Soalan Lazim
Soalan Lazim Perniagaan Amanah
- Apakah Perniagaan Amanah?
Amanah Perniagaan didefinisi sebagai skim unit amanah di mana operasi atau pengurusan skim dan hartanah atau aset skim diuruskan oleh pengurus pemegang amanah.
- Apakah struktur lazim Perniagaan Amanah?
- Apakah ciri umum Perniagaan Amanah?
-
Amanah Perniagaan adalah syarikat perniagaan yang dibangunkan sebagai suatu amanah mengikut perjanjian, dan diuruskan oleh pengurus pemegang amanah. Ia sesuai untuk perniagaan intensif modal dengan aliran tunai yang stabil seperti infrastruktur dan telekomunikasi.
-
Pengurus Pemegang Amanah memegang aset ke atas amanah bagi pemegang unit Amanah Perniagaan. Pengurus Pemegang Amanah juga menguruskan dan menjalankan operasi Amanah Perniagaan.
-
Pemegang unit boleh mengambil bahagian dalam keuntungan atau pendapatan yang diperoleh daripada pengurusan aset dalam Amanah Perniagaan melalui penerimaan pengagihan. Pengagihan boleh dibayar daripada aliran tunai tanpa terhad kepada untung perakaunan.
-
- Apakah kelebihan Perniagaan Amanah berbanding dengan syarikat?
Sebuah syarikat dihadkan kepada pembayaran dividen daripada untung perakaunan, manakala Amanah Perniagaan boleh membayar agihan kepada pelabur daripada aliran tunai operasi tanpa terhad kepada untung perakaunan.
- Apakah manfaat Perniagaan Amanah kepada pelabur?
- Suatu Amanah Perniagaan menyediakan instrumen pelaburan alternatif yang baru dengan elemen ekuiti dan hutang, iaitu kadar hasil tinggi dengan pertumbuhan yang stabil.
- Suatu Amanah Perniagaan membenarkan pelaburnya mendapat pendedahan secara langsung aset yang menjana aliran tunai. Struktur itu menjadikan aset tiket besar kepada unit cair dan boleh mampu, yang didagangkan di Bursa, yang memberikan pelabur alternatif baru kepada kadar hasil sedia ada.
- Amanah Perniagaan secara tipikalnya mempunyai nisbah bayar balik yang tinggi kerana kemampuannya untuk mengagihkan aliran tunai secara lebihan untung perakaunan dan ini memberikan disiplin kepada Pengurus Pemegang Amanah apabila mengambilkira pemerolehan.
- Selain itu, bagi mengekalkan pembayaran, Pengurus Pemegang Amanah sebagai entiti yang bertanggungjawab juga dijangka menguruskan perniagaan secara aktif untuk pertumbuhan melalui pemerolehan dan perluasan untuk meningkatkan pulangan kepada pelabur. Insentif bagi Pengurus Pemegang Amanah secara tipikalnya distruktur untuk menyelaraskan minat mereka dengan pemegang unit.
- Suatu Amanah Perniagaan menyediakan instrumen pelaburan alternatif yang baru dengan elemen ekuiti dan hutang, iaitu kadar hasil tinggi dengan pertumbuhan yang stabil.
- Apakah hak pelabur sebagai pemegang unit Perniagaan Amanah?
Pemegang unit bagi Amanah Perniagaan kebiasaannya mempunyai hak-hak yang berikut :
- Mengambil bahagian dalam apa-apa peningkatan nilai unit yang dipegang oleh pemegang unit.
- Menerima agihan pendapatan daripada Amanah Perniagaan (sama ada dalam bentuk tunai atau unit dalam Amanah Perniagaan).
- Menghadiri dan mengundi pada mesyuarat agung pemegang unit.
- Memanggil mesyuarat agung pemegang unit.
- Pada mesyuarat agung pemegang unit, seorang pemegang unit boleh:
- Melantik juruaudit bagi Amanah Perniagaan.
- Melantik pengurus pemegang amanah gantian.
- Menyingkirkan pengurus pemegang amanah.
- Hak untuk mengambil bahagian dalam agihan hasil daripada Amanah Perniagaan ketika pembubaran Amanah Perniagaan, selepas perbelanjaan pembubaran dan pemiutang Amanah Perniagaan telah dibayar sepenuhnya.
- Kecuali jika diperuntukkan dalam perjanjian Amanah Perniagaan, pelabur tidak ada hak untuk untuk menebus unit dalam Amanah Perniagaan. Memandangkan unit Amanah Perniagaan akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Securities Malaysia Berhad, pemegang unit boleh menjual unit atau membeli unit tambahan di bursa saham, sama seperti yang dibuat bagi saham biasa syarikat yang disenaraikan.
- Hak dan keistimewaan lain bagi pemegang unit amanah akan ditentukan dalam perjanjian Amanah Perniagaan.
- Mengambil bahagian dalam apa-apa peningkatan nilai unit yang dipegang oleh pemegang unit.
- Bagaimanakah pelabur membeli Perniagaan Amanah?
Pelabur boleh melabur dalam Amanah Perniagaan ketika tawaran awam permulaan, atau dengan membeli unit Amanah Perniagaan yang disenaraikan di bursa. Amanah Perniagaan didagangkan seperti saham, tertakluk kepada peraturan dagangan, pembayaran dan pelangsaian yang sama (T+3).
- Bagaimanakah pelabur memperdagangkan Perniagaan Amanah?
Sama seperti berdagang dalam saham, pelabur disyaratkan untuk mempunyai akaun Sistem Pendepositan Berpusat (CDS) dan akaun dagangan yang dikendalikan dengan broker. Pelabur boleh membeli atau menjual Amanah Perniagaan melalui broker, remisier atau melalui dagangan dalam talian pada waktu dagangan.
- Apakah risiko yang terlibat apabila melabur dalam Perniagaan Amanah?
Risiko naik turun harga yang terimpak oleh permintaan dan penawaran dalam pasaran. Pelabur dinasihatkan untuk membaca prospektus dan pengumuman lain yang dibuat berkaitan dengan Amanah Perniagaan untuk mengetahui tentang risiko sesuatu Amanah Perniagaan. Sekiranya ada kemusykilan, sila dapatkan nasihat ahli profesional.