Soalan Lazim
Soalan Lazim Yuran LFX
- Adakah agen dagangan berlesen dibenarkan untuk menetapkan yuran dan cajnya sendiri?
LFX tidak mengawalselia urusan belakang dalam kalangan peserta pasaran. Yuran yang dicaj adalah boleh dirunding antara Agen Dagangan dan Pelabur dan begitu juga antara Penaja Penyenaraian dengan Penerbit.
- Adakah caj transaksi akan dilevi oleh LFX ke atas transaksi berkenaan?
LFX mungkin mengenakan levi yuran penjelasan ke atas transaksi manakala pelangsaian tunai dan yuran depositori akan dikenakan levi oleh Bank Pelangsaian dan Depositori yang dilantik, lihat @LFX yang pada masa ini adalah Citibank Worldwide Securities Services atau Deutsche Bank (Malaysia) Berhad.
- Adakah struktur yuran Labuan setanding dengan bidang kuasa sama yang lain?
Struktur yuran Labuan adalah standing dengan yang dikenakan oleh bidang kuasa yang lebih ternama seperti Luxembourg dan Kepulauan Cayman. Perlu diambilkira bahawa kelebihan kompetitif seterusnya bagi Labuan adalah kedekatannya dengan pusat kewangan utama di Asia Pasifik seperti Hong Kong, Taipei, Seoul, Tokyo dan Singapura.