.
-
Syarat ini menggambarkan contoh tersebut dalam (ii) di atas, dimana indeks FBMKLCI jatuh secara mendadak kepada 15% dengan memintas tahap cetusan 10%. Dalam kejadian ini, dagangan tertangguh akibat penurunan pada tahap 10% tidak akan tercetus sama sekali dalam hari tersebut.
-
- Apakah aspek dagangan yang akan terjejas disebabkan oleh “Circuit Breaker”?
Mekanisma “Circuit Breaker” hanya akan menangguhkan dagangan secara sementara sahaja apabila ia dicetuskan. Kesemua operasi Clearing, Penyelesaian dan Depositori akan berfungsi secara normal.
Sebagai contohnya, jika “Circuit Breaker” tercetus pada 10.00 pagi, semua dagangan yang dipadankan pada 10.00 pagi akan diselesai dan dijelaskan seperti biasa mengikut sistem Penyelesaian T+2. Kesemua pesanan yang belum dipadankan yang telah didaftarkan sebelum 10.00 pagi, akan terus dipadankan apabila dagangan dimulakan semula.
Semasa dagangan ditangguh, perkara berikut adalah dibenarkan mengikut Peraturan Bursa Malaysia Securities:
- Pendaftaran pesanan yang terhad
- Pindaan kod pelanggan dagangan
- Mengurangkan kuantiti pesanan; dan
- Pembatalan pesanan
- Jika “Circuit Breaker” tercetus, apakah akan berlaku kepada pesanan pelabur?
Kesemua pesanan yang telah dipadankan akan kekal sah. Pesanan yang belum dipadankan dan yang sebahagian dipadankan akan kekal dalam sistem dagangan apabila “Circuit Breaker” telah tercetus pada tahap 10% dan 15%.
Pihak Bursa mempunyai hak untuk membatalkan pesanan yang tidak dipadankan dan sebahagian yang dipadankan apabila “Circuit Breaker” tercetus pada tahap 20% atau apabila dagangan ditangguhkan untuk sesi dagangan selanjutnya.
- Bagaimana para pelabur boleh mengetahui sama ada “Circuit Breaker” telah tercetus?
Apabila “Circuit Breaker” tercetus, Bursa Malaysia dengan serta-merta akan membuat pengumuman awam melalui laman sesawangnya di www.bursamalaysia.com, serta mengeluarkan kenyataan media dan pengumuman melalui rangkaian Organisasi Peserta Bursa Malaysia.
- Bilakah kali terakhir “Circuit Breaker” tercetus?
“Circuit Breaker” pernah tercetus pada 10hb March 2008, apabila indeks komposit merosot 130.01 mata, melebihi 10% daripada 1,296.33 mata pada hari dagangan sebelumnya.
Dagangan di Bursa Malaysia Securities Berhad dan produk derivatif berkaitan dengan ekuiti di Bursa Malaysia Derivatives Berhad telah tangguhkan pada 2:58 petang. Dagangan disambung semula pada 3:58 petang pada hari yang sama dengan indeks komposit ditutup pada 1173.22 mata.