Soalan Lazim
Soalan Lazim Dana Dagangan Bursa (ETFs)
Asas
- Apakah ETF? Dana Dagangan Bursa atau ETF ialah dana atau amanah jejakan terbuka yang disenaraikan atau didagangkan pada waktu sebenar dalam bursa saham. ETF adalah sekuriti yang menjejaki indeks, komoditi atau sekumpulan aset seperti tabung pelaburan terbuka, tetapi didagangkan dalam bursa seperti saham. Memandangkan ETF dibeli dan dijual dalam pasaran seperti saham, ETF diberikan harga dan didagangkan sepanjang hari. Kesimpulannya, ETF menggabungkan ciri-ciri dana terbuka dan saham.
- Apakah suatu indeks? Indeks terdiri daripada sekumpulan sekuriti (contohnya; bon, komoditi, ekuiti) yang menunjukkan pergerakan atau perubahan dalam pasaran sekuriti tertentu.
- Apakah kelebihan ETF?
ETF menggabungkan manfaat saham, unit amanah dan dana indeks kerana mereka berkongsi ciri-ciri yang sama:
- Mudah dipelbagaikan - memiliki sekumpulan sekuriti contohnya; satu pasaran, Negara atau wilayah dengan satu dagangan.
- Fleksibiliti - membeli dan menjual pada waktu dagangan sama seperti saham.
- Kos rendah - yuran pengurusan yang rendah dan tiada yuran awal.
- Telus - pelabur tahu apa yang dibeli kerana sekuriti pendasar didedahkan. Harga boleh didapati pada waktu sebenar sepanjang hari dagangan.
- Kecairan - Pelabur boleh menebus unit dengan mudah dan mendapatkan tunai menjelang hari ketiga pasaran selepas tarikh dagangan (T+3).
- Boleh Mampu - Dengan sedikit wang, anda boleh melabur dalam pelaburan sekuriti yang anda inginkan.
- Bagaimana melabur dan dimana boleh membeli ETF? Sama seperti dagangan saham, anda perlu mempunyai akaun Sistem Pendepositan Pusat (CDS) dan akaun dagangan yang diuruskan dengan seorang broker. Anda boleh membeli atau menjual ETF melalui broker, remisier atau menerusi dagangan dalam talian pada waktu dagangan.
- Apakah yang perlu saya bayar apabila membeli dan menjual ETF? Seperti membeli dan menjual saham, pelabur perlu membayar komisyen broker, duti setem, yuran pelunasan dan GST, di mana perlu.
- Apakah yang menentukan harga ETF? Harga pasaran ETF biasanya hampir kepada Nilai Aset Bersih (NAV) dana itu contohnya, nilai pasaran saham pendasar dan mana-mana pendapatan bersih yang tidak diagihkan.
Bagaimanapun, harga ETF boleh tertakluk kepada permintaan dan bekalan dalam pasaran.
- Adakah ETF membayar dividen? Kebanyakan ETF membayar dividen kepada pemegang dana mereka sama ada setiap setengah tahun atau setiap tahun. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada polisi agihan dalam prospektus atau dokumen penawaran ETF itu.
- Bagaimana transaksi dalam ETF diselesaikan? Sama seperti urusniaga saham iaitu tidak lebih daripada tiga hari pasaran selepas tarikh transaksi (T+3).
- Adakah terdapat risiko? Ya, melabur dalam ETF, sama seperti pelaburan saham, tertakluk kepada turun naik pasaran. Prestasi ETF mungkin terkesan secara langsung oleh prestasi saham atau bon komponennya.
- Apakah yang perlu saya lakukan sebelum melabur dalam ETF?
Anda dinasihatkan untuk mengambil tahu tentang perkara berikut sebelum melabur:
- Objektif dan strategi pelaburan ETF
- Maklumat tentang indeks yang dijejak oleh ETF
- Polisi dividen
- Yuran dan caj yang akan dikenakan kepada pelabur
- Sumber maklumat dagangan ETF itu
- Maklumat tentang syarikat pengurusannya
- Apakah Petunjuk Nilai Portfolio Optimum (IOPV) bagi ETF?
IOPV atau Nilai Aset Bersih Harian (iNAV) adalah nilai yang disasarkan untuk menganggar nilai sekuriti yang dipegang portfolio itu oleh pengurus dana ETF dan harus mewakilkan nilai terhampir saham itu sepanjang hari.
Bursa Malaysia, sebagai bursa penyenaraian utama ETF, akan mengagihkan nilai IOPV bagi setiap ekuiti tersenarai asas ETF sepanjang hari dagangan. Bagi ETF yang disenaraikan pelbagai, IOPV ETF itu boleh didapati pada laman web pengurus dana.
- Apakah saiz kredit untuk ETF?
ETF Harga ETF Saiz Tick ABFMY1 (ETF Pendapatan Tetap) Pada apa-apa harga 0.1 sen ETF berasaskan ekuiti Kurang daripada RM1.00 0.1 sen Antara RM1.00 hingga RM2.99 0.5 sen Lebih RM3.00 1 sen - ETF vs Unit Dana Amanah: Ketahui Perbezaan ETF terdiri daripada sekumpulan sekuriti untuk menjejaki prestasi indeks tertentu. Tabung Unit Amanah juga memegang satu portfolio aset. Bagaimanapun, kedua-dua pasaran mempunyai kelainan yang ketara.
Perbezaan utama antara ETF dan tabung dana amanah ialah:
Objektif Pelaburan
ETF - Diuruskan secara pasif.
- Direka untuk menjejak prestasi indeks.
- Tiada pemilihan aktif sekuriti pendasar dan perolehan yang dibuat oleh pengurus dana ETF.
- Pengurus dana ETF akan mengikuti prestasi indeks penanda arasnya.
Tabung Unit Amanah - Diuruskan dengan aktif.
- Pelabur membayar pengurus dana untuk memilih saham (atau sekuriti lain) untuk mengatasi prestasi indeks terpilih.
- Prestasi dana saham amanah bergantung kepada kepakaran pengurus dana dan struktur sokongan yang disediakan oleh syarikat pengurusan dana.
Teks - Dana Indeks.
- Menggunakan strategi pelaburan yang sama.
- Perbezaan utama ialah dalam kos pelaburan (yuran jualan vs. caj pembrokeran ETF) dan yuran pengurusan tahunan.
Transaksi Beli dan Jual
ETF - Tersenarai dan disebut harga dalam pasaran bursa.
- ETF dibeli dan dijual seperti saham sepanjang hari dagangan.
Dana Unit Amanah (termasuk dana indeks) - Beli dan jual menerusi ejen yang bekerja dengan syarikat pengurusan dana atau menerusi ejen unit amanah institusi seperti bank.
- Pembelian atau penebusan dilakukan pada harga tunggal pada akhir hari dagangan kerana harga unit dalam dana bergantung kepada harga akhir komponennya.
Kos Pelaburan
ETFs - Yuran pembrokeran, yuran pelunasan dan duti setem dikenakan, sama seperti dagangan saham.
- Yuran pengurusan tahunan biasanya kurang 1% daripada NAV dana.
Dana Unit Amanah (termasuk dana indeks) - Biasanya mengenakan yuran jualan awal antara 3% hingga 5%.
- Kedua-dua dana biasanya mengenakan levi caj akhir atau yuran keluar yang dibayar pelabur untuk menebus dana.
- Yuran pengurusan tahunan dana adalah antara 0.75% dan 5% setahun daripada NAV dana.
Jumlah Pelaburan Minimum
ETF - Seperti saham, tiada jumlah pelaburan minimum untuk ETF.
Dana Unit Amanah (termasuk dana indeks) - Kebanyakan dana unit amanah biasanya memerlukan pelaburan awal minimum sebanyak RM 1,000 .
Pelaburan seterusnya adalah lebih rendah , biasanya RM 100.
ETF Dana Unit Amanah Dagangan dan harga sepanjang hari dagangan? Ya Tidak Prospektus yang sedia ada? Ya Ya Bolehkah dibeli dalam talian? Ya Ya Caj penebusan untuk pengeluaran Tidak *Ya Bolehkah melihat sekuriti pendasar? Ya **Tidak Adakan ia memberikan dividen? Ya Ya * Hanya untuk unit tertentu cth. menerusi bank
** Hanya untuk dana unit amanah tertentu, iaitu tabung dana.
*** Kebanyakan dana hanya akan mendedahkan 10 pegangan teratas mereka. - Perbandingan Produk
ETF Saham Dana Unit Amanah Kepelbagaian ✓ - - Pengagihan Tepat Masa ✓ ✓ ✗ Dagangan melalui Broker Broker Agen Pembelian ETF / Saham / Unit Amanah T+3 T+3* Bayaran Awal * T+3 bermakna hari ketiga pasaran/dagangan selepas tarikh dagangan.
- Apakah pulangan untuk melabur dalam ETF?
Pelaburan dalam ETF berkemungkinan mendapat dua jenis pulangan:
- Pendapatan Modal
Pelabur boleh berdagang ETF seperti saham dengan membelinya pada harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi untuk mendapat keuntungan. - Dividen
Pengurus dana biasanya menerima dividen daripada sekuriti yang termasuk di dalam kumpulan ETF. Dividen akan biasanya diagihkan kepada pemegang unit ETF selepas ditolak yuran pengurusan.
- Pendapatan Modal
- Adakah ETF mempunyai prospektus?
Ya. Prospektus adalah satu dokumen penting yang perlu dibaca oleh bakal pelabur sebelum melabur. Prospektus itu menerangkan maklumat penting, seperti objektif dana, latar belakang pengurus dana, yuran pengurusan serta risiko pelaburannya.
- Bagaimanakah harga pasaran sesuatu ETF ditentukan?
Terdapat dua jenis harga bagi satu-satu ETF:
Harga dagangan adalah harga bidaan dan pertanyaan yang terpapar pada skrin dagangan. Harga dagangan ETF ditentukan oleh permintaan dan bekalan dalam pasaran. Anda boleh melihat harga lewat ETF di sini.
Nilai asset bersih (NAV) satu ETF adalah jumlah asetnya selepas ditolak liability. Biasanya, NAV ETF dikira oleh pengurus dana ETF dan akan dipaparkan di sini .
Sebagai tambahan, IOPV (sila pautkan kepada laman FAQ-IOPV) atau penanda NAV (juga dikenali sebagai iNAV) untuk ETF dengan saham pendasar tersenarai di Bursa Malaysia sentiasa dikira pada waktu dagangan. Pelabur boleh melihat IOPV lewat 15 minit di sini.
- Apakah peranan penentu pasaran?
Kebanyakan ETF mempunyai Penentu Pasaran Terlantik untuk memberikan harga bidaan/pertanyaan untuk memastikan pelabur boleh masuk dan keluar daripada pasaran sepanjang hari.