Soalan Lazim
Soalan Lazim Perlesenan LFX
- Apakah terma-terma dan syarat-syarat memohon lesen Agen Dagangan?
Satu lesen agen dagangan boleh diberikan kepada mana-mana orang, individu atau syarikat yang berpengalaman dalam perdagangan instrumen kewangan dan dianggap sesuai dan wajar oleh Bursa, dengan syarat aset bersih mesti melebihi amaun yang ditentukan oleh Jawatankuasa Bursa iaitu USD1 juta. Seorang agen dagangan juga diperlukan untuk mendapatkan insurans indemniti profesional bernilai USD5 juta.
Permohonan untuk lesen agen dagangan adalah tertakluk kepada yuran permohonan yang tidak dipulangkan iaitu USD1,000.00 manakala bayaran permulaan sebanyak USD10,000.00 akan dikenakan ke atas kelulusan lesen. Yuran pembaharuan tahunan bagi lesen itu USD5,000.00.
- Siapakah yang akan menjadi Agen Dagangan di LFX?
Pemohon-pemohon untuk status Agen Dagangan dikehendaki antara lain untuk mempunyai pengalaman yang diperlukan dan keupayaan untuk menjalankan perdagangan sekuriti.
- Apakah kriteria untuk LFX menimbangkan sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen agen dagangan?
Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk membuktikan kepada LFX pengalaman berkaitan beliau dalam perdagangan instrumen kewangan. Pemohon mesti berupaya untuk memberikan butir-butir/latar belakang berkaitan beliau. Referi juga mungkin diperlukan untuk menyokong permohonan dan testimoni bertulis daripada seseorang yang terkenal dalam industri itu akan diberi pertimbangan yang sewajarnya.
- Apakah proses untuk mengemukakan permohonan untuk lesen perniagaan?
Permohonan untuk lesen boleh dimulakan melalui sistem @LFX yang ada di laman web kami, www.lfx.com.my. Walau bagaimanapun, LFX masih memerlukan semua salinan cetak dokumen permohonan yang hendak dihantar memandangkan teknologi mengenai tandatangan digital masih dianggap tidak terjamin.
Pada masa ini LFX menerima penyerahan salinan cetak untuk kedua-dua permohonan lesen Penaja Penyenaraian & Agen Dagangan.
- Bolehkah sebuah syarikat memohon secara serentak untuk Penaja Penyenaraian dan lesen Agen Dagangan?
Kriteria bagi penaja penyenaraian dan lesen agen dagangan adalah berbeza. Walau bagaimanapun, ia adalah mungkin untuk memohon kedua-dua lesen secara serentak dan dua lesen berasingan akan dikeluarkan dengan syarat semua kriteria yang berkaitan dipenuhi.
Sebuah organisasi boleh memegang kedua-dua lesen serentak kerana ini melibatkan dua fungsi yang berbeza. Sila ambil perhatian bahawa dua yuran berasingan akan dikenakan dengan sewajarnya.
- Adakah terdapat apa-apa peperiksaan yang diperlukan untuk individu yang ingin melaksanakan perdagangan di LFX?
Tiada peperiksaan diperlukan untuk mereka yang ingin menjalankan perdagangan di LFX. Semua individu yang ingin menjalankan perdagangan di LFX akan berada di bawah budi bicara pemegang lesen agen perdagangan. Pemegang lesen akan mencalonkan orang yang diberi kuasa untuk melaksanakan perdagangan di LFX bagi pihak pelabur dan mengeluarkan mereka dengan kata laluan yang diperlukan dan ID pengguna. LFX tidak mengawal kembali hal-hal pejabat agen dagangan.
- Apa yang dimaksudkan dengan Insurans Indemniti Profesional?
Insurans ini adalah satu bentuk perlindungan pelabur dan juga untuk menanggung rugi LFX terhadap mana-mana tuntutan pihak ketiga yang mungkin dibuat oleh pelabur terkilan.
- Adakah terdapat tanda-tanda kos premium yang terlibat?
Ini bergantung kepada broker insurans berkenaan yang akan melaksanakan analisa risiko mereka sendiri tertakluk kepada profil risiko pemohon.
- Adakah agen dagangan tertakluk kepada audit kesediaan sebelum mereka boleh memulakan perdagangan?
Tiada audit kesediaan perlu bagi agen dagangan sebelum bermulanya aktiviti perdagangan. Walau bagaimanapun, bagi syarikat-syarikat anggota Bursa, perkara ini mungkin tertakluk kepada kelulusan SC.
- Bolehkah SBC tempatan menjadi penaja penyenaraian?
SBC tempatan boleh menjadi Penaja Penyenaraian melalui jabatan Kewangan Korporat mereka.
- Bolehkah syarikat anggota Bursa menyertai LFX?
Tiada larangan selagi kriteria yang ditetapkan oleh LFX dipenuhi dan kelulusan pihak berkuasa yang mengawal selia diperolehi.