Soalan Lazim
Soalan Lazim Penyenaraian LFX
- Adakah terdapat apa-apa maklumat mengenai keperluan penyenaraian dan proses penyerahan?
LFX adalah bursa berasaskan web dan semua maklumat yang relevan berkaitan dengan operasi LFX boleh didapati di laman web kami di www.lfx.com.my. Walau bagaimanapun, mungkin ada masanya maklumat yang dikehendaki tidak boleh didapati di laman web. LFX sentiasa mengemaskini laman webnya berdasarkan maklum balas yang diterima daripada orang ramai. Semua keperluan penyenaraian dan maklumat proses penyerahan akan dikemaskini ke laman web secepat mungkin.
- Adakah terdapat nilai berbayar minimum dan nilai setara minimum saham biasa?
Pada masa ini, tiada nilai berbayar minimum dan nilai setara saham biasa dikenakan. Pengeluaran masing-masing untuk penyenaraian itu tidak boleh kurang daripada USD2 juta bagi ekuiti, USD50 juta untuk dana pelaburan dan USD100 juta bagi sekuriti hutang. Walau bagaimanapun, kriteria ini hanya garis panduan dan ketidakpatuhan mungkin tidak dengan sendirinya membatalkan instrumen kewangan tertentu untuk penyenaraian.
- Bagaimana kita boleh teruskan untuk mengemukakan dan memenuhi tempoh masa 2 hari pasaran (perniagaan) untuk kelulusan?
Permohonan untuk penyenaraian boleh dimulakan melalui sistem @LFX yang ada di laman web kami, www.lfx.com.my. Tempoh dua hari pasaran (perniagaan) yang dinyatakan adalah tertakluk kepada semua dokumen dan maklumat yang diterima adalah lengkap. Pihak yang berminat sentiasa boleh mengemukakan semua permohonan melalui e-mel ke pejabat kami di Labuan atau KL.
Tambahan pula, semua keputusan adalah tanggungjawab LFX. Tiada kelulusan atau pengendorsan lagi perlu diperolehi daripada pengawal selia lain.
- Apakah bilangan minimum saham dari segi % daripada jumlah pegangan untuk disenaraikan di LFX?
Tiada had minimum dalam bentuk peratusan berbanding jumlah pegangan kerana bilangan minimum diperlukan adalah pegangan saham oleh seramai 250 pemegang saham untuk penyenaraian ekuiti. Bagaimanapun,kriteria ini hanya sebagai panduan dan ketidakpatuhan mungkin tidak akan menjejaskan penyenaraian.
- Apakah maklumat dan prospektus yang diperlukan untuk permohonan?
Semua permohonan untuk penyenaraian harus dibuat menerusi penaja penyenaraian. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Surat permohonan yang memperincikan butiran jumlah dan penerangan tentang instrumen kewangan, cadangan cara penyenaraian dan cirri-ciri penyenaraian.
- 2 salinan dokumen penyenaraian dan prospektus.
- audited financial statements of applicant issuer.
- Lain-lain dokumen dan maklumat sokongan berkaitan penerbit pemohon dan instrumen kewangan yang akan disenaraikan.
LFX mengamalkan rejim berasaskan pendedahan di mana pemohon bertanggungjawab memberikan semua maklumat yang diperlukan untuk penyenaraian. Butiran lanjut maklumat yang diperlukan untuk permohonan penyenaraian adalah dalam Peraturan Bursa yang boleh didapati di laman web kami di www.lfx.com.my.
- Adakah syarikat yang mahu menyenaraikan memerlukan rekod lampau?
Sesebuah syarikat sebaiknya beroperasi selama sekurang-kurangnya dua tahun sebelum boleh disenaraikan pada LFX. Bagaimanapun, ini hanyalah panduan dan ketidakpatuhan tidak semestinya menjejaskan proses penyenaraian satu-satu syarikat.
- Adakah pelabur sepatutnya melawat laman web LFX ini untuk memuat turun prospektus untuk membaca mengenai penyenaraian dirancang syarikat?
Semua maklumat yang diluluskan oleh LFX berkaitan cadangan aktiviti penyenaraian harus disebarkan kepada orang ramai. Cara penyebaran maklumat tidak ditetapkan tetapi maklumat itu harus percuma dan dalam bentuk cetakan dan pada bilangan yang mencukupi untuk menampung keperluan pengguna. Maklumat juga harus ada di Bursa dan di pejabat berdaftar penerbit. Laman web hanya salah satu daripada mod penyebaran.
- Apakah prosedur penyenaraian dan keperluan anda?
Untuk disenaraikan, LFX harus mendapat kepastian bahawa instrumen kewangan itu sesuai untuk penyenaraian. Satu set penuh Peraturan Bursa boleh didapati di laman web kami di www.lfx.com.my.
- Apakah kriteria penyenaraian untuk syarikat asing yang ingin disenaraikan di LFX?
Kriteria penyenaraian LFX tidak membezakan syarikat asing atau tempatan dengan syarat negara asal mereka membenarkan penyenaraian sebegini.
- Bolehkah mana-mana syarikat tanpa mengira tempat kedudukan disenaraikan di LFX?
Apa-apa syarikat, tanpa mengira domisilnya, boleh disenaraikan di LFX dan akan tertakluk kepada criteria penyenaraian LFX. Bagaimanapun, syarikat tempatan yang disenaraikan pada MESDAQ atau Bursa boleh disenaraikan pada LFX dengan syarat terbitan baharu mereka adalah dalam mata wang asing dan mendapat kelulusan pihak berkuasa berkaitan.
- Apakah definisi LFX mengenai "harta intelek"?
Satu senarai yang termasuk francais, cap dagangan dan/atau paten.
- Bagaimanakah dwi-penyenaraian anda berfungsi?
Instrumen kewangan disenaraikan pada Bursa lain yang diiktiraf oleh LFX boleh memohon sebahagian daripada modal terbitannya untuk penyenaraian di LFX.
- Bolehkah bon EuroConvertible yang dikaitkan dengan saham induk PLC Malaysia yang disenaraikan di Bursa disenaraikan di LFX?
Kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia diperlukan untuk terbitan ini. Ini adalah kerana bon-bon ini berkait dengan saham induk PLC yang disenaraikan pada Bursa.
Memandangkan tiada kekangan pemilikan asing pada LFX, ini boleh mengakibatkan komplikasi di masa depan jika penyenaraian seperti itu terjadi. Tambahan lagi, kerana ia melibatkan pemilikan asing, kelulusan Jawatankuasa Pelaburan Asing diperlukan.
- Adakah terdapat mana-mana format tertentu untuk prospektus?
LFX melaksanakan polisi berasaskan pendedahan di mana penaja penyenaraian bertanggungjawab memberikan sebanyak mana maklumat yang mereka mahu. Bagaimanapun, sebagai panduan, semua prospektus perlu memenuhi kriteria penyenaraian yang ditetapkan, iaitu kriteria kuantitatif dan kualitatif. Adalah lebih baik bagi penaja penyenaraian untuk memberikan semua maklumat yang diperlukan LFX memandangkan maklumat yang tidak cukup akan melewatkan proses penyenaraian.