Soalan Lazim
Soalan Lazim Lain-lain LFX
- Bagaimanakah maklumat daripada LFX disebarkan?
Semua maklumat mengenai LFX akan disebarkan melalui laman webnya di www.lfx.com.my. Sementara itu, semua Ejen Dagangan/Penaja Penyenaraian akan mempunyai akses kepada maklumat yang diperlukan.
- Adakah terdapat rancangan untuk membenarkan anggota Bursa itu menjadi pemegang saham?
LFX bukan Bursa Keahlian. Bagaimanapun, peserta pasaran utama mungkin akan ditimbangkan untuk menjadi pemegang saham di masa depan.
- Apakah insentif dan pengecualian cukai yang ditawarkan?
Antara pelbagai insentif dan pengecualian cukai yang ditawarkan adalah:
- Tiada cukai pendapatan modal
- Tiada cukai nota kontrak
- Tiada levi keluar
- Cukai korporat minimal contohnya RM20,000 atau 3% daripada pendapatan boleh cukai bagi entiti yang berpangkalan di Labuan
Sila hubungi LFSA di talian 6087591200 untuk maklumat lanjut.
- Apakah perbezaan antara Peraturan LFX dan MESDAQ?
LFX ditubuhkan untuk melengkapkan pelbagai perkhidmatan kewangan antarabangsa yang sedia ada di Labuan. Oleh itu, LFX tidak bertujuan untuk bersaing dengan MESDAQ dan sehubungan itu, LFX tidak dianggap sebagai alternatif kepada MESDAQ. LFX tidak berhasrat untuk menjadikan MESDAQ sebagai penanda arasnya, tetapi akan meletakkan dirinya berbanding lain-lain bursa antarabangsa sebagai penanda aras.
- Adakah lebih mudah untuk disenaraikan dalam LFX berbanding MESDAQ?
Sebagai satu bursa kewangan antarabangsa yang menjadikan lain-lain bursa antarabangsa sebagai penanda aras, syarat penyenaraian LFX dicipta untuk menjadi lebih ringkas dalam operasi tanpa menjejaskan usaha yang wajar, keyakinan pelabur dan kerahsiaan.
- Adakah lain-lain sumber maklumat selain laman web LFX?
Kami sentiasa mengemaskini laman web kami dengan maklumat terkini dan berkaitan. Jika anda perlukan maklumat lanjut, sila hubungi kami.
- Apakah pasaran sasaran LFX? Adakah ia disasarkan kpeada pasaran serantau? Adakah ia akan menumpukan kepada segmen tertentu seperti produk Islam?
Sasaran utama, berkaitan penerbit, adalah instrumen sekuriti / kewangan syarikat dan entiti Malaysia yang disenaraikan di luar negara. LFX bertujuan untuk membawa instrumen-instrumen ini kembali ke Malaysia.
LFX berhasrat menjadi platform untuk inisiatif Pasaran Kewangan Islam Antarabangsa (IIFM) yang digalakkan oleh LFSA dalam usaha untuk membangunkan Labuan IBFC sebagai pasaran kewangan Islam. Adalah dijangkakan bahawa instrumen kewangan Islam akan disenaraikan di LFX.
LFX akan memenuhi keperluan syarikat-syarikat yang memerlukan penyenaraian untuk tujuan pematuhan. Penyenaraian di LFX tidak terjejas oleh sekatan yang dikenakan di pasaran dalam negeri.
- Adakah LFX dimodelkan berasaskan mana-mana bursa tertentu?
LFX ditubuhkan selepas satu kajian mendalam dijalankan di atas bursa kewangan antarabangsa yang serupa dengannua. Proses perniagaan LFX adalah berasaskan pertimbangan terhadap ciri-ciri yang kukuh bursa-bursa itu. Boleh dikatakan bahawa LFX adalah satu bursa yang unik walaupun terdapat kemungkinan bagi persamaan dengan lain-lain bursa kewangan antarabangsa.